iklan 728x90

Pages

Tuesday 22 October 2013

Pasangan Kantoi Dalam Kereta

type='html'>

berita, pasangan kekasih, maksiat,

Pasangan Kantoi Dalam Kereta  | Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.

Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.


Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung. Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.

 Menurutnya, dia kebetu-lan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.

“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.

Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.

Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.


Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.

“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.

“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya.

Sumber : saja-saja.blogspot.com

View the original article here

No comments:

Post a Comment