Nikita Mirzani Pilih ‘Haji’ | Pelakon seksi Indonesia, Nikita Mirzani, 27, yang gemar bertatu selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Sajad Ukra, 37, Jumaat lalu.
Mengulas tentang harapannya terhadap perkahwinan tersebut, bintang filem Nenek Gayung itu menyatakan dia berharap Sujad mampu membimbingnya menjadi seseorang yang lebih baik.
Hal ini kerana Sujad sudah bergelar ‘haji’ dan khatam al-Quran.
“Dia sudah (pernah) naik haji. Dia khatam Al Quran lima kali, orangnya juga humble,” ucap Nikita yang tidak dapat menyembunyikan air mata terharu sejurus sah bergelar isteri.
Mjalis pernikahannya berlangsung di Rumah Ranadi, Jeruk Purut, Jakarta Selatan.
Nikita sebelum ini sudah pernah berkahwin ketika berusia 21 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan namun berakhir dengan perceraian.
Justeru Nikita juga sempat berkongsi harapan semoga kisah lalunya tidak lagi berulang apabila memilih teman hidup baru yang mempunyai kacukan Timur Tengah dan bekerja di Singapura ini. – REM RAMZI
Sumber: KOMPAS
No comments:
Post a Comment