Mahkamah Mesir mengumumkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi akan dibicarakan pada 4 November ini atas tuduhan menghasut untuk membunuh para penunjuk perasaan ketika beliau sedang memegang jawatan tersebut.
Morsi ditahan di satu lokasi rahsia sejak digulingkan tentera pada 3 Julai lalu.
Sejak itu, beliau tidak kelihatan di khalayak ramai walaupun pernah menemui keluarganya sebanyak dua kali.
Ketua Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton dan delegasi dari Kesatuan Afrika juga pernah melawat Morsi semasa beliau ditahan.
Seramai 14 orang ahli pergerakan Ikhwanul Muslimin akan turut dibicarakan bersama Morsi.
Dua anggota Ikhwanul Muslimin yang terkenal, Mohamed al-Beltagi Essamel-Erian juga bakal dibicarakan bersama Morsi.
Mahkamah Rayuan Kaherah juga menamakan Hakim Ahmed Sabry Youssef bagi mengadili perbicaraan Morsi, lapor agensi berita MENA.
Kes Morsi itu berkaitan dengan keganasan yang berlaku semasa pemerintahannya.
Sekurang-kurangnya 100,000 orang penunjuk perasaan berhimpun di luar pejabat Morsi pada 4 Disember tahun lalu. Para penunjuk perasaan itu membantah satu dekri yang dikeluarkan Morsi bagi melindungi keputusannya daripada diadili pihak kehakiman.
Para penyokong Morsi kemudian bertempur dengan para penentang Presiden itu sehingga mengakibatkan 10 orang terbunuh. -AP

No comments:
Post a Comment