iklan 728x90

Pages

Friday 18 October 2013

Misteri Penemuan Lubang Harta Karun Di Pulau Oak

type="html">
Pada tahun 1795, Daniel McGinnis yang baru berusia belasan tahun bersama dua sahabtnya menaiki sampan menyusuri sebuah pulau kecil.

Oak Island Mystery

Mereka berhenti di bahagian tenggara lalu masuk menjelajah keindahan alam semula jadi di pulau tidak berpenghuni.

Mereka tiba di satu tempat yang dikelilingi dengan pohonan gergasi hutan yang sudah tumbang. Namun, ditengah-tengahnya berdiri gah sebatang pohon oak tua.

Tertarik dengan panorama itu, mereka berlegar di kawasan itu dan menemui sesuatu yang menarik perhatian mereka. Terdapat sebuah lubang yang ditutup dengan penutup daripada tanah liat.

Penutup lubang itu dibuka. Remaja itu yakin ada sesuatu di dalamnya lalu menggali lubang itu. Pada kedalaman tiga meter, mereka menemui sebuah lagi penutup. Kali ini disusun saling bersilang sebagai penghalang.

Kayu itu dialihkan. Para remaja itu terus menggali dan berakhir pada kedalaman enam meter apabila ada sebuah lagi penutup daripada tanah liat. Mereka yakin ada sesuatu yang tersembunyi di dalam lubang itu. Namun, mereka tidak lagi berdaya untuk meneruskan penggalian.

Remaja itu pulang semula ke kampung dan memberitahu penduduk tentang penemuan mereka. Mungkin ada harta karun tersembunyi di dalam lubang itu. Namun, tidak ada yang berani untuk datang ke pulau itu kerana beranggapan pulau itu berhantu.

Sembilan tahun kemudian, Daniel yang sudah dewasa kembali semula ke pulau itu bersama rakan-rakannya. Penggalian yang sudah lama terhenti disambung semula.

Pada kedalaman lebih 27 meter, sekali lagi mereka menemui penutup tanah liat. Kali ini agak berbeza kerana pada penutup itu mengandungi simbol-simbol aneh bagai tulisan zaman kuno.

Pulau Oak
Lokasi lubang yang digali di Pulau Oak.

Dek kerana tidak memahami tulisan itu, ia diabaikan begitu saja. Sayangnya, penggalian Daniel masih gagal menemui sebarang harta karun. Lalu ia berakhir begitu saja.

Hampir seratus tahun selepas usaha Daniel itu, barulah tulisan pada penutup itu berjaya diterjemahkan oleh seorang profesor. Ia berbunyi: "Tiga meter di bawah, ada tersimpan wang dua juta paun".

Kalimat itu mengejutkan. Sejak itu, Pulau Oak di selatan pantai Kanada menjadi tumpuan pencari harta karun. Penggalian yang dimulakan Daniel disambung oleh pencari yang lain.

Selama bertahun-tahun, mereka tidak henti-henti menggali namun hasilnya tetap hampa. Tiada harta karun berjaya ditemui. Malah, pelbagai halangan menimpa termasuk meragut nyawa penggali.

Namun, mereka tidak putus asa. Mereka membuat teori, mungkin di kedalaman 35 meter ke bawah, ada laluan terowong lain sama ada di bahagian kiri atau kanan yang boleh membawa kepada tempat harta karun itu disembunyikan.

Malah, peralatan moden seiring dengan peredaran zaman digunakan untuk menggali sehingga pada kedalaman 90 meter ke bawah perut bumi. Dan setiap 10 meter, akan ada lapisan penutup lain ditemui.

Tulisan aneh pada batu yang ditemui pada kedalaman 90 meter.

Kunci untuk menerjemahkan skrip tersebut.

Hasil alih bahasanya menjadi seperti ini.

Pada kedalaman 90 meter, ditemui sebuah batu sepanjang tiga meter yang terukir huruf-huruf ganjil di atasnya. Menganggap ia sebagai suatu petunjuk baru, penggalian diteruskan dan pada kedalaman lebih 90 meter, air mula memenuhi lubang itu setinggi 30 meter. Walaupun disedut keluar, air tidak juga kering.

Setahun kemudian, lubang baru digali dengan harapan untuk menyambungkan ia dengan lubang asal. Tetapi, ia turut digenangi air apabila mencapai kedalaman 100 meter. Usaha itu akhirnya dihentikan apabila menemui buntu.

Setelah terbiar hampir setengah abad, pada tahun 1849, sebuah syarikat kembali ke pulau itu untuk mencuba nasib. Pada kedalaman lebih 80 meter, air kembali memenuhi lubang itu.

Penggalian diteruskan dengan menggunakan teknik penggerudian. Ia membawa kepada penemuan lapisan cemara dan lapisan kayu setebal empat inci sebelum lapisan metal setebal 22 inci.

Apabila mesin gerudi dikeluarkan, pasukan penggali dapati beberapa untaian rantai emas tersangkut pada mesin gerudi itu. Ini menambahkan lagi keyakinan mereka tentang harta karun di Pulau tersebut.

Tetapi, air di dalam lubang itu adalah air masin dan semakin naik apabila air laut mulai pasang. Dan apabila air laut surut, ada pula sumber air dari arah lain yang memasuki lubang itu.

Lalu kajian dijalankan untuk menyiasat dari mana sumber air itu datang. Mengejutkan apabila didapati pantai itu adalah pantai buatan yang telah dirancang agar lubang itu terhubung dengan pantai tersebut yang berjarak 500 meter. Namun harta karun yang dicari masih gagal ditemui.

Seterusnya, pelbagai usaha daripada pihak berbeza tidak pernah jemu melakukan penggalian di pulau yang dikenali dengan julukan 'The Money Pit' itu dari tahun 1861 sehinggalah sekarang.

Ada yang cuba menggali lubang baru ke arah timur dengan harapan akan menemui saluran lubang harta karun tersebut. Ada pula yang membuat halangan agar air tidak membanjiri lubang yang digali.

Tapi tiada satu pun yang berjaya. Malah, ia hanya meragut nyawa apabila dalam satu penggalian, alat pengepam air yang digunakan tiba-tiba meletup.

Teknologi moden vs teknologi kuno

Oak Island Ancient Technology

Ada beberapa teori yang dikaitkan dengan pemilik asal harta karun Pulau Oak. Antaranya, lagenda mengenai pelaut bernama Kapten William Kidd yang menyebut beliau telah menyembunyikan hartanya di Pulau tersebut.

Teori lain pula mengatakan pemilik asal harta karun itu adalah kerajaan Perancis yang menguburkan harta kerajaan di situ sewaktu kalah di dalam peperangan melawan Inggeris dahulu.

Ada juga khabar angin mengatakan harta karun itu mungkin kepunyaan bangsa Viking. Turut dikaitkan sewaktu penjajahan bangsa Eropah pada abad ke-18, banyak kekayaan peradaban Inca dan Maya yang telah lenyap dan kononnya segala harta itu disembunyikan di Pulau Oak.

Kepercayaan lain, pulau ini sejak dahulu menjadi tempat persinggahan para lanun dan tidak mustahil mereka menyembunyikan harta curian mereka di pulau itu.

Walau apa pun kaedah moden yang digunakan ketika ini, tiada satu pun daripada usaha yang dijalankan sejak kurun ke-17 itu berjaya menemui harta karun yang dikatakan tersembunyi dalam perut pulau itu.

Artifak yang ditemui banyak dikaitkan dengan teknologi zaman lampau yang masih belum mampu dirungkai dengan penggunaan teknologi moden hari ini.

Bagaimana teknik pengaliran saliran air dan hubungannya dengan darat dan bagaimana pulau buatan manusia itu dihasilkan masih menimbulkan msiteri.

Atau ia salah satu bukti betapa hebatnya teknologi kuno hingga gagal dirungkaikan oleh teknologi moden pada hari ini.

Sehingga sekarang harta karun di Pulau Oak masih lagi misteri.

-Sentiasapanas.com


View the original article here

No comments:

Post a Comment