iklan 728x90

Pages

Saturday, 12 October 2013

Lisdawati Pertahan Suami Disebalik Dakwaan Ada Skandal

type="html">
“Itu semua gosip. Malah saya sendiri sudah lali dengan gosip sebegini,” ujar Lisdawati berhubung dakwaan kisah skandal yang tersebar antara suaminya, Fauzi Nawawi dan bintang realiti Noni AF5.

Skandal Fauzi Nawawi

Hakikatnya, bukan sekali Fauzi dikaitkan dengan skandal bersama wanita lain kerana selain aktres seksi, Zarina Anjoulie Lavocah, pelakon ‘Orang Minyak’ ini pernah mengejutkan dunia siber setelah hubungannya bersama seorang wanita tersebar menerusi sebuah blog hiburan.

Bagaimanapun sebagai isteri, Lisdawati, tidak mudah melatah. Masih meletakan kepercayaan tinggi terhadap suaminya itu, pelakon KL Menjerit ini menganggap ianya sebahagian dari lumrah bergelar selebriti. Malah tetap mempercayai Fauzi.

“Semua orang dah kenal Fauzi sebagai pelakon dan pengarah, malah saya tahu Fauzi seorang yang peramah.

“Bagi saya, selagi tahu membawa diri ketika bergaul, tiada masalah yang akan berlaku.

“Lagipun, isu terkait ini bergantung kepada dua-dua pihak. Jika hanya sebelah pihak, perkara seperti ini tidak akan timbul,” katanya.

Memandang perkara itu secara positif, pemilik nama sebenar Nisdawati Nazaruddin ini, mengakui suaminya itu memang pernah bekerjasama dengan Noni dan dia menganggap hubungan mereka sekadar rakan sekerja sahaja.

“Saya tahu mereka memang bekerjasama, tetapi hairan juga bagaimana kisah ini boleh timbul.

“Mungkin kemesraan mereka itu disalah anggap oleh orang sekeliling,” katanya.

Sementara itu, menerusi sebuah akhbar (bukan Sinar Harian) Noni atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, menafikan hubungan yang terjalin antara dia dan Fauzi.

Menurut Noni, dia mula mengenali aktor itu secara rapat setelah diajak menyertai program Jelajah Festival Filem Malaysia dan hubungan mereka tidak lebih dari rakan kerja.

Isu Curangi Isteri Buat Fauzi Nawawi Rasa Malu

Fauzi Nawawi.

Pelakon Fauzi Nawawi berasa malu apabila timbul isu kononnya dia mempunyai skandal dengan pelakon yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 5 (AF5) iaitu Noni.

Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 40, berkata, dia terkejut kerana masih ada isu-isu skandal dikaitkan dengannya termasuklah berlaku curang dengan isteri, Lisdawati.

"Sudah-sudahlah nak kaitkan saya dengan wanita lain. Pada usia mencecah 40 tahun, saya rasa malu pula apabila digosipkan mempunyai skandal.

"Rasa macam tak logik saya dikaitkan dengan Noni kerana saya hanya pernah bekerjasama menerusi drama Aiman Tempe, Jentera Jenteng Pilihan Raya dan Kiambang sahaja dengannya.

"Dia juga turut terlibat menjayakan promosi produk Aqua Terapi yang diusahakan oleh syarikat saya dan isteri iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn Bhd," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Noni dan Fauzi serta Lisda sudah lama menjalainkan hubungan 
profesional sebelum Lisda memutuskan untuk bertudung lagi.

Sebuah akhbar pada Khamis melaporkan Noni atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin mempunyai skandal dengan Fauzi selepas mereka berkenalan rapat.

Bagaimanapun Noni menjelaskan hubungan mereka hanyalah atas dasar kerja selain menjadi anak didik kepada pelakon itu yang banyak membimbingnya mengenai dunia seni hiburan tempatan.

Sementara itu, Fauzi berkata, dia berasa pelik daripada mana wartawan yang mengeluarkan berita tersebut mendapat sumber berkenaan dan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya kontroversi tersebut menjejaskan karier dan perniagaannya.

"Saya nak ingatkan, kalau nak buat cerita seperti ini selidik betul-betul. Jangan sampai saya ambil tindakan pula nanti.

"Mungkin isteri saya sudah faham dengan isu seperti ini dan dia tidak hairan pun dengan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi Lisda sering bersama saya dan Noni apabila membuat promosi produk.

"Tetapi apa pula kata teman lelaki Noni apabila isu ini menjadi serius? Saya harap gosip saya berskandal dengan wanita lain tidak lagi diberitakan. Cukup-cukuplah. Anak-anak saya pun dah besar, rasa kurang manis apabila berita ini keluar. Apatah lagi saya dan Lisda merancang untuk menambah anak pada tahun hadapan," tegas Fauzi.

Sumber: Mynewshub/mStar


View the original article here

No comments:

Post a Comment