Hubungan cinta antara pelakon, Nora Danish dan pasanagannya Nadeem Nazri, Murai Batu nampak bukan lagi rahsia, malah mereka semakin terbuka untuk mempamerkan foto-foto bahagia mereka bersama di laman sosial, Instagram.
Terbaru, mereka dilihat telah banyak memuat naik gambar mereka bersama yang ke Eropah. Tak silap mereka berdua telah bersama-sama terbang kekota Paris dan London 2 hari lalu. Amboi seronoknya, macam bulan madu pula ya? Dengar kata, mereka ke sana kononnya ada menguruskan hal pernigaan bersama dan dalam masa yang sama sempatlah bercuti serta berkunjung ke rumah saudara mara Nedim di sana.
Namun apa yang menarik perhatian adalah gambar yang dikongsikan mereka ketika berada di Love Bridge atau ‘jambatan cinta’ di Paris. Kalau korang nak tahu, di Love Bridge itu biasanya pasangan kekasih akan pergi dan kemudian kuncikan satu mangga yang tertulis nama mereka berdua sebagai lambang cinta, selepas itu kuncinya di buangkan kebawah sungai jambatan itu.
Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Nadeem dan Nora ,nampaknya mereka pun berbuat perkara yang biasa bagi setiap pasangan kekasih apabila berpeluang ke jambatan itu. Wahhh so sweet kan mereka? Cemburulah lihat mereka!
Namun, ada peminat yang tidak puas hati dengan cara Nora yang begitu terbuka dengan hubungan cintanya bersama Nadeem hanya di laman Instagram, namun tidak berterus-terang atau berselindung kepada media atau umum mengenai hubungan cinta mereka.
SM pun tak faham mengapa Nora berbuat begitu, tapi apa-apa pun SM doakan agar hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin.
No comments:
Post a Comment