iklan 728x90

Pages

Sunday, 27 October 2013

Kesha dilarang buat konsert di Malaysia


Kuala Lumpur: Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) pada 1 Oktober lalu, membuat keputusan menolak permohonan Konsert Kesha Warrior Tour yang dijadual berlangsung di Stadium Negara, malam ini.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang dikeluarkan semalam, keputusan penolakan terbabit sudah dimaklumkan kepada penganjur konsert berkenaan, Livescape Asia, pada 2 Oktober lalu.

Penolakan permohonan dibuat selepas PUSPAL mendapati persembahan penyanyi lagu Tik Tok yang popular sekitar 2009, menyentuh sensitiviti agama dan nilai budaya masyarakat Malaysia.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Livescape Asia, Jason Kong yang dihubungi berkata pihaknya memohon maaf kerana konsert berkenaan terpaksa dibatalkan pada saat akhir selepas ditolak PUSPAL.

MyMetro



View the original article here

No comments:

Post a Comment