iklan 728x90

Pages

Saturday 12 October 2013

Inilah bunker rahsia AS tersembunyi di bawah hotel mewah




Kerajaan Amerika diam -diam punya bunker rahsia letaknya tersembunyi di bawah Hotel mewah Greenbrier di White Sulphur Springs , West Virginia, kira-kira lima jam dari Ibu Kota Washington Dc

 Daily Mail melaporkan , Jumaat ( 11/ 10) , bunker rahsia itu bersalut konkrit dengan ketebalan satu meter dan dilengkapi dengan persediaan logistik buat 30 tahun. Bunker itu dibuat untuk perlindungan dari serangan nuklear .






" Bunker ini bukan dibuat untuk orang per orang . Bunker ini dibuat untuk sistem pemerintahan yang demokratik ," kata Linda Walls dari Greenbrier Hotel.

Bunker itu dibuat di masa pemerintahan Presiden Eisenhower dari 1958 hingga 1962 untuk menjangka perang nuklear di tengah Perang Dingin dengan Soviet. Pembangunan bunker itu ketika itu dinamakan Projek Pulau Greece.






Di dalam bunker yang selesai dibina pada 1962 itu tersedia 1,100 tempat tidur. Bunker itu disediakan bagi pegawai kerajaan Amerika . Saiz bunker itu kira-kira 34 ribu meter persegi. Di dalamnya terdapat kemudahan buku , makanan, dan alat permainan.

Tempat tersembunyi itu terletak 27 meter di bawah tanah. Bunker itu mempunyai tinggi 6.1 meter dengan panjang 186 meter dan lebar 27 meter .






 Di dalam bunker itu ada ruangan-ruangan yang boleh memuatkan 470 orang , cukup untuk ahli parlimen Amerika yang berjumlah 425 orang . Dan ada ruangan yang cukup untuk 130 orang bagi anggota senat .

Kos pembinaan kubu rahsia itu ketika itu mencapai $14 million.






Daily Mail & merdeka.com



 

No comments:

Post a Comment