iklan 728x90

Pages

Friday 18 October 2013

Hanis Zalikha Akui Rapat Dengan Hairul Azreen

Hanis Zalikha Akui Rapat Dengan Hairul Azreen | Hanis Zalikha tidak menafikan aktor Hairul Azreen adalah lelaki paling rapat dengannya ketika ini. Menurut Hanis lagi, dia selesa berkawan dengan Hairul kerana pemuda itu adalah kenalan lamanya selain sifat dia yang cukup mengambil berat terhadap orang lain.

Hanis Zalikha Akui Rapat Dengan Hairul Azreen

"Saya rapat dengannya kerana kami sudah berkenalan sebelum bergelar artis lagi dan Hairul boleh dikatakan senior dalam bidang lakonan.

"Jadi dia sering menjadi tempat rujukan apabila saya ingin bertanya sesuatu mengenai lakonan dan kami berkongsi banyak minat sama yang membuatkan kami selesa berkawan," jelasnya kepada pihak wartawan.

Bagaimanapun menurut Hanis, keakraban itu tidak bererti dia dan Hairul mempunyai hubungan cinta sebaliknya dia menganggap Hairul seperti abangnya.

"Saya tidak mempunyai abang dan dia banyak mengajar perkara-perkara baharu kepada saya dan hubungan baik kami tidak lebih daripada sekadar teman biasa," jelasnya.

Tambah Hanis, buat masa ini dia belum terfikir untuk mencari teman lelaki kerana baginya kerjaya adalah keutamaan dan perlu diberi perhatian.

"Soal cinta saya tolak ke tepi dahulu kerana ia adakah perkara terakhir akan saya fikirkan buat masa ini tambahan pula saya masih muda dan ingin mengejar cita-cita terlebih dahulu," jelasnya.

Dalam pada itu, Hanis berkata, dia terkilan apabila terpaksa meninggalkan program Mad Market yang telah menaikkan namanya dalam bidang pengacaraan kerana tidak dapat mengikuti jadual penggambaran rancangan itu.

Kata Hanis, dia berat hati untuk meninggalkan program yang disiarkan di TV9 itu namun terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu menimbulkan masalah lain kepada produksi dan dirinya sendiri.

"Sudah tentu saya sedih kerana terpaksa meninggalkan program berkenaan tetapi kerana jadual dan masa yang terhad saya terpaksa meninggalkan Mad Market.

"Namun saya lega apabila penggantinya nanti merupakan sahabat baik saya dan dia sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menyertai program itu," katanya.

Malah kata Hanis, pihak pengurusannya juga iaitu Astro Talent terpaksa menolak semua tawaran untuknya sehingga penghujung November ini kerana jadualnya yang terlalu padat.


Artikel Menarik
sumber
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/10/18/mstar_hiburan/20131017162600&sec=mstar_hiburan

View the original article here


View the original article here

No comments:

Post a Comment