Bahagia sungguhla Nora Danish dan teman istimewanya, Nadeem Datuk Seri Nazri.
Memanjang terbang ke sana sini, dalam dan luar negara, mewah sungguh.
Rasanya baru dok baca cerita mereka bercuti ke Myanmar, terbaru dah pergi Eropah pula.
Cuma jangan cepat melantun ye, so far mereka pergi bersama rakan-rakan…jangan spekulasi lebih-lebih. Tak elok tu.
Yang terbaru ni tak tahula sama ada bercuti ataupun atas urusan kerja.
Dalam perkembangan berkaitan, Nora mendedahkan yang mereka berdua masih belum membincangkan soal perkahwinan kerana dirinya sendiri masih memerlukan masa untuk bersedia menjadi isteri yang baik.
“Saya lebih berhati-hati berdasarkan pengalaman lalu yang mana saya juga ada kesilapan dan kekurangan yang perlu diperbaiki bagi menjadi isteri yang baik,” ujar Nora pada Mstar.
Nora berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikatakan semakin intim.
Ketika ditanya tentang gelaran bad boy yang sering dilabelkan kepada lelaki tersebut, Nora berkata, Nadeem mempunyai sifat dan kebaikan lain yang orang lain tidak tahu.
“Saya tidak pernah menilai dia melalui masa lalunya, pada saya semua manusia di dunia ini tiada yang sempurna.
“Siapalah saya untuk menilai orang lain, namun daripada apa yang saya lihat, dia seorang yang pemurah, baik hati dan ikhlas yang mana orang yang tidak mengenalinya tidak tahu,” katanya.
Bercakap tentang status hubungan tersebut, Nora berkata, dia lebih senang dikatakan berkawan rapat berbanding hubungan pasangan kekasih.
“Susah untuk menyatakan hubungan kami, biarlah orang menganggapnya sebagai kawan rapat sahaja,” katanya.
Apa-apa jelah Nora...
[Sumber]

No comments:
Post a Comment