iklan 728x90

Pages

Wednesday 9 October 2013

Emma Watson Paling Seksi Dan Juga Bijak!

Kebiasaannya gelaran selebriti wanita paling seksi akan jatuh kepada pelakon yang memang dikenali sebagai simbol seks kepada peminat-peminat mereka.


Emma Watson

Namun kali ini gelaran selebriti wanita paling seksi oleh majalah Empire telah menobatkan aktres British, Emma Watson dengan gelaran tersebut.

Emma, 23, yang memegang gelaran Hermoine Granger dalam siri filem Harry Potter telah berjaya menewaskan senarai pelakon wanita seksi lain antaranya Scarlett Johansson, Angelina Jolie, Mila Kunis dan Emma Stone.

Majalah Empire menyatakan sebab mereka memilih Emma ialah kerana pelakon tersebut menggabungkan kebijaksaan selari dengan kecantikkan yang dimilikinya, dari kecil sehingga kini dia berjaya menjadi aktres yang mampu melakonkan pelbagai watak.

Emma merupakan seorang pelajar cemerlang apabila sentiasa menunjukkan peningkatan dalam bidang akademik walaupun aktif dengan bidang seni lakon yang diceburinya sejak dari kecil lagi.

Dua tahun lalu, dia berjaya menjejakkan kaki melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka dunia, Oxford untuk tahun akademik 2011 sehingga 2012.

Sumber: Mynewshub


 

No comments:

Post a Comment