iklan 728x90

Pages

Tuesday 29 October 2013

Berita | Parah Angkara Botol Kicap ‘Terbang’

type='html'>

Parah Angkara Botol Kicap ‘Terbang’, OKU, Ayer Hitam, berita, terkini, Georgetown,

Parah Angkara Botol Kicap ‘Terbang’ | Georgetown – Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) parah di kepala selepas terkena botol kicap dipercayai dibuang individu tidak bertanggungjawab di Flat Padang Tembak, Ayer Hitam, di sini, malam kelmarin.



Kejadian berlaku jam 4.30 petang apabila penjual surat khabar Kwok Aik Siew, 59, melalui jalan antara blok A dan B sebelum botol kicap itu mengenai kepalanya, menyebabkannya rebah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata, mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh orang awam dan menjalani pemeriksaan X-ray untuk melihat kesan kecederaan.

Katanya, mangsa setakat ini tidak sedarkan diri kerana dibius dan siasatan awal mendapati insiden itu kemalangan yang tidak disengajakan menyebabkan botol kicap itu dibaling ke arah mangsa.

“Sehingga kini tiada saksi tampil untuk menyatakan objek itu dibuang atau jatuh dari aras mana dan difahamkan, kejadian objek jatuh kerap berlaku di situ.


“Ketua Balai Polis Air Itam diarah mengatur pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Penduduk untuk mengenal pasti punca, sekali gus mengambil tindakan agar tidak berulang,” katanya. 

Sumber : HarianMetro




View the original article here

No comments:

Post a Comment