iklan 728x90

Pages

Friday 18 October 2013

Atilia Bakal Tamatkan Zaman Janda

Penyanyi jelita berstatus janda, Atilia bakal menamatkan zaman solonya dengan seorang jurutera bunyi pada hujung tahun ini selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.

Raja Puteri Atilia Raja Haron

"Kami ada rancang untuk berkahwin, InsyaAllah hujung tahun ini tapi belum ada tarikh sebenar lagi.

"Majlis tersebut akan dibuat secara kecil-kecilan sahaja, hanya untuk keluarga. Kalau tidak jemput pihak media saya akan muat naik gambar dan informasi di laman sosial untuk semua," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Atilia atau nama sebenarnya Raja Puteri Atilia Raja Haron, 39, turut mengakui masih terasa kehilangan bekas suaminya Allahyarham Ariff Johan Abdul Jalil, 47, yang meninggal dunia akibat kanser hati pada 7 Ogos tahun lepas.

Atilia menjalani kehidupan sebagai suami isteri bersama Ariff Johan selama 10 tahun, namun hubungan tersebut kandas di tengah jalan apabila mereka bercerai pada Januari 2009 secara baik. -mStar


View the original article here

No comments:

Post a Comment