Afiq Muiz Nafi Larikan RM30,000 | Afiq Muiz menyifatkan tuduhan dia sengaja melarikan diri dari syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. setelah menerima wang pendahuluan sebanyak RM30,000 sebagai mengarut.
Menurut Afiq , hanya orang tidak mempunyai akal sahaja yang menuduhnya berbuat demikian kerana dia dan syarikat produksi berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah.
"Saya masih lagi bernaung dengan Global. Tuduhan orang ramai yang mengatakan saya larikan duit produksi itu adalah mengarut. Hanya orang bodoh saja kata saya larikan duit Global Station.
"Mereka menuduh saya tanpa usul periksa. Jika benar saya larikan duit mereka, sudah lama saya ditangkap. Sedangkan pihak sana (Global) yang menyekat baki wang saya.
"Cuma baki wang tersebut akan diberi mengikut persetujuan kami menerusi urus janji yang sudah dibincangkan," katanya kepada wartawan.
Sebelum ini, Afiq dikatakan sudah menerima pendahuluan sebanyak RM30,000 selepas mengikat kontrak sebagai artis residen produksi berkenaan namun aktor itu direhatkan seketika ekoran kontroversi berhubung pergaduhan dia dengan ibunya, Hasliza Mohd, 48.
Selepas beberapa bulan kontroversi itu reda, syarikat produksi berkenaan cuba menghubungi Afiq namun dia tidak menjawab panggilan mahupun membalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).
Kata Afiq lagi, dia tidak muncul dalam sebarang karya Global Station kerana pada ketika itu dia sibuk menjalani penggambaran drama di bawah produksi lain.
Dalam pada itu, Afiq kini sedang menjalani penggambaran drama Angin Syurga bersama aktres Jue Aziz dan Leez terbitan RTM dan bakal muncul dengan drama Ratu Syuhada untuk siaran televisyen sama.
"Alhamdulillah, tawaran kerja saya semakin berlambak. Ternyata kontroversi tidak menjejaskan karier lakonan saya.
"Pada Disember ini pula saya akan ke Korea bagi menjalani penggambaran drama di bawah terbitan syarikat produksi Pujangga Kreatif," ujarnya.
Artikel tentang Afiq Muiz
Artikel Menarik
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/10/18/mstar_hiburan/20131017171645&sec=mstar_hiburan

- Isu Mat Yo Tayang Kalimah Allah, Blogger Ni Ada Masaalah?
- Farid Kamil Tak Benar Diana Makan Nasi?
- Gambar Memey & Abby Sambut Aidiladha Bersama
- Isu Mat Yo Tayang Kalimah Allah, Blogger Ni Ada Masaalah?
- Gambar Raya Aidil Adha Datuk Siti Nurhaliza Bersama Keluarga
- Bekas Ketua Samseng Melayu Dedah Kisah Diri
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/10/18/mstar_hiburan/20131017171645&sec=mstar_hiburan
View the original article here
No comments:
Post a Comment