iklan 728x90

Pages

Friday 18 October 2013

Afdlin Shauki Di Fitnah Muflis

Pengarah dan pelakon Afdlin Shauki mendedahkan dia mendapat tahu ada pihak membuat fitnah dengan menuduhnya muflis kerana gagal melangsaikan hutang bank.


Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 42, bagaimanapun menegaskan sehingga kini dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pihak bank yang berurusan dengannya.

"Bagi saya tuduhan itu tidak berasas. Saya dah lama mendengar ada orang memfitnah saya kononnya saya sudah muflis.

"Saya tidak mahu memanjangkan cerita ini tetapi sesiapa yang menimbulkan cerita ini, mereka adalah pemfitnah dan di padang Mahsyar nanti mereka perlu meminta ampun kepada saya.

"Setakat ini saya tidak ada masalah dengan sebarang bank. Kalau saya muflis, pihak Astro tidak akan memberi kepercayaan kepada syarikat saya dalam menerbitkan program-program televisyen," katanya.

Tambah Afdlin, pihak yang menuduhnya muflis itu juga ternyata tidak membuat penyelidikan yang baik kerana apa yang didakwa langsung tiada fakta.

Dalam pada itu, Afdlin mengakui syarikatnya masih berhutang selepas meminjam untuk pembikinan filem Los dan Faun sebelum ini.

"Biasalah dalam menerbitkan filem, kita pasti akan berhutang dengan bank. Dan sehingga kini saya masih membayar hutang kerana kegagalan meraih pulangan bagi filem Los dan Faun. Tetapi tidaklah sampai diisytiharkan muflis," tegasnya.

Sementara itu, melihat pelbagai isu yang melibatkan pemilik syarikat Vision Networks Sdn. Bhd sejak akhir-akhir ini, Afdlin menyifatkan, kontroversi yang berlaku pada dirinya sebagai dugaan.

"Pada saya, semakin dekat kita dengan Allah, semakin kuat dugaan yang kita lalui,” katanya.

Sumber: mStar


View the original article here

No comments:

Post a Comment