iklan 728x90

Pages

Tuesday, 13 August 2013

Pekerja hotel ugut perkosa pelanggan dalam bilik

 

Subang Jaya: Seorang wanita yang menginap di sebuah hotel di sini, menempuh detik mencemaskan apabila seorang pekerja hotel mengugut memecah pintu bilik dan memperkosanya.

Mangsa berusia 40 tahun yang ketakutan menghubungi polis meminta bantuan dan tindakannya membuahkan hasil apabila polis menahan suspek berusia 24 tahun, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chua berkata, mangsa yang juga pengarah sebuah syarikat dari Johor mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada jam 1.30 tengah hari kelmarin.

Menurutnya, sebaik mendaftar, mangsa menyimpan barangannya dalam bilik hotel sebelum keluar semula untuk menghadiri mesyuarat di Petaling Jaya.

“Bagaimanapun, ketika tiba di tempat mesyuarat dia dihubungi pekerja kaunter terbabit namun pada mulanya mangsa tidak mengendahkan panggilan telefon berkenaan.

“Suspek berterusan menghubungi mangsa namun wanita terbabit tidak menjawab panggilan itu,” katanya.

Tan berkata, mangsa balik semula ke hotelnya selepas selesai kerja dan ketika dalam bilik lelaki terbabit sekali lagi menghubunginya.

“Suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks menyebabkan dia yang terkejut mematikan talian telefon.

“Suspek menghubungi berulang kali namun tidak dijawab mangsa menyebabkan dia berang dan menghantar SMS ugutan mahu memecahkan pintu bilik dan merogol wanita terbabit jika enggan membuka pintu,” katanya.

Beliau berkata, bimbang keselamatan dirinya, mangsa menghubungi polis meminta bantuan dan anggota unit peronda polis (MPV) yang tiba tidak lama kemudian menahan suspek.

“Suspek direman sehingga Rabu ini dan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

No comments:

Post a Comment