iklan 728x90

Pages

Monday, 1 July 2013

Shah Jaszle Akan Kahwin Lari Jika Hubungan Terus Tidak Direstui Keluarga Redzwani Puteri

Memang gila. Pendek akal juga si Shah Jaszle ini rupanya. Mana ada orang nak kahwin lari siap bagitau kat suratkhabar. Kalau nak kahwin lari, terus pergi je. Jangan bagitau perancangan anda. Mungkin Shah Jaszle kecewa sangat kerana hubungannya dengan Redzwani Puteri kini mendapat tentangan daripada keluarga sebelah sehingga membuat keputusan sebegini.


 

Kata Shah Jaszle kepada Berita Harian semalam:-
Apa masalahnya sekalipun kami kahwin lari? Saya akan terus pujuk keluarga Puteri menerima saya. Kahwin lari adalah pilihan terakhir walaupun saya tak mahu perkara itu terjadi. Tapi, jika itu (kahwin lari) ketentuan jodoh kami, nak buat macam mana. Sekarang saya benar-benar tertekan, tapi kerja perlu teruskan.
redzwani puteri

Untuk makluman, hubungan pertunangan antara Shah Jaszle dan Redzwani Puteri sudah pun berakhir. Namun Puteri masih lagi bertemu dengan Shah Jaszle dan meneruskan percintaan mereka. Perkara ini amat mengecewakan keluarga Puteri terutamanya abang sulungnya, Redzwan Najib. Kata abang Puteri:-
Sebenarnya saya dah malas dah nak fikir mengenai perkara ini. Saya dan keluarga cuba menghalang Puteri meneruskan perhubungan bersama Shahz, tapi nampaknya tidak berkesan, jadi saya abil keputusan buat tak tahu saja. Terus-terang saya dah tak kisah dengan situasi yang berlaku ketika ini.
Saya dah tak larat nak nasihatkan Puteri. Ayah pula memang halang habis-habisan hubungan Puteri dengan Shahz selepas membaca laporan JAIS. Bagi saya, apa yang dilakukan Puteri, tempiasnya kena pada keluarga. Namun, Puteri pernah berjanji dengan emak, dia memang akan tinggalkan Shahz, namun beri beliau sedikit masa. Katanya bukan senang nak hilangkan perasaan cinta tue, tapi yang berlaku sebaliknya.
Memang sukar nak hilangkan perasan kasih dan sayang lebih-lebih lagi jika sudah bergelar tunang. Puteri kena cepat-cepat cari kekasih baru.Hanya itu jalan paling pantas. Diharap Puteri dapat berfikir secara rasional dan memikirkan masa depannya sebelum membuat apa-apa keputusan.

Beautifulnara

No comments:

Post a Comment