iklan 728x90

Pages

Monday, 3 June 2013

Subhanallah !! Wanita Lahirkan anak ketika ‘mati’ sebelum kembali hidup

 

Austin (Texas): Keluarga seorang guru yang terhenti jantungnya atas sebab tidak diketahui,..
semalam meraikan keajaiban pemulihan serta kelahiran bayi perempuannya.
Erica Nigrelli yang bertugas sebagai guru bahasa Inggeris, tidak sedarkan diri ketika di sekolahnya pada Mac lalu.

Ketika itu, Erica, 32, sedang hamil 36 minggu.
Tindakan pantas rakan sekerjanya di Sekolah Tinggi Elkins di Missouri City melakukan bantuan pernafasan membolehkan Erica terus mendapat oksigen sehingga dia dapat dipindahkan ke hospital.
Kini Erica dan bayinya yang berusia tiba bulan, Elayna, didapati tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan.

Keluarga Erica juga terlalu gembira melihat keadaan itu. Menceritakan pengalamannya, Erica berkata, dia sempat memberitahu rakan sekerja bahawa dia berasa seperti mahu pitam sejurus sebelum dia tidak sedarkan diri. Suami Erica, Nathan Nigrelli yang mengajar di sekolah sama segera dimaklumkan.
Ketika itu, kata Nigrelli, dia mendapati mulut Erica berbuih, matanya terbeliak dan terdengar bunyi mengerang dari kerongkongnya. Pada masa itu juga jantung Erica berhenti berdegup.

Seorang pembantu klinikal, jururawat sekolah dan jurulatih atlet sekolah itu melakukan bantuan pernafasan.
Mereka juga menggunakan defibrillator untuk menggerakkan semula degupan jantung Erica. Dia kemudian dikejarkan ke hospital tempatan oleh pasukan paramedik yang tiba sejurus kemudian.

Di hospital, Erica menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayinya - sebulan lebih awal daripada sepatutnya.

Dalam keadaan begitu, Erica dianggap mati secara klinikal, tetapi dia sedar semula tidak lama kemudian.

sumber

No comments:

Post a Comment