Taiping – Terkenal dengan jolokan ‘khidmat kocok-kocok’, sekumpulan pelacur pondan tempatan dikesan
menjadikan kawasan perumahan awam di Taman Eliathamby di sini, sebagai markas untuk menjalankan aktiviti maksiat terutama pada waktu lewat malam.
Kegiatan maksiat yang dilakukan tidak jauh dari Taman Tasik Taiping itu menyediakan tawaran pelbagai pakej antaranya urutan berahi, urutan badan ke badan serta seks.
Rata-rata pondan yang berkeliaran di hadapan rumah dan kawasan taman berhampiran menawarkan perkhidmatan serendah RM20 hingga RM100 bagi pelanggan yang mahu menyewa mereka untuk satu malam.
Penduduk dikenali sebagai Wahab, 38, berkata, kegiatan maksiat yang semakin menjadi-jadi itu bermula pada jam 12 tengah malam sehingga jam 5 pagi setiap hari.
Menurutnya, rata-rata pondan terbabit tidak segan menjalankan kegiatan serta menawarkan khidmat seks walaupun menyedari ia tidak disenangi penduduk berhampiran. –
Sumber
No comments:
Post a Comment