iklan 728x90

Pages

Saturday 29 June 2013

16 Maut Diseksa Tentera Rejim Syria

 



BEIRUT – Mayat 16 lelaki yang maut akibat diseksa oleh pasukan keselamatan Syria, diserahkan kepada keluarga masing-masing,

demikian menurut kumpulan pemantau, hari ini.

“Kami menerima maklumat kematian berkaitan penyeksaan yang dilakukan tentera rejim terhadap 16 lelaki dari Harasta,” kata Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Berpuluh ribu orang dipercayai masih ditahan di penjara Syria dan kumpulan hak asasi manusia mengecam tindakan rejim Presiden Bashar al-Assad melakukan penderaan terhadap tahanan.

Perkara itu langsung tidak diketahui umum sehingga laporan kematian 16 lelaki dari Harasta didedahkan.

Bagaimanapun Badan Pemerhati itu berkata, laporan kematian tahanan terbabit dikeluarkan selepas mayat berkenaan diserahkan kepada keluarga masing-masing di Hospital Damsyik.

“Ia berlaku serentak apabila mayat tahanan yang mempunyai kesan penyeksaan diserahkan kepada keluarga masing-masing,” kata Pengarah Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman

Sumber


No comments:

Post a Comment