iklan 728x90

Pages

Saturday, 29 June 2013

GADIS BERTUDUNG YANG PALING BADASS MINGGU INI (2 Gambar)

Ini adalah antara orang yang merosakkan pandangan agama islam.

 



AKTIVITI KELAS BEMESRA PELAJAR SEKOLAH YANG BADASS (5 Gambar)

Siapa nak disalahkan? Ibubapa? Guru Sekolah? Pak Guard Atau budak sekolah sendiri?

 

 
 
 
 
 
 


Rakyat Singapura Mengadu Miss Universe S'pore Hodoh (10 Gambar)

Lynn Tan merupakan Miss Universe mereka tahun ini tetapi ramai yang menyatakan rupa dia seperti itik. Dan dia langsung tak cantik.

 








 

Penpatah

Bongkot "Tak" Kongmalai , Model Yang Jadi Teman Wanita Jutawan Thailand (10 Gambar)

 



Bongkot "Tak" Kongmalai , Model Yang Jadi Teman Wanita Jutawan Thailand.
Jutawan dari Thai, Boonchai Bencharongkul telah bersama dengan Bongkot iaitu pelakon cantik dari Thailand untuk sebulan. Mereka telah dating selama sebulan dan kini Boonchai cuba untuk menjadikannya sebagai isterinya. Ini rupa mereka berdua.















penpatah


Gempar: Askar Amerika Kencing Atas Mayat Orang Islam

 



WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) sekali lagi melakukan perbuatan biadap dan menghina orang Islam di Afghanistan apabila

video menunjukkan askar negara itu kencing di atas mayat penduduk negara itu mula tersebar di Internet.

Tindakan tidak bertamadun tentera laut AS itu terdedah selepas rakaman dimuat naik di laman web YouTube menunjukkan empat askar AS berpakaian celoreng kencing di atas mayat tiga lelaki yang didakwa anggota Taliban.

Semasa melakukan perbuatan memalukan itu, seorang daripada tentera dalam video itu dapat didengar mengeluarkan kata-kata “semoga bergembira, kawan” kepada mayat tersebut sementara seorang lagi askar membuat jenaka memualkan mengenai tindakan mereka.

Pendedahan itu memaksa jurucakap tentera laut AS, kelmarin, mengumumkan siasatan akan dijalankan mengenai kesahihan video itu.

Perbuatan askar AS itu dikecam kumpulan hak asasi Islam di AS.

“Askar yang bersalah mesti dihukum dengan hukuman paling berat angkatan tentera dan mengikut undang-undang,” menurut Majlis Perhubungan Amerika-Islam.

Sebelum ini, askar AS pernah melakukan perbuatan serupa apabila gambar diterbitkan majalah Rolling Stone, Mac tahun lalu, menunjukkan anggota tentera mengambil gambar dengan seorang budak lelaki Afghanistan yang dibunuh mereka.

Sumber


Pembunuh Dirang Dihukum Gantung Sampai Mati

 



Mahkamah Tinggi di Johor Bharu sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas

Muidin Maidin, 26, selepas didapati bersalah membunuh Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan tersebut selepas mendapati keterangan pembelaan ke atas Muidin gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu didakwa membunuh Dirang di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai antara pukul 11.30 pagi 1 Mac 2012 sehingga 12 pagi 2 Mac 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mengaku menjadikan dendam motif utama, lelaki itu nekad menculik Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang yang merupakan cucu warga emas berkenaan ketika si kecil keluar dari rumahnya yang terletak di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang seorang diri pada 1 Mac tahun lalu.



Pada hari kejadian, Dirang keluar rumah untuk membeli mi segera setelah mengadu lapar sebaik bangun tidur kepada ibunya. Siapa sangka, hajat untuk menikmati makanan tidak kesampaian apabila dia kemudiannya dicekik sampai mati. Sudah pasti, si kecil yang baru berusia 5 tahun itu masih terlalu mentah untuk mengerti mengapa dia diperlakukan sebegitu.

Tidak cukup dengan meragut nyawa Dirang, pembunuhnya memasukkan pula mayat Dirang ke dalam satu lubang sebelum dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai.

Tujuh hari kemudian, barulah mayat Dirang yang hanya tinggal serpihan rangka rentung ditemui anggota polis yang melakukan siasatan selepas kehilangannya dilaporkan ibu bapa Dirang, Roselyn Alan, 25, dan Lima Medeng, 25. Ujian DNA mengesahkan perkara ini.



Sebaik sahaja berita pembunuhan kejam Dirang diketahui umum menerusi laporan media massa, rata-rata masyarakat yang berang mendoakan pembunuhnya segera diadili dan diberikan hukuman berat.

Hari ini, doa dan harapan itu nyata terlaksana. Pembunuh Dirang, buruh kontrak bernama Muidin Maidin, 27, diputuskan bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas pihak pembelaan didapati gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pendakwaan.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman sebelum menjatuhkan hukuman terbabit berkata, manusia seperti tertuduh adalah amat bahaya berada di kelompok masyarakat.

Beliau berkata, tertuduh juga memiliki nafsu umpama binatang dan sanggup melakukan apa saja bagi memuaskan nafsunya.

“DNA kamu berada dalam anus (dubur) dan vagina (kemaluan) si mati.

“Si mati adalah insan kerdil yang tidak mengerti apa-apa namun kamu menekup mulut dan tekak hingga dia lemas dan tidak bernyawa.

“Kamu cuba melupuskan mayat dengan cara membakarnya di rumah terbengkalai dan kamu menjangka kamu bijak,” katanya.

Abdul Halim berkata, sebelum perlakukan demikian, Muidin mengumpan mangsa dengan gula-gula strawberi dan membawa mangsa ke arah kebun kelapa sawit.

Syukurlah, keadilan terhadap Dirang dapat ditegakkan. Semoga hukuman ini mampu menimbulkan gerun di hati manusia yang terdetik mahu berbuat jahat terutama terhadap anak kecil di luar sana!

Sumber


16 Maut Diseksa Tentera Rejim Syria

 



BEIRUT – Mayat 16 lelaki yang maut akibat diseksa oleh pasukan keselamatan Syria, diserahkan kepada keluarga masing-masing,

demikian menurut kumpulan pemantau, hari ini.

“Kami menerima maklumat kematian berkaitan penyeksaan yang dilakukan tentera rejim terhadap 16 lelaki dari Harasta,” kata Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Berpuluh ribu orang dipercayai masih ditahan di penjara Syria dan kumpulan hak asasi manusia mengecam tindakan rejim Presiden Bashar al-Assad melakukan penderaan terhadap tahanan.

Perkara itu langsung tidak diketahui umum sehingga laporan kematian 16 lelaki dari Harasta didedahkan.

Bagaimanapun Badan Pemerhati itu berkata, laporan kematian tahanan terbabit dikeluarkan selepas mayat berkenaan diserahkan kepada keluarga masing-masing di Hospital Damsyik.

“Ia berlaku serentak apabila mayat tahanan yang mempunyai kesan penyeksaan diserahkan kepada keluarga masing-masing,” kata Pengarah Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman

Sumber


Friday, 28 June 2013

Gambar - 9 manusia dibesarkan oleh haiwan

 



Bila melihat tajuk entri ni,mesti perkataan pertama yang muncul didalam fikiran korang ialah Tarzan.Betul tak?Tetapi,yang menimbulkan pertanyaan di sini ialah

adakah benar manusia pernah dijaga oleh binatang?Kalau difikir secara lojik,perkara ini tidak benar.Tetapi,didunia ini ada 9 manusia yang dibesarkan oleh binatang.Perlakuan dan komunikasi mereka seperti binatang.Jom kita lihat 9 manusia tu.




1. Oxana Malaya, Ukraine Dog Girl








Seorang gadis ditinggalkan di sebuah kandang anjing oleh orang tuanya yang tidak bertanggungjawab dari usia 3 sampai 8 tahun, Oxana Malaya tumbuh tanpa orang tua selain daripada anjing yang ada di kandang tersebut. Ketika ia ditemukan pada tahun 1991, ia tidak bisa berbicara, hanya boleh menggonggong, dan berlari sambil merangkak. Sekarang usianya sudah menginjak 20-an, Malaya telah diajarkan untuk berbicara, tetapi masih mengalami gangguan kognitif. Ketika ini Malaya bekerja merawat lembu di sebuah ladang peternakan dekat hospital sakit jiwa.


2. Rochom P'ngieng, Cambodia Jungle Girl



Pada waktu menggembala kerbau di sepanjang tepi hutan di Kamboja pada usia 8 tahun, Rochom P'ngieng menghilang secara misterius. Lapan belas tahun kemudian, pada tahun 2007, seorang warga melihat sebuah wanita telanjang menyelinap di sekitar halamannya mencuba untuk mencuri beras. Wanita itu diidentifikasi Rochom P'ngieng yang telah lama hilang. Dia dikenali karena kesan luka di punggungnya. Gadis itu telah membesar menjadi seorang wanita 30 tahun, entah bagaimana dia bertahan hidup sendirian di hutan tebal. Gadis itu tidak dapat mempelajari bahasa lokal atau untuk beradaptasi dengan budaya lokal, pada akhirnya ia melarikan diri dan belum ditemukan.


3. John Ssebunya, Ugandan Monkey Boy




Setelah melihat ibunya dibunuh oleh ayahnya, John Ssebunya yang berumur 4 tahun menjadi trauma dan lari ke hutan. Dia dilaporkan dibesarkan oleh pasukan monyet vervet sampai pada saat dia ditemukan tahun 1991. Seperti sering terjadi ketika anak-anak liar ditemukan, ia menolak untuk ditolong oleh penduduk desa, dan ia mendapat bantuan dari keluarga angkatnya monyet yang melempari penduduk desa dengan ranting-ranting pohon. John telah diajarkan bagaimana berbicara, dan sekarang bisa menyanyi juga. Bahkan, ia bergabung dengan paduan suara anak-anak Mutiara Afrika.


4. Victor of Aveyron




Mungkin anak liar paling terkenal , cerita Victor juga pernah di filemkan didalam filem L'Enfant Sauvage. Meskipun asal-usulnya adalah misteri, namun banyak orang yang percaya Victor menghabiskan masa kanak-kanaknya telanjang dan sendirian di hutan sebelum diketahui masyarakat pada tahun 1797. Setelah beberapa kali menampakkan diri, ia akhirnya muncul sendiri di dekat Saint-Sernin-sur-Rance, Perancis, pada tahun 1800. Victor menjadi subjek untuk banyak filsuf dan ilmuwan yang ingin tahu tentang asal-usul bahasa dan perilaku manusia, meskipun dalam perkembangannya kemajuan daripada kecerdasan anak ini sangatlah sedikit.



5. Madina



Kisah tragis Madina adalah seperti Oxana Malaya. Ditinggalkan sampai pada hari dia ditemukan pada usia 3. Dia hidup dan diasuh oleh anjing. Saat ditemukan, ia hanya dapat mengucapkan dua kata, ya dan tidak, meskipun ia lebih suka menggeram seperti anjing. Untungnya, Madina dinyatakan sehat secara mental dan fizikal setelah penemuannya. Meskipun perkembangannya terlambat, teapi dia masih muda, seorang pengasuh percaya bahawa Madina akan kembali normal ketika usianya meningkat dewasa.







6. Lobo Wolf Girl of Devil's River


Pada tahun 1845, seorang gadis misteri dilihat berjalan merangkak di sarang serigala yang menyerang kawanan kambing dekat San Felipe, Mexico. Cerita ini dikuatkan setahun kemudian ketika gadis itu dilihat sekali lagi, kali ini dia dilihat sedang melahap seekor kambing yang baru dibunuh. Penduduk setempat khuatir dan mencari gadis itu keesokan harinya dan akhirnya berhasil menangkap dia. Dia melolong tak henti-hentinya sepanjang malam, membuat sekelompok serigala berdatangan ke desa untuk menyelamatkan gadis itu. Pada akhirnya ia dapat menyelinap keluar dari kandang dan melarikan diri.
Gadis itu tidak dilihat lagi sehingga 1852, terakhir kali ia terlihat ia sedang menyusui dua anak serigala di tepi sungai. Merasa terganggu, dia mengumpulkan dua anaknya dan lari kembali ke hutan dan tidak pernah terlihat lagi selepas itu.



7. Russian Bird Boy




Terkurung di sebuah ruangan yang dikelilingi oleh kandang burung, seorang anak Rusia dibesarkan seperti burung peliharaan oleh orang tuanya yang kasar. Ketika ia ditemukan, ia tidak bisa berbicara dan hanya dapat bercericip seperti burung. Ia tidak dapat berkomunikasi seperti manusia normal. Dia telah dipindahkan ke pusat perawatan psikologis di mana para profesional bekerja untuk merehabilitasi dirinya.


8. Amala and Kamala







Dua orang anak perempuan yang berumur 8 tahun dan 18 bulan, ditemukan di sarang serigala pada tahun 1920 di Midnapore, India. Kisah ini menuai banyak kontroversi kerana umur mereka berdua berbeza jauh dan para ahli tidak menganggap bahwa mereka bersaudara.Yang lebih mungkin bahwa mereka berdua diambil oleh serigala pada waktu yang berbeda. Seperti banyak anak-anak liar lain, mereka dilaporkan sangat ingin kembali ke alam liar dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup manusia.



9. Peter the Wild Boy



Seorang anak laki-laki, telanjang dan berbulu merangkak berjalan muncul dari hutan dekat Hameln, Jerman pada tahun 1724. Akhirnya ia dibujuk dan ditangkap. Ia berperilaku seperti binatang liar dan memilih untuk makan burung dan sayuran mentah bahkan ia tidak mampu berbicara. Setelah pindah ke Inggris, ia diberi nama Petru si Anak Liar. Meskipun ia tidak pernah belajar bicara, ia sangat mencintai musik, melakukan pekerjaan kasar, dan hidup sampai usia lanjut.

Sumber


KISAH BAGAIMANA CALVIN THOO TERBUKA HATI PELUK ISLAM

 



Pereka fesyen tanah air bertaraf antarabangsa, Calvin Thoo telah memeluk agam Islam. nama jejaka ini menjadi bualan

di laman sosial Twitter dan ramai memperkatakan tentang Calvin telah bergelar saudara baru (mualaf).

Di beberapa blog di internet menyebut, Calvin Thoo telah mengucap dua kalimah syahadah pada jam 3 petang dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi.

Dalam sebuah blog menyebut Calvin menyatakan beliau menerima hidayah untuk memeluk islam selepas beliau mendapat satu mimpi dan dalam mimpi itu beliau bersyahadah.

Calvin sudah berkecimpung dalam dunia industri rekaan dan fesyen sejak lebih 17 tahun. Beliau mempunyai label jenama sendiri dan butik yang terletak di tingkat 4,pusat membeli belah Lot 10. Calvin juga sering menjadi pereka fesyen untuk artis tanah air sempena acara besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dan banyak lagi.

Sumber


Wednesday, 26 June 2013

Pekerja 7-Eleven Bermesra Dalam Kedai 7-E (3 Gambar)

Kes ini berlaku di Singapura di mana pekerja sini bercium dan berpeluk dengan pasangannya. Mereka melakukannya di tempat semua manusia boleh lihat dari luar.

 


 


CARA PIKAT GADIS COMEL YANG CELAKA (7 Gambar)

Nampak macam bodoh ada lah. Hahahah jika anda tidak malu dipersilakan beli.