Jika disebut nama Mislina Mustaffa, pelakon dan juga pengarah ini
sememangnya seorang yang mempunyai kelebihan dan bakatnya yang
tersendiri. Karya-karya yang pernah dibawanya juga ada yang menimbulkan
kontroversi.
Dan terbaru, dia telah mengarahkan serta turut berlakon sama didalam sebuah pementasan teater berjudul “M.Butterfly” yang turut dibarisi oleh pelakon, Benjy.
Karya ini sememangnya karya yang sangat kontroversi dan di Malaysia sendiri ia adalah isu sensitif kerana mempunyai unsur-unsur cinta dan seks sama jenis.
Mislina ketika ditemubual menjelaskan antara tujuan dia memilih “M.Butterfly” sebagai naskhah untuk tontonan umum adalah untuk memberi kesedaran tentang betapa pentingnya seseorang itu mempunyai perasaan untuk mengorek ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam
“M.Butterfly adalah satu karya kontroversi, kerana ia ada cinta dan seks sama jenis. Saya dah muak terhadap kebencian orang terhadap LGBT, dan saya yang berpelajaran ada tanggungjawab untuk korek kenapa perkara itu berlaku.
“Saya sedar, jika anda sentiasa korek pengetahuan, takkan ada peluang untuk anda menjadi seorang yg ‘judgemental’,” tambahnya lagi.
Bagi yang tidak tahu, “M.Butterfly” merupakan sebuah karya yang memaparkan watak utama, Rene Gallimard, seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China. Gallimard kemudiannya jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.
Teater “M.Butterfly” telah mula ditayangkan bermula semalam (11 April) dan bakal berakhir pada 14 April ini di Blackbox, Publika Hartamas. Persembahan bermula jam 8.30 malam.

No comments:
Post a Comment