Redzwani Putri melahirkan rasa terkejutnya apabila mendapat tahu tunangnya ditangkap basah
. Berikutan itu beliau mengambil keputusan untuk menunggu penjelasan daripada pihak Shah sendiri berhubung perkara berkenaan.Tambah Redzwani lagi, beliau seperti rasa seperti tidak percaya dengan berita itu kerana pada petang Rabu sebelum dia ditangkap khalwat, ayahnya ada menelefon saya bertanya khabar dan dia beritahu ketika itu Shah ada di rumah.
"Saya terkejut apabila diberitahu oleh seorang wartawan malam semalam mengenai Shah Jaszle yang ditangkap khalwat kerana saya sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang berita itu.
"Saya mahu beri peluang kepadanya untuk beri penjelasan sebelum saya membuat apa-apa keputusan mengenai pertunangan kami.
Dalam pada itu, Redzwani menyatakan bahawa buat masa ini dia tidak mahu mengambil serius dengan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh peminat terhadap tunangnya.
"Sebenarnya saya pun tak sempat lagi berjumpa apatah lagi bercakap dengannya. Cuma saya sempat telefon dia malam semalam ketika dia sedang tidur dan dia hanya beritahu berita itu tidak benar.
"Terus-terang saya masih boleh bertenang ketika mendengar berita itu dan tidak peduli dengan kata-kata banyak pihak daripada blog dan laman sosial sejak berita itu tersebar luas. "
Untuk info, Shah Jaszle telah ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor, (JAIS) pada jam 3.30 pagi semalam (Khamis). Wani dah Shah mengikat tali pertunangan pada 8 Disember tahun lalu.
Redzwani Puteri baru sahaja menamatkan pengajian ijazah kedoktoran di Management and Science University (MSU) Shah Alam dan memulakan tugasnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang pada bulan Oktober yang lalu.
Sumber
No comments:
Post a Comment