iklan 728x90

Pages

Tuesday, 5 March 2013

Mabuk Gam Sepupu Jadi Mangsa Cabul


KUANTAN - Seorang remaja yang menghadapi tuduhan mencabul kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun agak tercengang ketika dibawa masuk ke kamar Mahkamah Majistret Kuantan, semalam.

Remaja berusia 15 tahun dari Taman Seri Mahkota Jaya, Jalan Gambang dekat sini itu bagaimanapun mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Sebutan kes remaja terbabit bagaimana pun berlangsung secara tertutup di hadapan Majistret Jesicca Diamis manakala pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa yang juga merupakan sepupunya.

Kejadian berlaku dalam rumah milik neneknya di Taman Seri Mahkota Jaya, Jalan Gambang dekat sini kira-kira jam 2 petang, 7 Februari lalu.

Dia berjaya ditahan polis hampir dua minggu kemudian selepas salah seorang ahli keluarga dipercayai ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian.

Remaja terbabit yang tinggal bersama neneknya di alamat itu mengakui dia mengalami ketagihan gam dan kejadian cabul terhadap sepupunya berlaku secara tidak sedar kerana dia berada dalam keadaan khayal.

Remaja terbabit didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia yang tidak diwakili peguam dibebaskan dengan jaminan RM2,000 sementara menunggu keputusan laporan akhlak sebelum mahkamah mengeluarkan perintah terhadapnya 3 April depan.

Difahamkan sepanjang sebutan kesnya semalam, tiada ahli keluarga yang datang dan menjelaskan wang jaminan.

-ceritaapakah

No comments:

Post a Comment