iklan 728x90

Pages

Tuesday 5 March 2013

Julia Perez Dan Dewi Perssik Bergaduh Sehingga Nampak?


Kecoh industri hiburan di negara seberang, Indonesia mengenai Julia Perez yang kini bersembunyi dari pihak polis kerana disabitkan kesalahan bergaduh dengan Dewi Perssik pada November 2010 yang lalu.

Video yang berdurasi 5.02 minit itu menyaksikan kedua-kedua wanita seksi itu sedang merakamkan satu babak perkelahian. Setelah beberapa saat bertikam lidah, kedua-duanya dilihat bergelut, namun ianya masih lagi dalam babak lakonan.

Aksi mereka menjadi tegang apabila Julia Perez dijatuhkan oleh Dewi Perssik, namun beliau berjaya duduk di atas lawan sambil lututnya ditekan pada muka Dewi Perssik.

Setelah mereka bangun, Dewi Perssik kelihatan tidak puas hati dan cuba menendang Julia Perez namun tidak kena pada sasarannya.

Pergaduhan menjadi semakin buruk apabila Julia Perez mula menumbuk dan menampar Dewi Perssik dan ianya berlarutan hingga ke pintu set.

Pergaduhan tersebut berlaku ketika pengambaran Arwah Goyang Kerawang pada November 2010.

-ceritaapakah

1 comment: