Kerana tak ada pemuda yang datang melamar dirinya, wanita dari Taiwan ini berputus asa dan merasa kecewa dan mengambil keputusan menikahi dirinya sendiri.
Wei-Yih, yang begitu kecewa kerana tidak bertemu lelaki idaman hatinya. Usianya yang sudah tua dan dia menghadapi tekanan sosial untuk segera berkahwin.
Dia tidak bermain dengan kenyataannya itu. Setelah menikah dia akan berbulan madu ke Australia. Tentu saja seorang diri. “Saya berharap semakin banyak orang yang akan mencintai dirinya sendiri,” ujarnya.
Pernikahan yang dilakukan Wei-Yih tidak boleh didaftar dan tak dianggap sah. Tetapi Wei-Yih berjanji jika menemui lelaki idamannya, dia akan melangsungkan pernikahan lagi.
Apa yang dilakukan Wei-Yih itu menimbulkan kekhuatiran kepada pemerintah Taiwan. Selama ini Taiwan cemas melihat menurunnya kelahiran penduduk di negara tersebut. Hanya dua perlima wanita di Taiwan yang ingin bernikah dan selebihnya lebih suka hidup bersendirian.
[Sumber]
No comments:
Post a Comment