iklan 728x90

Pages

Thursday, 14 February 2013

Lady Gaga Hidap Penyakit Kronik Terpaksa Tangguh Konsert


Lady Gaga berkata, “penyakit hati”nya menyebabkan penyanyi itu menundakan empat persembahan selepas mengalami kecederaan yang mengakibatkan dirinya tidak dapat berjalan.

Satu kenyataan berkata, persembahan beliau yang ditetapkan pada 13 sehingga 14 Februari di Chicago, 16 Februari di Detroit dan 17 Februari di Hamilton, Ontario, Kanada ditunda berikutan mengalami ‘synovitis’, iaitu beberapa kecederaan radang.

Gaga menggunakan Twitter untuk memberikan penjelasan, dengan menyatakan bahawa beliau cedera dalam satu persembahan suatu ketika dahulu dan keadaan itu bertambah buruk, menyebabkan beliau sukar untuk bergerak.

Beliau merahsiakan mengenai kecederaan itu daripada kakitangannya, tetapi akhirnya terpaksa mendedahkannya.

“Saya sudah lamah merahsiakan kecederaan dan kesakitan yang kronik, dan sejak bulan lepas keadaannya semakin buruk,” tulisnya.

“Saya berdoa agar ia dapat disembuhkan,” katanya Lady Gaga lagi.

-AP

No comments:

Post a Comment