iklan 728x90

Pages

Wednesday 30 January 2013

Wanita Cantik Ini Menjadi Idaman Setiap Lelaki

Aktres Amerika Syarikat, Jennifer Lawrence, diumumkan wanita paling diidamkan lelaki dalam senarai dikeluarkan laman sesawang AskMen.com.


Menurut undian dilakukan 2.4 juta orang itu itu, bintang filem The Hunger Games itu mengenepikan penyandang 2012, Sofia Vergara.

Pada 2011, bintang Gossip Girl, Blake Lively, dinobatkan sebagai Wanita Paling Diidam Di Dunia, selepas Emmanuelle Chriqui (2010) dan Eva Mendes (2009).

Jennifer 22, mula mencipta nama selepas muncul dalam filem Winter’s Bone pada 2010.

Filem itu membolehkan Jennifer dicalonkan untuk anugerah Oscar. Tempat kedua adalah Mila Kunis, diikuti Kate Upton, Rihanna dan Emma Stone.

-Agensi

No comments:

Post a Comment