"Saya memang boleh menyanyi namun rasanya belum sampai masanya untuk pergi ke arah itu kerana ingin memberikan tumpuan kepada bidang lakonan.
"Bagaimanapun saya mahu bergelar penyanyi suatu hari nanti apabila masanya sesuai," katanya.
Tambah Anzalna, selain menyanyi, dia juga mencuba bidang pengacaraan yang disifatkan sebagai mencabar dan dapat membina keyakinan diri.
Dalam pada itu, Anzalna berkata, dia sedang dalam perancangan untuk mengambil lesen memandu bagi memudahkan dia menguruskan sendiri karier seninya tanpa perlu meminta bantuan sesiapa jika perlu ke lokasi penggambaran.
Anzalna berkata, selama ini dia terlalu banyak bergantung kepada kekasihnya iaitu Hanif Zaki, 24, jika mempunyai urusan kerja.
"Walaupun dia tidak pernah merungut kerana perlu menghantar saya ke lokasi penggambaran atau sesi fotografi tetapi saya sedar yang saya tidak boleh terlalu bergantung harap kepadanya.
"Sebab itu saya merancang untuk mengambil lesen memandu secepat mungkin," katanya.
-mStar
No comments:
Post a Comment