Ramai gadis yang kecewa apabila mengetahui hati Wan Zack telah dicuri oleh gadis 19 tahun yang bernama Zzati ini.
Namun tahukah anda yang perkenalan mereka bermula di Twitter?
Menurut Wan Zack, selepas berkenalan menerusi Twitter, dia meminta nombor telefon Zzati.
Selepas 3 hari bergayut di telefon, Wan Zack mula jatuh hati dan terus sejak itu, mereka berdua sepakat untuk menjadi kekasih.
Lebih romantik apabila Wan Zack menyahut cabaran kekasihnya itu dengan pergi ke rumah keluarga Zzati untuk bertemu muka. Jiwang kan?
Selain sedang belajar di UiTM dalam bidang muzik, Zzati juga merupakan seorang penyanyi.
Apa pun Abang Nara kagum dengan cara pemikiran Zzati yang baru berusia 19 tahun apabila ditanya tentang persepsi liar orang ramai terhadap hubungannya dengan Wan Zack.
Seboleh-bolehnya Zzati tak mahu terlalu memikirkan hubungan cinta dengan dengan dia. Masih terlalu awal. Lagi pun tak sampai setahun kami berkawan rapat. Zzati cuma ikut arus di depan mata. Dah namanya pun kekasih, bukan ada ikatan rasmi apa pun. Tapi apa pun Zzati tetap berhati-hati dengan tingkah laku Zzati. Takut kalau ada orang terasa hati atau boleh jadi bahan cerita, mana tahu kan.
Matang juga pemikiran si Zzati ini kan? Apa pun kalau dah jodoh, memang takkan ke mana. Zzati dan Wan Zack pun kedua-duanya masih muda. Bercinta tue bercinta, tapi mesti mahu lebihkan fokus kepada karier dan pelajaran masing-masing untuk masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
No comments:
Post a Comment