iklan 728x90

Pages

Saturday, 2 March 2013

Unik kan Superhero cuci cermin tingkap ....


Mat Saleh ni creative. Mereka memakai costume superhero nak cuci cermin tingkap sebuah hospital kanak-kanak.

Mesti kanak-kanak ni happy kan?.....Agak2 ada tak superhero nak cuci cermin tingkap hospital kita kat Malaysia?.

-mysmallworld
 

Ustazah Muda Jadi Mangsa Dua Pelajar


Kuala Lumpur: Mereka bukan saja memberi amaran kepada ustazah yang mengajar di sekolah supaya jangan campur tangan, malah turut mengugut mahu membunuh wanita berkenaan selepas ditegur kerana melakar tatu di tangan, selain membuat bising di dalam kelas.

Itulah sikap samseng dan kurang ajar dua pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di ibu kota, sekali gus menyebabkan pihak pengurusan sekolah terpaksa membuat laporan polis ke atas mereka, kelmarin. Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari, ustazah berusia 28 tahun itu pada mulanya menegur kedua-dua pelajar terbabit kerana membuat bising dan mengganggu pembelajaran.

“Teguran ustazah itu mengundang rasa marah dua pelajar terbabit sebelum seorang daripada mereka memarahinya. Berikutan itu, ustazah berkenaan menghampiri seorang daripada pelajar itu sebelum terkejut apabila mendapati ada tatu pada tangannya.

“Ustazah itu memeriksa tangan seorang lagi pelajar dan mendapati dia juga menemui tatu sama di tangan,” katanya.

Menurutnya, ustazah terbabit menegur kedua-dua pelajar berusia 14 tahun itu dengan memberitahu perbuatan mereka salah mengikut ajaran Islam serta peraturan sekolah.

Teguran ustazah itu menyebabkan pelajar terbabit bertambah berang lalu memarahinya serta memberi amaran supaya jangan masuk campur urusan mereka.

“Malah, seorang daripada pelajar terbabit turut mengugut mahu membunuh wanita itu sekiranya terus campur tangan dalam urusan mereka,” katanya.

Menurutnya, menyedari kedua-dua pelajarnya itu sukar dikawal, ustazah terbabit kemudian menghubungi guru disiplin bagi mendapatkan bantuan.

Sumber itu berkata, kedua-dua suspek dibawa ke pejabat sekolah sebelum ustazah terbabit membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

“Dalam laporannya, pengadu mendakwa dua pelajar berkenaan menganggotai kumpulan samseng di luar sekolah dan siasatan awal polis juga mendapati seorang daripada mereka pernah disiasat kerana melakukan kesalahan jenayah,” katanya.

-ceritaapakah

Gadis Ketagih Pewangi Ketiak




Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak.

Nicole, 19, dari New York berkata, dia suka dengan rasa pewangi itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian menjadi ketagih memakannya sejak dua tahun lalu.

Sejak itu, dia sudah memakan secara purata setengah batang bahan itu sehari, sama dengan 15 batang sebulan.

Nicole berkata ketagihannya itu menyebabkan mulutnya kering dan mengalami kekejangan di perut.

Untuk mengatasi masalah itu, dia kadang-kadang menyembur pewangi ke lidahnya. Nicole berkata: “Otak saya memberitahu, ‘kamu perlu memakannya’. “Saya cuba untuk menghentikan tabiat itu selama seminggu, tetapi jatuh sakit dan pening.

“Apabila saya menyedari saya hampir kehabisan pewangi ketiak, saya menjadi panik. Kebimbangan saya semakin bertambah dan saya rasa bagai nak gila.

“Tanpanya, saya mungkin menjadi individu yang berbeza,” katanya. Walaupun pewangi ketiak sebahagian besarnya diperbuat daripada minyak dan lilin, bahan utamanya ialah aluminium yang boleh menyebabkan demensia, serangan secara tiba-tiba, malah juga kematian. Teman lelaki Nicole dan rakannya, Zhakia bimbang dengan kesihatan gadis itu dan akhirnya memujuknya untuk berjumpa doktor yang mengesahkan dia mempertaruhkan keadaan kesihatannya. Sejak itu, dia cuba menghentikan tabiatnya dan memakan kacang badam apabila rasa ketagih, tetapi masih memakan sedikit pewangi ketiak setiap hari.

“Ia sangat lembut kerana cair di dalam mulut saya. Pewangi ketiak memang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri,” katanya. – Agensi

Seorang Wanita China Taksub Berambut Panjang




China – Seorang wanita di China tidak pernah memotong rambut sejak 11 tahun lalu dan kini rambutnya berukuran 6 kaki, iaitu melebihi ketinggiannya sendiri iaitu 5 kaki.

Dengan ketinggian berkenaan, Cen Yingyuan, 44 tahun terpaksa mengikat rambut setiap kali kali keluar rumah.

“Saya menyimpan rambut ini selama 11 tahun,” katanya.

Setiap kali keluar rumah, rambut Cen menjadi tarikan ramai, namun Cen tidak kisah dengan keadaan itu malah dia berasa bangga dengan rambutnya itu.

Cen sangat menghargai rambutnya itu dan akan mengutip serta mengumpul setiap helai rambut yang gugur.

“Sejak 2005, saya telah mula mengumpul rambut yang gugur ini. Selaluinya setiap tahun saya berjaya kumpul kira-kira 50 gram,” katanya.

Menurut Cen, banyak pihak yang berminat untuk membeli rambutnya itu, malah dia pernah ditawarkan hingga £2,000.

Bagi mengelakkan rambutnya menjadi rosak, Cen sentiasa menitik berat penjagaan rambutnya.
“Jika ada sehelai uban di rambut saya, maka saya akan mewarnakan rambut saya menjadi putih, menjadikan rupa saya lebih berbeza,” katanya.

Dengan rambut yang panjang itu, adalah sukar untuk Cen membasuhnya setiap hari, justeru dia akan membasuh rambut setiap empat hari.

Cen akan menggunakan baldi untuk membersihkan rambutnya dan dia akan menggunakan sebotol arak bagi memastikan rambutnya bersinar.

Bagaimanapun bukan Cen seorang sahaja yang taksub dengan rambut panjang itu sebaliknya wanita di perkampungan Huanglua Yao menyimpan rambut panjang dengan ukuran antara 5.5 kaki hingga 6.8 kaki.

Mereka kebanyakannya memotong rambut sekali seumur hidup iaitu pada usia 16 tahun sebelum mereka berkahwin.

Penduduk kampung berkenaan percaya wanita yang berambut panjang membawa kebahagiaan, kekayaan dan nasib yang baik.

-mynewshub

Fathia Latiff Rampas Kekasih Marsha?


Baru-baru ini terdapat ura-ura mengatakan pelakon cantik, Fathia Latiff merampas kekasih kepada rakan artis iaitu penyanyi dan pelakon seksi, Marsha Milan Londoh.

Bukan itu saja, dia juga turut didakwa bergaduh dengan Marsha hanya disebabkan perihal berebutkan teman lelaki.

Bagaimanapun, Fathia lantas menepis dakwaan yang disifatkan adalah tidak benar sama sekali itu.

Menjelaskan perkara itu, Fathia, 26 tahun, berkata kepada MalaysianDigest, “saya dengan Marsha okay! Kami tak pernah bergaduh. Mengenai soal saya caras kekasih dia, sebenarnya bukan…mungkin sebab saya berkawan dengan bekas teman lelaki dia.

“Kami berkawan biasa. Mungkin ada salah faham dan lelaki itu bukan kekasih saya,” ujarnya.

Harapnya dengan penjelasan Fathia itu terjawab sudah khabar angin yang nyata tidak berasas dilemparkan terhadap pelakon itu.

[Sumber]