YAN : Atas sebab kasihan terhadap si perogol, seorang mangsa menarik balik laporan polis yang dibuat sambil menyifatkan kejadian itu sebagai ‘tidak apa-apa’.
Lebih menghairankan, tindakan itu turut disokong oleh ibu dan tunang mangsa yang bimbang, maruah keluarga mereka akan turut terjejas jika hal itu heboh.
Menurutnya,
hasil soal siasat mendapati gadis berusia 16 tahun dan pasangannya yang
berusia 23 tahun dalam perjalanan ke rumah keluarga lelaki di Kuala
Kedah selepas membuat laporan polis di Balai Polis Gurun.Pengerusi
Kawasan Rukun Tetangga(KRT) Sungai Limau, Abdul Razak Ghazali berkata,
kejadian itu berlaku pada 25 Ogos lalu apabila pasukan KRT Sungai Limau
menahan sepasang kekasih yang menaiki motorsikal dalam keadaan
mencurigakan di samping tidak memakai topi keledar, kira-kira jam 1.15
pagi.
“Gadis itu mengaku dia telah dirogol
oleh seorang lelaki di sebuah rumah kosong di Bukit Jenun, Pendang
kira-kira jam 9 malam hari kejadian dan hendak pulang ke Kuala Kedah.
“Kami yang
tidak berpuas hati dengan penjelasan mereka, bertindak memanggil ibu
gadis itu untuk mendapatkan pengesahan dan polis peronda untuk menjadi
saksi,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini semalam.
Abdul Razak berkata, ibu mangsa yang tiba kira-kira jam 2.15 pagi, terkejut mendengar pengakuan anaknya bahawa dia dirogol oleh anak kenalan lelakinya dan telah membuat laporan polis.
Namun, Abdul
Razak berkata, beliau lebih terkejut apabila ibu remaja itu memujuk
anaknya supaya menarik balik laporan polis yang dibuat kerana bimbang
dengan masa depan lelaki yang merogol anaknya.
“Mangsa dan
tunangnya kemudian bersetuju mengikut nasihat itu, lalu menarik balik
laporan polis. Apabila ditanya kepada wanita itu, mengapa dia menasihati
anaknya supaya menarik balik laporan sedangkan anaknya yang menjadi
mangsa dan perlu dibela, wanita itu dengan selamba berkata, apa yang
berlaku adalah takdir dan kehidupan anaknya tidak akan terjejas
apa-apa,” katanya.
Abdul Razak berkata, itulah kali pertama beliau mendengar pengakuan sedemikian rupa daripada seorang ibu yang menganggap maruah diri anaknya lebih rendah berbanding perogol itu.
No comments:
Post a Comment