Seorang lelaki Sri Lanka telah kematian isterinya. Tiga bulan kemudian,
lelaki tersebut baru menyedari bahawa dia mempunyai keupayaan untuk
menyusukan dua orang anak perempuannya.
Lelaki dari pusat bandar Walapone tersebut kehilangan isterinya ketika
melahirkan anak. "Anak sulung saya enggan meminum susu tepung yang
dibancuh ke dalam botol. Pada suatu petang, saya memberikan dada saya
sendiri bagi menghentikan tangisannya. Ketika itulah baru saya sedari
bahawa saya mempunyai kelebihan untuk menyusukannya."
Dr Kamal Jayasinghe, timbalan pengarah di sebuah hospital kerajaan Sri
Lanka mengatakan tidak mustahil untuk seorang lelaki menghasilkan susu
jika hormon prolactine menjadi hiperaktif.
No comments:
Post a Comment