iklan 728x90

Pages

Friday, 15 March 2013

Fida Anggap Lelaki Kelakar Terapi Diri




KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Fida Ibrahim menganggap mengenali lelaki dalam kalangan pelawak mampu memberi terapi dalam kehidupannya.

Jika sebelum ini dia pernah bercinta dengan Mamat Sepah, kali ini dia memilih pula pelakon komedi, Zalif Sidek.

Akui Fida yang dipetik dari Sinar Harian Online, dia lebih menyenangi lelaki berperwatakan kelakar dan periang.

“Memang saya mudah tertarik dengan lelaki yang suka berlawak jenaka dan periang. Jenaka mereka mampu membuatkan saya lupa akan masalah yang ada.

“Secara tidak langsung, ia boleh menjadi terapi untuk saya dalam melupakan seketika segala masalah,” katanya.

Tidak berselindung mengenai hubungan cintanya yang baru berputik bersama Zalif, baru-baru ini, Fida akui keterbukaan itu nyata membawa lebih kekusutan.

Sejak hubungan mesra itu diketahui umum, Fida dikatakan telah diganggu wanita yang mengaku dirinya sebagai kekasih Zalif.

“Ia memberi pengajaran buat saya supaya berhati-hati dalam perhubungan. Walaupun saya tidak pasti siapa wanita itu, namun cukuplah setakat ini.

“Malah, sejak peristiwa itu, saya lebih selesa menganggap Zalif sebagai kawan biasa sahaja,” jelasnya.
-mynewshub

No comments:

Post a Comment