iklan 728x90

Pages

Showing posts with label temui. Show all posts
Showing posts with label temui. Show all posts

Saturday, 26 October 2013

Gempar! Saintis Australia temui daun pokok hasilkan emas

Pasukan saintis di Perth , Australia Barat , telah menemui zarah emas pada daun, ranting dan kulit pokok eucalyptus yang mereka dakwa bakal memberi kesan besar terhadap perlombongan emas.

Pasukan penyelidik CSIRO (Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation) menduga, pokok-pokok itu tumbuh diatas tanah yang mengandungi emas jauh dibawah tanah , menyerap emas ketika mencari kelembapan semasa musim kering.

Dr Melvyn Lintern , geochemist dari pasukan penyelidikan CSIRO dan penulis utama kajian itu , berkata , pokok-pokok itu seolah memberitahu kepada pasukan saintis apa yang ada dibawah permukaan bumi.

" Pokok-pokok ini nampaknya menghisap emas dari kedalaman 30 meter , yang bermaksud sama dengan bangunan 10 tingkat . "

Zarah emas itu kira - kira satu perlima daripada diameter rambut manusia dan 500 pokok hanya mampu menghasilkan emas untuk sebentuk cincin kahwin

Pasukan penyelidik berkata, mereka juga mendapati emas di daun pohon -pohon yang lain, seperti akasia dan mulga .

Penemuan tersebut, yakni yang pertama di dunia dan pertama kalinya zarah emas dijumpai di benda hidup, jelas memancing minat besar di kalangan perlombongan emas dan sektor eksplorasi.

Bekas geochemist dari Newmont Mining, Nigel Radford , berkata , implikasinya terhadap eksplorasi emas sangat besar.

Menurutnya , eksplorasi emas kemungkinan akan menjadi jauh lebih cepat dan lebih murah.

tribunnews.com

View the original article here

Friday, 25 October 2013

Zalif Sidek Temui Pengganti Fida?

Boleh tahan juga pelakon comel Zalif Sidek ini kalau bab-bab gosip bercinta.

Dia yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan hubungan ‘turun naik’ dengan Fida Ibrahim kini dilihat rapat dengan seorang gadis melalui beberapa keping gambar di sebuah forum hiburan, memetik laporan Rotikaya.

Zalf Sidek Sudah Temui Pengganti Fida?

Ternyata dia tidak menafikan hubungan rapatnya dengan gadis yang bernama Syafrina itu dan menyatakan bahawa dia merupakan rakan lama ketika zaman persekolahannya.

Baru bertemu semula, Zalif berkata dia kini berasa selesa berkawan dengan gadis itu.

Pelakon itu juga menyatakan dia tidak akan berselindung jika ditanya soalan mengenai cinta dengan mana-mana wanita.

Baguslah kalau begitu. Lebih baik berterus-terang sekarang, nanti taklah kantoi sana, kantoi sini. Betul tak?

Sumber: Rotikaya

View the original article here

Monday, 21 October 2013

Virus Mers-CoV, penyelidik gagal temui jawapan bagaimana ia tersebar

Virus Mers menyerang sistem pernafasan manusia dan turut menyebabkan kegagalan organ. Gambar Kecil: Gambaran virus

PENYELIDIK di Britain dan Arab Saudi mendakwa sehingga kini mereka gagal menemui jawapan bagaimana Virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) tersebar secara meluas di rantau Timur Tengah dan beberapa negara Barat.

Menerusi laporan yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, saintis menyatakan mereka telah melakukan penyelidikan ke atas sampel yang diambil daripada 21 pesakit di Arab Saudi.

Mereka turut mengecualikan kelompok kes di bandar timur al-Hasa dan hanya memberi tumpuan terhadap penyebaran wabak itu di ibu negara Saudi.

"Keputusan kajian ini jelas menunjukkan Riyadh sebagai pusat utama penyebaran virus pembawa maut itu dan ia hanya merebak sekali sekala ke kawasan lain," jelas laporan itu lagi.  

Penyelidikan tersebut juga sekali lagi mengulangi teori bahawa virus Mers-CoV itu mungkin disebarkan oleh haiwan kepada manusia.

Sejarah genetik virus itu menunjukkan jangkitan berulang telah berlaku, namun sumber utama virus tersebut yang menjangkiti haiwan masih tidak dapat dikenal pasti hingga kini.

Cara penyebaran lebih rumit

Susulan daripada itu, beberapa ujian telah dijalankan ke atas haiwan mamalia seperti unta, kelawar dan kambing di Saudi.

Bagaimanapun, sampel yang diperoleh di Riyadh menunjukkan kepelbagaian genetik Mers-CoV secara meluas.

Hal ini bermakna virus itu disebarkan melalui sumber haiwan dari tempat lain yang kemudiannya disebarkan ke kawasan terbabit.

Beberapa pakar berpendapat kawasan di ibu negara Saudi lebih terdedah kerana ia merupakan pusat populasi terbesar di negara tersebut.

Profesor Alimuddin Zumla dari Universiti Kolej London yang turut sama membantu penyelidikan Lancet berkata, cara virus itu tersebar sebenarnya lebih rumit daripada apa mereka jangkakan.

“Ia mungkin melibatkan ‘pengantara’ kerana kebanyakan kes yang dikenal pasti menunjukkan pesakit tidak mempunyai hubungan dengan haiwan secara langsung.

Menurutnya lagi, sumber sebenar virus Mers tersebut masih tidak jelas dan beberapa hipotesis yang dibuat menunjukkan ia mungkin disebarkan oleh makanan.

Sehingga 18 Oktober lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sebanyak 139 kes dan 60 kematian akibat Mers direkodkan di seluruh dunia.

Bagaimanapun, 119 daripada kes jangkitan itu termasuk 51 kematian dilaporkan di Saudi iaitu selepas virus misteri tersebut dikenal pasti untuk pertama kali oleh ahli virologi Mesir, Dr Ali Mohamed Zaki pada 24 September 2012.

Bermula dengan selesema biasa

Jumlah kematian yang semakin meningkat di negara itu menyebabkan banyak pihak mula bimbang dengan nasib jutaan jemaah haji pada tahun ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa kesihatan di Timur Tengah telah menghantar kumpulan sokongan untuk memberi penerangan kepada jemaah tentang tindakan perlu diambil jika berasa kurang sihat selepas kembali dari Saudi.

Difahamkan, sukar untuk mengenal pasti simptom awal jangkitan virus Mers tersebut kerana ia hanya bermula dengan selesema biasa.

Dalam usaha untuk mengesan penyebaran virus tersebut, WHO telah menubuhkan Jawatankuasa Peraturan Kesihatan Kecemasan Antarabangsa.

Jawatankuasa itu juga mendapati  amaran tahap tinggi tidak perlu dikeluarkan seperti ketika penularan wabak Sars, H5N1 dan selesema babi di beberapa negara sebelum ini.    

Ketua teknikal penyelidikan Mers di Geneva, Dr Anthony Mounts berkata, tiada laporan menunjukkan virus itu merebak dalam kalangan masyarakat kerana ia hanya menjangkiti kaki tangan perubatan yang berhubung secara terus dengan pesakit.

"Kami tidak akan berputus asa untuk mengenal pasti punca virus ini, namun apa yang jelas ia tiada kaitan dengan Sars," jelasnya lagi.

Sinar Harian

View the original article here

Saturday, 19 October 2013

Arkeologi temui 'hard disk' berusia 5500 tahun

Tempat penyimpanan data kuno © Dailymail.co.uk

Sebelum ditemukannya flash disk atau flash drive, banyak orang yang menyimpan datanya mula menggunakan disket sampai dengan ' membakar ' di Compact Disc ( CD) .

Namun, seiring dengan perkembangan zaman, maka peranti portable dengan bahan kuat dan mampu menampung banyak data diciptakan, contohnya cakera keras atau hard drive ( HDD ) dan juga flash disk.

Akan tetapi , seperti yang dimuat dalam Daily Mail ( 15/10 ), menurut kajian, kaedah penyimpanan data yang sekarang digunakan oleh peranti - peranti elektronik mudah alih tersebut sudah ada sejak sekitar 5,500 tahun lalu.

Hal tersebut dibuktikan dengan ditemukannya , bola - bola berlubang pada bahagian tengahnya yang berisikan cetakan-cetakan lain dengan berbagai bentuk serta terdapat pula goresan-goresan kod tengahnya.

Bola-bola tersebut ditemukan di Choga Mish , Iran. Tempat ini dianggarkan pada 5,500 tahun lalu adalah merupakan salah satu bahagian dari Mesopotamia .

Christopher Woods, seorang profesor dari University of Chicago Oriental Institute, mengatakan bahawa bola-bola dari tanah liat tersebut dapat dikatakan sebagai cikal bakal pemikiran manusia akan tempat penyimpanan data mudah alih.

Untuk mengetahui segala hal dan menelitinya , para arkeologi menggunakan CT Scan dan pemodelan 3D. Menurut para penyelidik, kemungkinan cetakan- cetakan yang disimpan di dalam bola tersebut merupakan hasil dari transaksi atau jual-beli .

Sampai sekarang, selain ingin terus meneliti berkaitan bola dan juga mengartikan cetakan- cetakan yang ada di dalamnya tersebut .

merdeka.com

View the original article here