iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Gagal. Show all posts
Showing posts with label Gagal. Show all posts

Monday, 21 October 2013

Virus Mers-CoV, penyelidik gagal temui jawapan bagaimana ia tersebar

Virus Mers menyerang sistem pernafasan manusia dan turut menyebabkan kegagalan organ. Gambar Kecil: Gambaran virus


PENYELIDIK di Britain dan Arab Saudi mendakwa sehingga kini mereka gagal menemui jawapan bagaimana Virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) tersebar secara meluas di rantau Timur Tengah dan beberapa negara Barat.

Menerusi laporan yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, saintis menyatakan mereka telah melakukan penyelidikan ke atas sampel yang diambil daripada 21 pesakit di Arab Saudi.

Mereka turut mengecualikan kelompok kes di bandar timur al-Hasa dan hanya memberi tumpuan terhadap penyebaran wabak itu di ibu negara Saudi.

"Keputusan kajian ini jelas menunjukkan Riyadh sebagai pusat utama penyebaran virus pembawa maut itu dan ia hanya merebak sekali sekala ke kawasan lain," jelas laporan itu lagi.  

Penyelidikan tersebut juga sekali lagi mengulangi teori bahawa virus Mers-CoV itu mungkin disebarkan oleh haiwan kepada manusia.

Sejarah genetik virus itu menunjukkan jangkitan berulang telah berlaku, namun sumber utama virus tersebut yang menjangkiti haiwan masih tidak dapat dikenal pasti hingga kini.

Cara penyebaran lebih rumit

Susulan daripada itu, beberapa ujian telah dijalankan ke atas haiwan mamalia seperti unta, kelawar dan kambing di Saudi.

Bagaimanapun, sampel yang diperoleh di Riyadh menunjukkan kepelbagaian genetik Mers-CoV secara meluas.

Hal ini bermakna virus itu disebarkan melalui sumber haiwan dari tempat lain yang kemudiannya disebarkan ke kawasan terbabit.

Beberapa pakar berpendapat kawasan di ibu negara Saudi lebih terdedah kerana ia merupakan pusat populasi terbesar di negara tersebut.

Profesor Alimuddin Zumla dari Universiti Kolej London yang turut sama membantu penyelidikan Lancet berkata, cara virus itu tersebar sebenarnya lebih rumit daripada apa mereka jangkakan.

“Ia mungkin melibatkan ‘pengantara’ kerana kebanyakan kes yang dikenal pasti menunjukkan pesakit tidak mempunyai hubungan dengan haiwan secara langsung.

Menurutnya lagi, sumber sebenar virus Mers tersebut masih tidak jelas dan beberapa hipotesis yang dibuat menunjukkan ia mungkin disebarkan oleh makanan.

Sehingga 18 Oktober lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sebanyak 139 kes dan 60 kematian akibat Mers direkodkan di seluruh dunia.

Bagaimanapun, 119 daripada kes jangkitan itu termasuk 51 kematian dilaporkan di Saudi iaitu selepas virus misteri tersebut dikenal pasti untuk pertama kali oleh ahli virologi Mesir, Dr Ali Mohamed Zaki pada 24 September 2012.

Bermula dengan selesema biasa

Jumlah kematian yang semakin meningkat di negara itu menyebabkan banyak pihak mula bimbang dengan nasib jutaan jemaah haji pada tahun ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa kesihatan di Timur Tengah telah menghantar kumpulan sokongan untuk memberi penerangan kepada jemaah tentang tindakan perlu diambil jika berasa kurang sihat selepas kembali dari Saudi.

Difahamkan, sukar untuk mengenal pasti simptom awal jangkitan virus Mers tersebut kerana ia hanya bermula dengan selesema biasa.

Dalam usaha untuk mengesan penyebaran virus tersebut, WHO telah menubuhkan Jawatankuasa Peraturan Kesihatan Kecemasan Antarabangsa.

Jawatankuasa itu juga mendapati  amaran tahap tinggi tidak perlu dikeluarkan seperti ketika penularan wabak Sars, H5N1 dan selesema babi di beberapa negara sebelum ini.    

Ketua teknikal penyelidikan Mers di Geneva, Dr Anthony Mounts berkata, tiada laporan menunjukkan virus itu merebak dalam kalangan masyarakat kerana ia hanya menjangkiti kaki tangan perubatan yang berhubung secara terus dengan pesakit.

"Kami tidak akan berputus asa untuk mengenal pasti punca virus ini, namun apa yang jelas ia tiada kaitan dengan Sars," jelasnya lagi.

Sinar Harian


View the original article here

Wednesday, 9 October 2013

Top 5 Kejadian Misteri Dunia Yang Gagal Dirungkai [4]

Terdapat banyak misteri dalam kehidupan yang masih tidak mempunyai jawapan, walaupun sains, teknologi, dan penyelidikan telah cuba untuk menyelesaikannya dalam suatu jangka masa yang sangat panjang.

Walaupun kita mungkin mengharapkan penjelasan logik untuk perkara-perkara ini pada masa depan, pada masa ini kita hanya perlu berpuas hati dengan spekulasi terbaik.

Ini adalah 5 misteri besar yang tidak pernah diselesaikan sehingga kini.

Kryptos


Kryptos

Hanya di luar ibu pejabat CIA di Langley, Virginia, anda akan melihat sebuah tugu yang telah dikodkan dengan lakaran encryptions di permukaannya. Tugu yang sangat 'menawan' ini telah dicipta oleh Jim Sanborn untuk menunjukkan bahawa segala-galanya boleh diselesaikan dan dinyahkod dengan penggunaan corak dan petunjuk. Daripada empat bahagian tulisan yang telah dimasukkan, hanya tiga bahagian pertama berjaya diselesaikan maksudnya, tetapi yang keempat? Malah, pekerja cemerlang di CIA juga gagal merungkai kod itu.

SS Ourang Medan


SS Ourang Medan

Apa yang berlaku kepada SS Ourang Medan atau “Man from Medan” mungkin salah satu kejadian yang paling menarik dan sukar dibayangkan menjadikannya salah satu misteri yang pernah wujud dalam sejarah pelayaran. Semuanya bermula dengan mesej SOS pada tahun 1947 yang menyebut bahawa kapten, bersama-sama dengan seluruh anak-anak kapal, telah mati. Apa yang lebih memburukkan keadaan, penghantar telegram telah meninggal dunia semasa menghantar mesej. Apabila Star Silver yang telah menerima panggilan kecemasan dan pergi untuk memeriksa kapal, mereka mengesahkan kematian semua anak kapal. Spekulasi hantu, bahan kimia berbahaya dan juga orang-orang asing telah dibangkitkan, tetapi masih tiada kesimpulan tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Shepherd’s Monument Inscription


Shepherd’s Monument Inscription

Di Staffordshire, England, terdapat sebuah tugu yang telah mencabar kecerdasan dan intelek ramai cendekiawan dalam usaha untuk memecahkan kod bacaan tulisan DOUOSVAVVM. Walaupun Tugu Shepherd telah dibina pada abad ke-18, surat-surat yang terdapat di dalamnya tidak pernah diselesaikan, walaupun 250 tahun selepas itu.

Severed Foot Beach in British Columbia


Severed Foot Beach in British Columbia

Bukan sesuatu yang luar biasa bagi kehilangan tubuh badan di pantai tetapi untuk sebuah pantai di British Columbia, kaki terputus yang terapung dilaut telah dihanyutkan ke darat beberapa tahun yang lalu telah menimbulkan banyak teori yang dikemukakan berkenaan empunya kaki tersebut.

Lal Bahadur Shastri


Lal Bahadur Shastri

Apabila eliau meninggal dunia, punca kematiannya tidak dapat dijelaskan kerana sewaktu dia meninggalkan negara. beliau berada dalam keadaan yang sihat. Ramai yang telah mendakwa bahawa beliau meninggal dunia akibat serangan jantung, tetapi doktor-doktor dan pakar-pakar yang telah membedah dan melakukan pemeriksaan ke atas beliau, termasuk isterinya, mengesahkan bahawa dia tiada masalah kesihatan. Ada juga yang mengatakan beliau telah diracun. Ini tidak pernah dibuktikan kerana tiada post-mortem terhadap mayatnya supaya setiap andaian mampu dijawab kerana rahsia itu telah berkubur bersama mayatnya di liang kubur.

-Sentiasapanas.com