iklan 728x90

Pages

Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

Sunday, 27 October 2013

Macamana Hendak Tahu Perempuan Itu Seorang Kaki Game ?




Macamana Hendak Tahu Perempuan Itu Seorang Kaki Game

Bagi yang kerap main game ...tangan anda kelihatan sebegini...kalau tak percaya ..cuba tengok tangan masing2..

View the original article here

Perempuan simpanan tauke dadah ditahan sembunyi dadah dalam coli

Ibu tunggal 23 tahun yang ditahan kerana disyaki memiliki pil kuda dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut.

DUNGUN - Bukan sahaja disisihkan masyarakat kerana terlibat najis dadah, malah lebih malang lagi apabila terpaksa menjadi perempuan simpanan tauke dadah bagi membolehkan dia mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan.

Pengalaman hitam itu dikongsi janda muda tiga anak, Ina (bukan nama sebenar), 23, yang ditahan polis di rumahnya dekat Paka, pagi kelmarin, kerana disyaki memiliki dadah.

Ina berkata, bagi membesarkan tiga anak berusia antara 3 hingga 8 tahun, dia terpaksa bekerja sebagai pelayan kedai makan dengan pendapatan kira-kira RM30 sehari.

Katanya yang sudah dua kali gagal dalam rumah tangga, dengan pendapatan tidak seberapa itu, dia terpaksa membelanjakan sebahagiannya untuk keperluan anak-anak, manakala selebihnya disimpan untuk membeli bekalan dadah.

"Saya sedar ambil dadah salah di sisi undang-undang, namun mana-mana individu yang terjebak sama ada lelaki atau wanita, pasti sukar untuk meninggalkannya. Apatah lagi kami sering dihampiri pembekal.

"Saya sudah beberapa kali keluar masuk penjara, tapi keadaan tetap sama. Malah kadangkala bertambah buruk lagi apabila keluar penjara.

"Saya memang mahu keluar dari tempat ini agar tidak bertemu mereka lagi, tapi bagaimana nasib anak saya? Siapa nak menjaganya?” katanya.

Ina yang sudah beberapa kali menjalani rawatan di pusat pemulihan dan dipenjarakan kerana kesalahan dadah berkata, dia memang ada niat untuk meninggalkan amalan terkutuk itu, namun sebagai insan dangkal pengetahuan agama dan disisihkan keluarga, dia terpaksa melupakan hasrat murni itu kerana tiada sokongan.

Buat masa ini katanya, dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi untuk keluar daripada lembah hina itu walaupun sedar dalam keadaannya kini, tiada lelaki ingin memperisterikannya dengan cara baik, sebaliknya menghampirinya hanya untuk melepaskan nafsu.

“Dalam keadaan begini, ramai mencemuh saya, bukannya benar-benar ikhlas untuk membantu. Memang sudah nasib saya begini, saya reda. Tapi sampai bila saya harus begini? Ia takkan berakhir sampai bila-bila.

"Jika ada lelaki yang ikhlas, saya sanggup berkongsi kasih dengan menjadi isteri kedua atau ketiga. Asalkan saya dapat keluar daripada jalan terkutuk ini,” katanya.

Ina ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis methampethamine dalam straw yang difahamkan disembunyikan dalam coli dipakainya dan kini disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.


Sinar Harian


View the original article here

Friday, 25 October 2013

Perempuan Diculik Di Bukit Jelutong

type='html'>

berita, kes culik, jelutong, jenayah, polis

Perempuan Diculik Di Bukit Jelutong | Pagi tadi sekitar jam 8.25 pagi, satu kes culik melibatkan seorang perempuan telah dilaporkan berlaku di Bukit Jelutong, Selangor.

Pelaku dipercayai menggunakan kereta Proton Waja berwarna perak bernombor pendaftaran PFF 313.


Satu laporan polis bernombor BKT Jelutong/007478/13 telah dibuat dan kes diletakkan di bawah seliaan pegawai Hanizah Bt. Musuh.

Seseorang yang enggan mendedahkan identiti menyatakan, isterinya ternampak kejadian berlaku di mana seorang perempuan ditarik daripada basikal yang ditunggang ke dalam kereta berkenaan. Terdapat dua individu disyaki terlibat dalam kes ini.

Kejadian berlaku di Persiaran Gerbang Utama berdekatan kedai ‘Jasmine Tom Yam’ dan padang bola.

Sebaik melihat kejadian mencemaskan ini isterinya cuba membantu dengan menjerit dan membunyikan hon kereta bertalu-talu untuk mendapatkan perhatian pemandu lain namun tiada siapa yang sudi berhenti menolong.


Mereka yang dapat membantu siasatan, diminta menghubungi Balai Polis Bukit Jelutong di talian 03-7847 2022. 

Sumber : Mynewshub.my


View the original article here

Remaja perempuan 15 tahun dibakar hidup-hidup oleh bapa sendiri


Seorang bapa di Yaman sanggup bertindak kejam, membakar anak perempuannya berumur 15 tahun hingga mati kerana dipercayai bertemu tunangnya sebelum hari perkahwinan mereka.

Menurut laman web polis tempatan, suspek berumur 35 tahun dari kampung Shaaba di wilayah selatan tanah tinggi Taez itu bakal didakwa kerana menyebabkan kematian anaknya.

Tindakan membunuh anak perempuan, isteri atau saudara perempuan yang dianggap mencemarkan maruah keluarga adalah perkara biasa di negara itu, walaupun dikecam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan pemerhati hak asasi manusia.

Difahamkan, tindakan tidak berperikemanusiaan seperti itu masih diamalkan kebanyakan rakyat miskin di negara semenanjung Arab dan ia sering melangkaui writ kerajaan pusat.  - Al Arabiya

Sinar Harian



View the original article here

Monday, 21 October 2013

Lagi Video Perempuan Bergaduh, Kali Ini Di Sabah!

type="html">
Belum reda lagi dengan video budak-budak perempuan bergaduh sampai pengsan, kali ini timbul pula video yang hampir serupa.


Perempuan Bergaduh

Video yang ini nampaknya lebih menarik. Satu lawan satu dan apa yang menyebabkan ia lebih hebat, dua orang gadis ber'tumbuk' dalam semak.

(Video Remaja Wanita Bergaduh Sampai Pengsan!)

Kejadian dikatakan berlaku di Penampang, Sabah.




Walaupun tidak diketahui punca pergaduhan mereka, namun biasanya berebutkan jantan ler..apa lagi..

-Sentiasapanas.com


View the original article here

Thursday, 17 October 2013

Terpijak darah hantu perempuan muda

Lu (tengah) bercerita insiden malang menimpanya kepada Yong Hian yang menyebabkan dia kerugian hampir RM110,000.

SERI KEMBANGAN – Seorang suri rumah berusia 57 tahun kerugian RM110,000 gara-gara terpedaya dengan kata-kata seorang lelaki yang mendakwa dirinya terpijak darah hantu perempuan muda.

Difahamkan, lelaki terbabit mendakwa roh hantu berkenaan mengikuti mangsa pulang dan mahu mengahwini anaknya yang berusia 19 tahun.

Akibat terpedaya dengan dakwaan itu, mangsa menyerahkan kesemua wang simpanan dan barang kemas dimiliki kerana lelaki terbabit juga mendakwa anaknya akan mati sebelum jam 12 tengah malam 9 Oktober jika tidak melaksanakan apa yang disuruh.

Suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Lu berkata, ketika kejadian pagi 8 Oktober, dia baru sahaja turun dari kereta untuk ke pasar di Sri Petaling.

“Ada wanita bernama Fong datang dan tanya saya di mana ada jual daun herba warna merah untuk mengubati penyakit suaminya. Semasa kami bersembang, datang pula seorang wanita tua menyampuk. Dia kata dia kenal seorang lelaki berusia 103 tahun yang boleh menyembuhkan banyak penyakit,” katanya.

Menurut Lu, mereka bertiga kemudian pergi ke sebuah kopitiam untuk mendapat maklumat lebih lanjut berkenaan lelaki tersebut daripada perempuan tua bernama Yoke itu.

“Dalam pada kami berbual datang seorang lelaki muda dalam lingkungan 30-an yang memperkenalkan diri sebagai Chong. Dia kata dia kenal rapat dengan lelaki tua itu.

Yoke pun mendesak dia agar membawa mereka bertiga berjumpa lelaki tua berkenaan tapi Chong beri alasan, biar dia sahaja yang pergi,” katanya.
Tambah Lu, Chong kemudian meninggalkan mereka menunggu di kopitiam itu.

“Setelah beberapa ketika dia datang balik dan beritahu dalam nada cemas yang saya dah terpijak darah hantu perempuan muda yang kena langgar dengan lori. Untuk bunuh hantu itu dia kata saya kena keluarkan semua duit dan barang kemas.

“Saya balik rumah ambil buku akaun dan pergi bank bersama Yoke,” katanya.

Setelah membawa keluar wang miliknya, dia dan Yoke berjumpa Chong semula dan dia mengarahkan wang tersebut dimasukkan ke dalam beg plastik warna biru.

“Chong ingatkan saya jangan beritahu sesiapa kerana kalau tidak roh hantu itu akan mengganggu. Jadi saya ikut saja kerana saya takut. Lagipun pada masa itu plastik berisi duit saya pegang sepanjang masa dan tidak sedar bila mereka menukarnya,” katanya.

Lu berkata, dia menyedari dirinya tertipu apabila membuka beg plastik itu keesokan harinya dan mendapati hanya terdapat beberapa kotak air minuman manakala wang tunai dan barang kemasnya ‘ghaib’.

Dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Petaling, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang menerima aduan daripada mangsa menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati jika didekati individu tidak dikenali yang meminta apa juga pertolongan.

Sinar Harian


View the original article here

Wednesday, 9 October 2013

Remaja perempuan disalib untuk usir setan






Gambar hiasan. Foto: Google



PARIS - Empat orang bekas anggota Gereja Advent Hari Ketujuh , Isnin ( 7/10/2013 ) , menjalani perbicaraan di sebuah mahkamah di Paris , Perancis, berkaitan tuduhan melakukan penyaliban seorang perempuan berusia 19 tahun.

Defendan , tiga lelaki dan seorang perempuan, dituduh mengikat seorang remaja perempuan Cameroon di kayu salib dan membiarkannya selama tujuh hari kerana dianggap kerasukan syaitan.

Keempat tertuduh, salah seorangnya adalah kekasih mangsa, didakwa melakukan penculikan , penyiksaan, dan kebiadaban .

Saat polis menemui perempuan itu di kompleks perumahan Grigny , di pinggir bandar Paris , dia dalam keadaan kurus , dehidrasi, menderita shock , dan mengalami kecederaan .

Kekasih mangsa , Eric Deron , dituduh menjadi pendorong terjadinya kekerasan, dan menurut pendakwa, lelaki ini mempunyai delusi sebagai seorang nabi yang tengah menjalankan tugas tuhan.

Menurut kenyataan defendan, ritual pengusiran setan itu dilakukan setelah korban melompat ke arah Deron sambil menggumamkan kata- kata yang tidak boleh difahami .

"Serangan " itu difahami keempat tetuduh sebagai tanda bahawa remaja perempuan itu telah dirasuki syaitan .

Keempat tertuduh yang berdarah Caribbean itu menolak mengakui bahawa mereka telah melakukan kekerasan terhadap mangsa dan berkata mangsa sudah menyetujui proses pengusiran syaitan itu .

"Bagi mereka , perempuan itu memang dirasuki syaitan . Itulah sebabnya mereka tidak mencari doktor . Anda memanggil jika seseorang sakit, saat seseorang kerasukan maka yang dilakukan adalah mengusir syaitan ," kata peguam defendan , Jacques Bourdais .

Mangsa bernama Antoinette itu berkenalan dengan para defendan pada 2008 melalui komuniti Gereja Advent Hari Ketujuh , sebuah gereja Protestan yang berpusat di AS .

Di seluruh dunia gereja ini mempunyai berjuta-juta pengikut, tetapi di Perancis jumlah umat gereja ini hanya 13,000 orang saja.

Gereja Advent mengatakan, keempat terdakwa sudah dikeluarkan dari keahlian gereja setahun sebelum serangan itu berlaku pada 2011 , dan menekankan gereja itu tidak mengakui adanya ritual pengusiran setan.

kompas