iklan 728x90

Pages

Showing posts with label ditahan. Show all posts
Showing posts with label ditahan. Show all posts

Sunday, 27 October 2013

Perempuan simpanan tauke dadah ditahan sembunyi dadah dalam coli

Ibu tunggal 23 tahun yang ditahan kerana disyaki memiliki pil kuda dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut.

DUNGUN - Bukan sahaja disisihkan masyarakat kerana terlibat najis dadah, malah lebih malang lagi apabila terpaksa menjadi perempuan simpanan tauke dadah bagi membolehkan dia mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan.

Pengalaman hitam itu dikongsi janda muda tiga anak, Ina (bukan nama sebenar), 23, yang ditahan polis di rumahnya dekat Paka, pagi kelmarin, kerana disyaki memiliki dadah.

Ina berkata, bagi membesarkan tiga anak berusia antara 3 hingga 8 tahun, dia terpaksa bekerja sebagai pelayan kedai makan dengan pendapatan kira-kira RM30 sehari.

Katanya yang sudah dua kali gagal dalam rumah tangga, dengan pendapatan tidak seberapa itu, dia terpaksa membelanjakan sebahagiannya untuk keperluan anak-anak, manakala selebihnya disimpan untuk membeli bekalan dadah.

"Saya sedar ambil dadah salah di sisi undang-undang, namun mana-mana individu yang terjebak sama ada lelaki atau wanita, pasti sukar untuk meninggalkannya. Apatah lagi kami sering dihampiri pembekal.

"Saya sudah beberapa kali keluar masuk penjara, tapi keadaan tetap sama. Malah kadangkala bertambah buruk lagi apabila keluar penjara.

"Saya memang mahu keluar dari tempat ini agar tidak bertemu mereka lagi, tapi bagaimana nasib anak saya? Siapa nak menjaganya?” katanya.

Ina yang sudah beberapa kali menjalani rawatan di pusat pemulihan dan dipenjarakan kerana kesalahan dadah berkata, dia memang ada niat untuk meninggalkan amalan terkutuk itu, namun sebagai insan dangkal pengetahuan agama dan disisihkan keluarga, dia terpaksa melupakan hasrat murni itu kerana tiada sokongan.

Buat masa ini katanya, dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi untuk keluar daripada lembah hina itu walaupun sedar dalam keadaannya kini, tiada lelaki ingin memperisterikannya dengan cara baik, sebaliknya menghampirinya hanya untuk melepaskan nafsu.

“Dalam keadaan begini, ramai mencemuh saya, bukannya benar-benar ikhlas untuk membantu. Memang sudah nasib saya begini, saya reda. Tapi sampai bila saya harus begini? Ia takkan berakhir sampai bila-bila.

"Jika ada lelaki yang ikhlas, saya sanggup berkongsi kasih dengan menjadi isteri kedua atau ketiga. Asalkan saya dapat keluar daripada jalan terkutuk ini,” katanya.

Ina ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis methampethamine dalam straw yang difahamkan disembunyikan dalam coli dipakainya dan kini disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.


Sinar Harian


View the original article here

Saturday, 26 October 2013

RM20,000 Duit Rompakan Ambank Ditemui Bersama Ahli Keluarga Suspek, 3 Ditahan

RM20,000 Ditemui Bersama Ahli Keluarga Suspek
SHAH ALAM – Ketua Polis Selangor, Datuk mohd Shukri Dahlan berkata, polis sudah menahan tiga ahli keluarga kepada suspek yang menembak mati seorang pegawai Ambank, Rabu lalu.
Turut ditemui wang tunai RM20,000 dipercayai antara sebahagian duit berjumlah RM450,000 yang dilarikan dalam kejadian itu.
Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di sebuah bank di Subang Jaya Rabu lalu, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superitendan Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.
Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata, perkara berkenaan masih dalam siasatan.
“Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.
Dalam kejadian jam 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.
Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek. – BERNAMA
Sumber: mynewshub


View the original article here

Sunday, 20 October 2013

Panas! Benarkah Dr Khir Toyo Ditahan SPRM?

type="html">
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini menafikan laporan beliau ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menyogok anggota perwakilan Umno di Sungai Besar pagi ini.

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo

“Saya berada di Shah Alam hari ini…saya bawa anak ke klinik. Saya tidak balik pun ke Sungai Besar hari ini,” katanya di sini.

Dr Mohamad Khir yang juga bekas Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu berkata beliau dimaklumkan mengenai laporan itu oleh ibunya, yang menyangka beliau ditahan SPRM.

Beliau turut mendapat panggilan daripada rakan-rakannya yang bertanyakan mengenai laporan itu.

Menurutnya beliau tidak menghadiri mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar kerana tidak lagi bertanding mana-mana jawatan dalam bahagian.

Selain itu, beliau mahu mengelak kekecohan jika hadir kerana difahamkan ada pihak yang tidak menyenangi kehadirannya di sana.

Pertandingan Ketua Bahagian Sungai Besar kali ini menyaksikan pertembungan pengusaha Restoran Sekinchan Ikan Bakar dan Ketua Umno Cawangan Tali Air 7, Sungai Leman Datuk Jamal Md Yunos dan Naib Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Mardi Sukir.

Sumber: BERNAMA


View the original article here

Tuesday, 15 October 2013

Reaksi Peragut ‘Camera Shy’ Yang Ditahan

type='html'>

peragut, berita, polis, bukit mertajam

Reaksi Peragut ‘Camera Shy’ Yang Ditahan | Malu betul peragut ni nak tunjuk muka dia kat kamera… dia tak suka publisiti kot…“aku meragut bukan kerna nama” motonya.

Kejadian berlaku pada sebelah pagi di Taman Kancil, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 1 Oktober lalu.

Suspek ditahan penduduk Taman Sejahtera ketika mahu melarikan diri.

Peragut yang malu dengan kamera itu telah diserahkan kepada pihak polis tidak beberapa lama kemudian.


Nasib kat Malaysia boleh buat malu-malu ketika gambar hendak diambil…kalau kat Indonesia mahu dah rentung kena bakar hidup-hidup.

Kepada anggota masyarakat terutama kaum wanita, berhati-hati lebih sedikit ketika berada di luar…jenayah berlaku tanpa diduga.

Sumber ; Mynewshub



View the original article here

Saturday, 12 October 2013

Gambar Mat Bangla atas siling elak ditahan


Seorang lelaki warga Bangladesh memanjat siling bagi mengelak ditahan imigresen di Klang, kelmarin. - Gambar Ehsan Jabatan Imigresen Selangor.

KLANG - Bagaikan Spiderman, seorang lelaki warga Bangladesh sanggup memanjat siling rumah sewanya di Pelabuhan Klang, di sini, kelmarin bagi mengelak ditahan anggota Jabatan Imigresen Selangor.

Dalam operasi jam 1.30 pagi itu, lelaki berusia 30an itu kemudiannya ditahan dan didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, pihaknya membuat dua operasi berasingan di sekitar Klang dan Petaling Jaya berdasarkan maklumat orang awam serta risikan pihaknya selama sebulan.

Menurutnya, dalam operasi berkenaan, 39 daripada 58 warga asing berusia 20 hingga 60 tahun  yang diperiksa ditahan kerana  tidak mempunyai dokumen dan tinggal lebih masa.

“Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002). Kesemua yang ditahan dibawa ke depoh tahanan Imigresen KLIA untuk tindakan lanjut," katanya.

Sinar Harian