iklan 728x90

Pages

Showing posts with label bersama. Show all posts
Showing posts with label bersama. Show all posts

Saturday, 26 October 2013

RM20,000 Duit Rompakan Ambank Ditemui Bersama Ahli Keluarga Suspek, 3 Ditahan

RM20,000 Ditemui Bersama Ahli Keluarga Suspek
SHAH ALAM – Ketua Polis Selangor, Datuk mohd Shukri Dahlan berkata, polis sudah menahan tiga ahli keluarga kepada suspek yang menembak mati seorang pegawai Ambank, Rabu lalu.
Turut ditemui wang tunai RM20,000 dipercayai antara sebahagian duit berjumlah RM450,000 yang dilarikan dalam kejadian itu.
Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di sebuah bank di Subang Jaya Rabu lalu, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superitendan Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.
Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata, perkara berkenaan masih dalam siasatan.
“Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.
Dalam kejadian jam 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.
Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek. – BERNAMA
Sumber: mynewshub


View the original article here

Thursday, 24 October 2013

Gambar Romantik Tiz Zaqyah Berenang Bersama Kekasih (9 Gambar)

type='html'>

pelakon, artis, tiz Zaqyah, tempat percutian. sabah, selebriti, gambar tiz zaqyah

Gambar Romantik Tiz Zaqyah Berenang Bersama Kekasih | Sekarang ni jadi seperti trend artis-artis kita bercuti Di Kepulauan Sabah. Pulau disana sememangnya indah dan agak privacy kerana lebih banyak dikunjungi pelancong asing daripada pengunjung tempatan.


Dibawah ini gambar romantik Tiz Zaqyah dan heroin drama bersiri yang kini popular melalui Astro Mustika, ‘Jodoh itu Milik Kita’ bercuti di Sabah. Dengarnya, Tizz bercuti sambil berenang di laut bersama teman lelakinya yang digelar ‘Sweetieee’.

pelakon, artis, tiz Zaqyah, tempat percutian. sabah, selebriti, gambar tiz zaqyah

pelakon, artis, tiz Zaqyah, tempat percutian. sabah, selebriti, gambar tiz zaqyah

pelakon, artis, tiz Zaqyah, tempat percutian. sabah, selebriti, gambar tiz zaqyah

pelakon, artis, tiz Zaqyah, tempat percutian. sabah, selebriti, gambar tiz zaqyah

pelakon, artis, tiz Zaqyah, tempat percutian. sabah, selebriti, gambar tiz zaqyah

pelakon, artis, tiz Zaqyah, tempat percutian. sabah, selebriti, gambar tiz zaqyah
 
pelakon, artis, tiz Zaqyah, tempat percutian. sabah, selebriti, gambar tiz zaqyah

pelakon, artis, tiz Zaqyah, tempat percutian. sabah, selebriti, gambar tiz zaqyah

Jika diteliti pada gambar Jeti itu, seperti Jeti dalam video klip lagu Pelangi Senja nyayian Stacy.

Sumber : xlupa.net

Selamat Tinggal Kamera Digital

View the original article here

Monday, 14 October 2013

Suami terkejut lihat isteri hanya pakai tuala bersama lelaki lain


 WANITA terbabit disoal pegawai JHEAINS.

Kota Kinabalu: Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), awal pagi semalam.

Wanita berusia 24 tahun itu dicekup bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah lakunya.


Sumber berkata, ketika pintu bilik dibuka, suami wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu terkedu apabila melihat isteri yang dikahwini setahun lalu hanya memakai tuala.

“Marah dan kecewa melihat perbuatan isteri, lelaki berusia 40-an itu melepaskan perasaan dengan menumbuk dinding bilik beberapa kali sebelum ditenangkan anggota polis yang turut serta dalam serbuan,” katanya.


Menurutnya, kecurangan wanita terhadap suaminya bermula sejak enam bulan lalu apabila dia meninggalkan rumah dan memberi alasan mahu pulang ke kampungnya di Semporna.


“Sejak keluar rumah, dia tidak pernah menemui suami yang menetap di bandar raya ini. “Pelik dengan sikap isterinya, lelaki itu menjejaknya sebelum mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang juga dari Semporna.

“Sebaik mengetahui isterinya kerap bersama kekasih lain di hotel murah, suami terbabit melaporkan perkara itu kepada JHEAINS,” katanya.


Sementara itu, Penolong Penguat Kuasa JHEAINS Khamis Jamil berkata, berdasarkan aduan, pihaknya bersama tiga anggota polis bergegas ke lokasi dimaksudkan bagi menjalankan serbuan.

“Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai tuala membuka pintu itu.


“Ketika disoal, lelaki terbabit mengaku bermalam dengan wanita yang didakwa tunangnya,” katanya.


Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui wanita terbabit di dalam tandas dengan hanya memakai tuala sebelum diarah keluar.


“Siasatan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan dan wanita itu juga masih berstatus isteri orang,” katanya.

MyMetro


View the original article here