iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Remaja. Show all posts
Showing posts with label Remaja. Show all posts

Saturday, 26 October 2013

Remaja 15 tahun kebas bas persiaran untuk bersiar-siar

Gambar hiasan. Foto: Google

Pasir Puteh: “Suspek beri alasan mahu bersiar-siar dan mengejutkan apabila dia mengakui tidak pernah membawa atau memandu mana-mana kenderaan termasuk kereta sebelum ini dan itulah kali pertama dia memandu bas,” kata Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal.

Beliau mengulas mengenai kejadian remaja berusia 15 tahun bertindak nekad melarikan sebuah bas persiaran berharga RM400,000 atas alasan mahu bersiar-siar.


Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi remaja itu apabila bas berkenaan terbabit dalam kemalangan selepas dipandu sejauh 50 kilometer dari pusat mencuci kenderaan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu hingga ke bulatan Wakaf Tuan Fahrer, Jalan Nara di sini.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam semalam, pelanggan di sebuah kedai makan berhampiran bulatan Wakaf Tuan Fahrer, Jalan Nara, di sini, terkejut apabila mendapati pemandu sebuah bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan di bulatan itu adalah remaja lelaki berusia 15 tahun.


Remaja dari Kampung Cherang, Panji, Kota Bharu, itu dikatakan melarikan bas berkenaan yang sudah dicuci di pusat mencuci kenderaan di Pengkalan Chepa sebelum memandunya sejauh kira-kira 50 kilometer ke bandar ini.


Bagaimanapun, bas dipandunya terbabas di bulatan berkenaan selepas dipercayai gagal dikawal.

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Razali, 45, berkata dia bersama beberapa rakan serta penduduk kampung sedang minum di kedai makan itu apabila dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.


Katanya, mereka bergegas ke tempat kejadian bagi menghulurkan bantuan selepas melihat sebuah bas persiaran merempuh bulatan itu.

“Pada awalnya, kami sangkakan pemandu terbabit mengantuk menyebabkan dia hilang kawalan sebelum merempuh pagar bulatan itu, namun terkejut sebaik mendapati pemandunya adalah seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.


“Hanya remaja lelaki itu saja berada dalam bas persiaran itu tanpa ditemani oleh sesiapa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Menurutnya, penduduk cuba bertanya kepada remaja itu, tetapi dia gagal menjawab dengan sempurna dan kelihatan separuh sedar selain mukanya pucat lesi.


“Saiz tubuh remaja itu agak kecil dan jika dibandingkan dengan kenderaan besar yang dipandu sejauh 50 kilometer itu, memang tidak logik kerana hanya pemandu mahir saja yang boleh memandunya.


“Namun, dia bernasib baik kerana tidak terbabit dalam sebarang kemalangan teruk sepanjang perjalanannya itu.


“Remaja itu kemudian diserahkan kepada anggota polis sebelum dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


MyMetro



View the original article here

Friday, 25 October 2013

Remaja perempuan 15 tahun dibakar hidup-hidup oleh bapa sendiri


Seorang bapa di Yaman sanggup bertindak kejam, membakar anak perempuannya berumur 15 tahun hingga mati kerana dipercayai bertemu tunangnya sebelum hari perkahwinan mereka.

Menurut laman web polis tempatan, suspek berumur 35 tahun dari kampung Shaaba di wilayah selatan tanah tinggi Taez itu bakal didakwa kerana menyebabkan kematian anaknya.

Tindakan membunuh anak perempuan, isteri atau saudara perempuan yang dianggap mencemarkan maruah keluarga adalah perkara biasa di negara itu, walaupun dikecam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan pemerhati hak asasi manusia.

Difahamkan, tindakan tidak berperikemanusiaan seperti itu masih diamalkan kebanyakan rakyat miskin di negara semenanjung Arab dan ia sering melangkaui writ kerajaan pusat.  - Al Arabiya

Sinar Harian



View the original article here

Remaja Hilang Ditemui Mati Dalam Beg

type='html'>

remaja hilang, kes jenayah, berita, klang,

Remaja Hilang Ditemui Mati Dalam Beg | Klang –  Polis menemui mayat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak semalam, di tepi Jalan Kebun Nenas 1A/KS7, di sini, kira-kira 9 malam tadi.

Mayat mangsa ditemui dalam sebuah beg pakaian dipercayai dibuang pembunuhnya di lokasi berkenaan.


Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata mayat mangsa ditemui selepas suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya oleh seorang lelaki, kira-kira 6.30 petang tadi.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap suspek berusia 23 tahun itu membawa polis ke tempat mayat mangsa dibuang.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan luka dan pendarahan di bahagian kepala dan tangan mangsa.

“Soal siasat mendapati mangsa dibunuh di rumah suspek di Kelana Jaya, lebih 12 jam, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau,” katanya ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.

Katanya, sebelum mayatnya ditemui, mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya kira-kira jam 11 pagi semalam.

Mangsa kemudiannya dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga jam 12 tengah malam.
Beliau berkata, ibu mangsa yang bimbangkan keselamatan mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Menurutnya, suspek bekerja sebagai operator mesin dan mangsa yang baru selesai menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu adalah kenalan dan dikatakan mengenali antara satu sama lain melalui internet beberapa bulan lalu.

remaja hilang, kes jenayah, berita, klang,

Abdul Rahim berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya untuk bedah siasat.

remaja hilang, kes jenayah, berita, klang,

Menurutnya, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sama ada mangsa dirogol suspek atau sebaliknya.


“Polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap suspek esok (hari ini) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui motif sebenar pembunuhan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh,” katanya. 

Sumber : Harian Metro
Artikel Menarik ------>Lebih Canggih Dari Kamera

View the original article here

Gambar Kontroversi Remaja Sekarang

type='html'>

remaja, budak sekolah, berita, tidak senonoh, perlakuan, laman sosial


Gambar Kontroversi Remaja Sekarang | Kalau dilihat dari gambar-gambar ini, memang sudah cukup menggambarkan bahawa remaja masa kini yang lebih berani menunjukkan perlakuan tidak senonoh kepada orang ramai terutama sekali apabila mereka memuatnaik gambar di dalam laman sosial. Seperti yang kita tahu rata-rata penduduk Di Malaysia ini mempunyai akaun laman sosial, dengan sekali tekan sahaja semua gambar tadi boleh tersebar. Semuanya hanya di hujung jari.


Bukan nak mengaibkan atau memalukan sesiapa tetapi untuk peringatan semua pihak terutama remaja kerana perkara ini tidak dipandang dengan lebih serius. Kebanyakkan orang akan berkata "biarlah, dosa masing-masing tanggung" tetapi harus diingat gejala ini boleh merebak dan mungkin akan terkena tempias saudara mara, adik - beradik, anak kita nanti jika tidak dicegah dari sekarang walaupun gejala ini sekarang ini boleh dikategorikan tahap bahaya.

Cuba kita lihat dan nilai mana letaknya moral dan persaan malu remaja sekarang ini. Adakah didikan agama yang diajar di sekolah mahupun di rumah tidak cukup? Ataupun undang-undang baru yang lebih ketat perlu diperkenalkan.

Dibawah ini beberapa keping gambar remaja yang berkelakuan tidak senonoh yang di muatnaik denga rasa bangga dalam laman sosial masing-masing.

remaja, budak sekolah, berita, tidak senonoh, perlakuan, laman sosial

remaja, budak sekolah, berita, tidak senonoh, perlakuan, laman sosial

remaja, budak sekolah, berita, tidak senonoh, perlakuan, laman sosial

remaja, budak sekolah, berita, tidak senonoh, perlakuan, laman sosial
 
remaja, budak sekolah, berita, tidak senonoh, perlakuan, laman sosial

Sumber : ohmy-muzik.blogspot.com


Artikel Menarik ---->Peluang Jana Pendapatan

View the original article here

Monday, 21 October 2013

Video Remaja Wanita Bergaduh Sampai Pengsan!

type="html">
Video remaja bergaduh sebenarnya bukan perkara luar biasa.

Bergaduh

Tapi selalunya, yang buat macam itu adalah remaja lelaki. Kalau melibatkan perempuan memang jarang dan habis kuat pun setakat tarik-tarik rambut dan menjerit macam orang gila saja.

Tapi pergaduhan tiga budak perempuan dalam video ini memang dahsyat. Salah seorang daripada mereka yang jadi mangsa tak dapat buat apa-apa untuk mempertahankan diri bila dilanyak oleh dua yang lain.

Macam dirasuk hantu, dua remaja perempuan terbabit membelasah termasuk menendang mangsa di kepala, rentap baju sampai terselak dan menarik rambut sampai terbangun.

Akhir sekali mangsa yang longlai pengsan tepi longkang sebelum rakaman dihentikan.

Tak pasti di mana video ini dirakam tapi jika didengar butir perbualan, rasanya di Malaysia.

Harap-harap budak yang terbabit dalam video ini dapat dikesan dan disiasat. Kecik-kecik dah perangai pailang macam ni, tak tahulah apa jadi bila dah dewasa nanti.



Ada harapan jadi pendera anak atau suami ni.

[Sumber]


View the original article here

Wednesday, 9 October 2013

Remaja perempuan disalib untuk usir setan






Gambar hiasan. Foto: Google



PARIS - Empat orang bekas anggota Gereja Advent Hari Ketujuh , Isnin ( 7/10/2013 ) , menjalani perbicaraan di sebuah mahkamah di Paris , Perancis, berkaitan tuduhan melakukan penyaliban seorang perempuan berusia 19 tahun.

Defendan , tiga lelaki dan seorang perempuan, dituduh mengikat seorang remaja perempuan Cameroon di kayu salib dan membiarkannya selama tujuh hari kerana dianggap kerasukan syaitan.

Keempat tertuduh, salah seorangnya adalah kekasih mangsa, didakwa melakukan penculikan , penyiksaan, dan kebiadaban .

Saat polis menemui perempuan itu di kompleks perumahan Grigny , di pinggir bandar Paris , dia dalam keadaan kurus , dehidrasi, menderita shock , dan mengalami kecederaan .

Kekasih mangsa , Eric Deron , dituduh menjadi pendorong terjadinya kekerasan, dan menurut pendakwa, lelaki ini mempunyai delusi sebagai seorang nabi yang tengah menjalankan tugas tuhan.

Menurut kenyataan defendan, ritual pengusiran setan itu dilakukan setelah korban melompat ke arah Deron sambil menggumamkan kata- kata yang tidak boleh difahami .

"Serangan " itu difahami keempat tetuduh sebagai tanda bahawa remaja perempuan itu telah dirasuki syaitan .

Keempat tertuduh yang berdarah Caribbean itu menolak mengakui bahawa mereka telah melakukan kekerasan terhadap mangsa dan berkata mangsa sudah menyetujui proses pengusiran syaitan itu .

"Bagi mereka , perempuan itu memang dirasuki syaitan . Itulah sebabnya mereka tidak mencari doktor . Anda memanggil jika seseorang sakit, saat seseorang kerasukan maka yang dilakukan adalah mengusir syaitan ," kata peguam defendan , Jacques Bourdais .

Mangsa bernama Antoinette itu berkenalan dengan para defendan pada 2008 melalui komuniti Gereja Advent Hari Ketujuh , sebuah gereja Protestan yang berpusat di AS .

Di seluruh dunia gereja ini mempunyai berjuta-juta pengikut, tetapi di Perancis jumlah umat gereja ini hanya 13,000 orang saja.

Gereja Advent mengatakan, keempat terdakwa sudah dikeluarkan dari keahlian gereja setahun sebelum serangan itu berlaku pada 2011 , dan menekankan gereja itu tidak mengakui adanya ritual pengusiran setan.

kompas