iklan 728x90

Pages

Showing posts with label lebih. Show all posts
Showing posts with label lebih. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

FAKTA - Wanita Kelihatan Lebih Seksi Ketika Tukar Tayar Kereta Sendiri



Wanita memandu kereta itu sudah biasa, tapi bila wanita boleh menukar tayar keretanya sendiri, itu baru luar biasa. Dan ternyata wanita yang boleh menukar tayar keretanya sendiri itu dianggap sebagai wanita seksi.

Paling tidak itulah yang terungkap dalam kajian terbaru yang dilakukan oleh pengeluar tayar Continental.

Lebih dari setengah (59 peratus) pemandu lelaki mengatakan bahawa jika mereka melihat seorang wanita mengganti tayar, mereka pasti akan menawarkan bantuan.

Sementara 15 peratus yang lain mengatakan mereka akan berhenti dan menawarkan nombor kenalan mereka daripada membantu.

Tapi, satu perempat daripada responden ternyata memilih tidak akan berhenti untuk membantu, kerana bimbang hal itu mungkin perangkap dari penjahat.

Dan sebahagian besar pemandu lelaki yang disurvei mengatakan ada keseksian dari wanita yang boleh menukar tayar kereta sendiri.

Sumber: oto.detik.com

View the original article here

Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit.





Teh sememangnya telah diakui di beberapa negara dunia sebagai minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Terdapat banyak jenama teh uncang yang terdapat di pasaran Malaysia. Dan sudah tentulah ia sentiasa menjadi minuman kegemaran semua golongan masyarakat.

Pada awal tahun ini, kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser.
Maka terdapatlah cadangan ramai pihak supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang.

Namun, harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri.    Cumanya kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang.

Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit.

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta 'direndam' terlalu lama.
Hal ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.

Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.

View the original article here

Tuesday, 29 October 2013

Rakyat Lebih Menderita Tanggung GST Berbanding SST?

type="html">
Kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba memberi pemahaman yang salah kepada rakyat dengan menegaskan harga barangan dan cukai yang dibayar akan berkurangan selepas pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetapi hakikatnya kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) lebih rendah dikenakan kepada pengguna, kata Dr Ong Kian Ming.


Ahli Parlimen Serdang itu berkata, kerajaan sering membayangkan GST menggantikan dua cukai SST tetapi apa yang tidak dihebahkan kepada rakyat adalah pada masa ini banyak barangan telah pun dikecualikan cukai jualan.

“Menurut Cukai Jualan (Kadar Cukai No. 2) 2012, jumlah barangan yang dikecualikan cukai barangan mengandungi 250 muka surat tetapi pengecualian sama dalam GST hanya mengandungi 21 muka surat.

“Sesetengah barangan yang sebelum ini telah dicukaikan di bawah SST tetapi diwujudkan dalam GST termasuk barangan runcit seperti susu, kopi, teh, air mineral, makanan dalam tin, surat khabar, alat tulis, beg sekolah dan sebagainya.

“Bekalan elektrik melebihi 200 kW sejam (melebihi RM50) juga dikenakan GST. Kenaikan tarif ini dikenakan GST kerana selepas pemansuhan SST tidak memberi kesan kepada harga tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, cukai jualan terhad kepada beberapa restoran, perkhidmatan profesional seperi akauntan, arkitek, perkhidmatan kenderaan bermotor, pusat baik bulih, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan keselamatan, ejen hartanah, pengendali parkir dan sebagainya namun di bawah GST perkhidmatan tersebut termasuk pusat tuisyen dan salun rambut akan dikenakan GST.

Katanya, perluasan di bawah GST bermaksud lebih banyak perkhidmatan akan dikenakan cukai berbanding SST sedia ada.

“BN mengecualikan GST kepada produk hiliran seperti hartanah perumahan, perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan dan pengangkutan tetapi barangan yang digunakan untuk mewujudkan produk atau perkhidmatan tersebut telah pun dikenakan GST.

“Sebagai contoh, pemilik hartanah tidak dikenakan GST tetapi barangan pembinaan telah pun dikenakan GST. Ini bermakna barangan dan perkhidmatan yang dikatakan terkecuali daripada GST akan terkena tempias cukai tersebut.

“Dakwaan mengatakan rakyat membayar cukai lebih rendah di bawah GST adalah pembohongan secara terang. Jika dakwaan mereka benar, mengapa memperkenalkan GST sebagai sumber pendapatan?” tanya beliau.

Beliau berkata GST akan meningkatkan kebanyakan harga barangan dan perkhidmatan malah rakyat akan terbeban dengan kenaikan harga tersebut.

[Sumber]


View the original article here

Monday, 28 October 2013

Pak menteri ini kata tak makan gula hidup lebih lama

KUALA LUMPUR - Walaupun bunyinya agak klise dan mungkin mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak, tetapi itulah hakikatnya.

Kurangnya pengambilan gula dalam makanan dan minuman mampu memanjangkan jangka hayat seseorang kerana dapat menghindari penyakit-penyakit kronik yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

"Itu yang lebih baik kepada semua, tidak perlu ambil gula, kamu akan hidup lebih lama," katanya pada sidang media selepas selesai ucapan perasmian Seminar Pemeriksaan Perubatan dan X-Ray Fomena untuk pekerja asing di Hotel The Royale Chulan, hari ini.

Subramaniam diminta mengulas berhubung penafiannya terhadap kenyataan perdana menteri sebelum ini bahawa peningkatan jumlah pesakit diabetes yang berada di tahap membimbangkan menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk memansuhkan subsidi gula.

Menurut Najib, jumlah pesakit itu yang seramai 2.6 juta orang amat dikhuatiri.

"(Pengambilan gula berlebihan) adalah tidak baik. Saya sendiri sudah belajar minum teh tanpa gula. Inilah, kita perlu ajar rakyat dengan perkara-perkara yang baik sebab kita kerajaan yang bertanggungjawab," katanya semalam, sehari selepas mengumumkan pemansuhan subsidi bahan itu.

Subramaniam yang kemudiannya diburu wartawan untuk menjelaskan kenyataan Najib itu bagaimanapun menafikan bahawa gula menjadi punca utama peningkatan pesakit diabetes mahupun obesiti di kalangan rakyat di negara ini.

Dalam hujahnya Subramaniam berkata, dari segi sains dan nutrisi, gula bukanlah sejenis makanan yang wajib dalam kehidupan harian.

Oleh itu, keputusan kerajaan menghapuskan subsidi gula katanya adalah satu perkara wajar di mana ia memperbetulkan kesalahan kerajaan.

"Harapan kita ialah dengan kenaikan harga ini yang dulu beli gula 1 kilogram sekarang beli setengah kilogram, yang dulu pakai satu sudu sekarang pakai setengah sudu atau langsung tak ada macam saya," ujarnya.

Malah ujar menteri ini lagi, manusia boleh hidup tanpa gula.

"Penyakit kencing manis disebabkan gula, tetapi kita sebagai seorang manusia tak perlu makan gula, kalau tak makan gula, kita mungkin akan hidup lebih lama, jadi oleh itu, daripada asalnya subsidi yang diberikan adalah secara berbudaya iaitu di dalam kaum Melayu ke Cina ke India, kuih kek sudah jadi budaya," katanya.

"... saya tahu gula sahaja bukan punca diabetes, diabetes ada dalam keturunan, cara hidup, perkara ini menyumbang kepada perkara itu, tetapi kalau seseorang itu telah mendapat penyakit kencing manis atau dari segi kesihatan keseluruhannya, mana-mana doktor pun akan bagi nasihat  kurangkan makan gula.

"Itu nasihat yang diterima sebagai 'basic medical advise'," jelasnya.

Sinar Harian


View the original article here

Saturday, 26 October 2013

Syahrini Mandi Air Zamzam Agar Lebih Putih

type='html'>

Penyanyi Indonesia, Syahrini, petua kecantikan, hiburan, artis Indonesia,

Penyanyi Indonesia, Syahrini telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan petua kecantikan yang pasti menimbulkan kontroversi jika diungkapkannya di negara ini.

Menurut bekas teman wanita Anang ini, dia menjadikan zamzam sebagai air mandian sebagai petua agar kulit lebih cerah.


Sebab itulah, dia sering memesan air zamzam dalam kuantiti yang banyak setiap kali ada keluarga atau saudara maranya ke tanah suci.

Syahrini mengeluarkan kenyataan ini ketika ditemui pihak media sedang menanti ketibaan ibunya yang pulang dari mengerjakan ibadah haji di Bandara Soekarno Hatta, Isnin lalu.
Sayang sekali, di saat tak semua orang mampu menikmati air zamzam, penyanyi seksi ini memanfaatkannya untuk dibuat mandi.


Kalau di Malaysia yang mana orangnya cukup sensitif isu agama, tentu dah bernanah telinganya kena tarbiyah bukan?

sumber : nurshahmina.blogspot.com

Korang buat apa kalau jumpa mamat ni kat kedai mamak?

View the original article here

Friday, 11 October 2013

Padah suntik wajah, wanita muda nampak lebih tua


WAJAH Xiao yang bengkak (kanan).


Beijing: Seorang wanita yang cuba mendapatkan suntikan untuk menggebukan pipinya di pusat rawatan haram selepas diberitahu majikannya yang mukanya cengkung kini mengalami kecacatan.

Xiao Lian dari Gansu, China hanya berusia 17 tahun apabila dia mendapatkan suntikan menggebukan pipinya.


Pada mulanya Xiao gembira dengan keputusan suntikan itu tetapi lima tahun kemudian, dia mula menghadapi masalah. Kini mukanya yang bengkak menyebabkan dia kelihatan lebih tua berbanding usia sebenarnya iaitu 28 tahun.

Xiao sentiasa bencikan mukanya yang cengkung dan komen majikannya di kedai tempat dia bekerja sambilan menjadi pendorong untuk dia mengubah penampilannya.


“Muka kamu sangat cengkung dan kamu nampak macam orang miskin. Wajah kamu ini menyebabkan golongan kaya tidak mahu ke kedai ini,” kata majikannya sebagaimana dipetik daripada Guilin Life News.


Xiao kemudian memutuskan untuk mendapatkan prosedur untuk menggebukan pipinya.

Namun ketika dia bertanya di klinik pembedahan plastik, kos prosedur itu terlalu mahal dan dia tidak mampu untuk melakukannya.


Ekoran kekecewaannya, rakan Xiao membawanya ke sebuah klinik lain yang berjanji akan menawarkan prosedur sama dengan harga lebih murah.

Kali ini dia mampu untuk melakukan prosedur itu. Doktor yang menjalankan rawatan itu kelihatan mahir walaupun klinik terbabit tidak mempunyai lesen beroperasi yang sah.


Doktor terbabit menyuntik muka Xiao sebanyak 10 kali dalam tempoh sebulan. Pada awalnya, suntikan itu benar-benar menggebukan pipinya dan dia amat gembira dengan keputusan yang diperoleh itu. Bagaimanapun, pada 2009 ketika dia berusia 24 tahun, mukanya mulai bengkak. Hidung, mata dan bentuk wajahnya juga mula berubah. Pada awal tahun ini, muka Xiao betul-betul bengkak, matanya melendut dan rambutnya juga mulai gugur.


Dia pergi mendapatkan nasihat doktor di hospital dan turut menjalani ujian yang menunjukkan selama ini dia diberi suntikan gel hydrophilic polyacrylamide. Bahan itu sebelum ini digunakan untuk membesarkan payudara, tetapi kini diharamkan di China untuk penggunaan pembedahan kosmetik selepas didapati bertoksik.


Xiao benar-benar trauma dengan apa yang berlaku hingga dia pernah terfikir untuk membunuh diri.


Kini, dia menjalani pembedahan memperbaiki wajahnya di pusat pembedahan kosmetik di Guangzhou.


Doktor memberitahunya disebabkan bahan bertoksik itu masih ada dalam tubuhnya untuk tempoh lama, maka sukar untuk memulihkan prosedur asal itu. - Agensi

MyMetro