iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Menteri. Show all posts
Showing posts with label Menteri. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Pak menteri ini kata tak makan gula hidup lebih lama

KUALA LUMPUR - Walaupun bunyinya agak klise dan mungkin mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak, tetapi itulah hakikatnya.

Kurangnya pengambilan gula dalam makanan dan minuman mampu memanjangkan jangka hayat seseorang kerana dapat menghindari penyakit-penyakit kronik yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

"Itu yang lebih baik kepada semua, tidak perlu ambil gula, kamu akan hidup lebih lama," katanya pada sidang media selepas selesai ucapan perasmian Seminar Pemeriksaan Perubatan dan X-Ray Fomena untuk pekerja asing di Hotel The Royale Chulan, hari ini.

Subramaniam diminta mengulas berhubung penafiannya terhadap kenyataan perdana menteri sebelum ini bahawa peningkatan jumlah pesakit diabetes yang berada di tahap membimbangkan menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk memansuhkan subsidi gula.

Menurut Najib, jumlah pesakit itu yang seramai 2.6 juta orang amat dikhuatiri.

"(Pengambilan gula berlebihan) adalah tidak baik. Saya sendiri sudah belajar minum teh tanpa gula. Inilah, kita perlu ajar rakyat dengan perkara-perkara yang baik sebab kita kerajaan yang bertanggungjawab," katanya semalam, sehari selepas mengumumkan pemansuhan subsidi bahan itu.

Subramaniam yang kemudiannya diburu wartawan untuk menjelaskan kenyataan Najib itu bagaimanapun menafikan bahawa gula menjadi punca utama peningkatan pesakit diabetes mahupun obesiti di kalangan rakyat di negara ini.

Dalam hujahnya Subramaniam berkata, dari segi sains dan nutrisi, gula bukanlah sejenis makanan yang wajib dalam kehidupan harian.

Oleh itu, keputusan kerajaan menghapuskan subsidi gula katanya adalah satu perkara wajar di mana ia memperbetulkan kesalahan kerajaan.

"Harapan kita ialah dengan kenaikan harga ini yang dulu beli gula 1 kilogram sekarang beli setengah kilogram, yang dulu pakai satu sudu sekarang pakai setengah sudu atau langsung tak ada macam saya," ujarnya.

Malah ujar menteri ini lagi, manusia boleh hidup tanpa gula.

"Penyakit kencing manis disebabkan gula, tetapi kita sebagai seorang manusia tak perlu makan gula, kalau tak makan gula, kita mungkin akan hidup lebih lama, jadi oleh itu, daripada asalnya subsidi yang diberikan adalah secara berbudaya iaitu di dalam kaum Melayu ke Cina ke India, kuih kek sudah jadi budaya," katanya.

"... saya tahu gula sahaja bukan punca diabetes, diabetes ada dalam keturunan, cara hidup, perkara ini menyumbang kepada perkara itu, tetapi kalau seseorang itu telah mendapat penyakit kencing manis atau dari segi kesihatan keseluruhannya, mana-mana doktor pun akan bagi nasihat  kurangkan makan gula.

"Itu nasihat yang diterima sebagai 'basic medical advise'," jelasnya.

Sinar Harian


View the original article here

Sunday, 27 October 2013

Anak Menteri, Bukan Menteri Pun – Nora Danish


Sejak berada di Eropah beberapa hari lalu, Nora Danish dilihat semakin aktif berkongsi foto-foto mesranya bersama Nadeem dan lebih menarik lagi apabila jejaka tersebut mula memanggilnya dengan gelaran My Love.
Melihat sahaja kemesraan mereka berdua, pastinya ramai peminat melahirkan rasa gembira dan tidak kurang juga ada antara mereka menunjukkan rasa kurang senang, sehingga melemparkan kata-kata negatif kepada pasangan tersebut.
Artikel Berkaitan :
  • Foto: Nora Danish Ke Eropah Pula Bersama Nadeem
Oleh kerana terlalu banyak respon kurang enak, pelakon filem Bencinta itu mula mempertahankan Nadeem dengan mempersoalkan, kenapa para pengikutnya perlu ambil kesah terhadap hubungan rapat mereka, sedangkan mereka juga manusia biasa.
Dalam pada itu, Nora turut menegaskan bahawa, Nadeem hanyalah sekadar anak kepada individu yang berpengaruh dan bukannya orang penting dalam negara seperti bapanya.

Nora Danish mempersoalkan tanggapan negatif peminat terhadap Nadeem
Berikutan perkongsian kata-kata tersebut, terdapat segelintit pengikut Nora telah memberi nasihat serta pandangan masing-masing terhadap pasangan sensasi itu.
Walau apa pun tanggapan serta respon yang dilemparkan oleh peminat, perkara tersebut langsung tidak menjejaskan percutian Nora dan Nadeem. Dengan itu, jom lihat beberapa foto mesra mereka selepas ini.
Kredit Foto : Instagram Nora Danish
Sumber: ohbulan


View the original article here