iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Hidup. Show all posts
Showing posts with label Hidup. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Pak menteri ini kata tak makan gula hidup lebih lama

KUALA LUMPUR - Walaupun bunyinya agak klise dan mungkin mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak, tetapi itulah hakikatnya.

Kurangnya pengambilan gula dalam makanan dan minuman mampu memanjangkan jangka hayat seseorang kerana dapat menghindari penyakit-penyakit kronik yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

"Itu yang lebih baik kepada semua, tidak perlu ambil gula, kamu akan hidup lebih lama," katanya pada sidang media selepas selesai ucapan perasmian Seminar Pemeriksaan Perubatan dan X-Ray Fomena untuk pekerja asing di Hotel The Royale Chulan, hari ini.

Subramaniam diminta mengulas berhubung penafiannya terhadap kenyataan perdana menteri sebelum ini bahawa peningkatan jumlah pesakit diabetes yang berada di tahap membimbangkan menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk memansuhkan subsidi gula.

Menurut Najib, jumlah pesakit itu yang seramai 2.6 juta orang amat dikhuatiri.

"(Pengambilan gula berlebihan) adalah tidak baik. Saya sendiri sudah belajar minum teh tanpa gula. Inilah, kita perlu ajar rakyat dengan perkara-perkara yang baik sebab kita kerajaan yang bertanggungjawab," katanya semalam, sehari selepas mengumumkan pemansuhan subsidi bahan itu.

Subramaniam yang kemudiannya diburu wartawan untuk menjelaskan kenyataan Najib itu bagaimanapun menafikan bahawa gula menjadi punca utama peningkatan pesakit diabetes mahupun obesiti di kalangan rakyat di negara ini.

Dalam hujahnya Subramaniam berkata, dari segi sains dan nutrisi, gula bukanlah sejenis makanan yang wajib dalam kehidupan harian.

Oleh itu, keputusan kerajaan menghapuskan subsidi gula katanya adalah satu perkara wajar di mana ia memperbetulkan kesalahan kerajaan.

"Harapan kita ialah dengan kenaikan harga ini yang dulu beli gula 1 kilogram sekarang beli setengah kilogram, yang dulu pakai satu sudu sekarang pakai setengah sudu atau langsung tak ada macam saya," ujarnya.

Malah ujar menteri ini lagi, manusia boleh hidup tanpa gula.

"Penyakit kencing manis disebabkan gula, tetapi kita sebagai seorang manusia tak perlu makan gula, kalau tak makan gula, kita mungkin akan hidup lebih lama, jadi oleh itu, daripada asalnya subsidi yang diberikan adalah secara berbudaya iaitu di dalam kaum Melayu ke Cina ke India, kuih kek sudah jadi budaya," katanya.

"... saya tahu gula sahaja bukan punca diabetes, diabetes ada dalam keturunan, cara hidup, perkara ini menyumbang kepada perkara itu, tetapi kalau seseorang itu telah mendapat penyakit kencing manis atau dari segi kesihatan keseluruhannya, mana-mana doktor pun akan bagi nasihat  kurangkan makan gula.

"Itu nasihat yang diterima sebagai 'basic medical advise'," jelasnya.

Sinar Harian


View the original article here

Wednesday, 23 October 2013

Selebriti-selebriti Terkenal Yang Hidup Gelandangan Sebelum Popular!

type="html">
Perjalanan hidup merupakan satu cabaran yang amat sukar ditempuhi, hanya yang kuat sahaja yang akan berjaya. Bagi mereka yang pernah merasai apa itu kesusahan, sudah tentu mereka akan memahaminya termasuk golongan selebriti terkenal yang pernah hidup gelandangan sebelum mencapai puncak populariti.

Halle Berry

Halle Berry

Selebriti ini pernah tidur di tempat perlindungan di New York City untuk beberapa minggu pada usia 21 tahun apabila ibunya enggan memberinya duit poket.

Drew Carey

Drew Carey

Dia pernah tinggal di dalam kereta.

Charlie Chaplin

Charlie Chaplin

Pelakon filem bisu ini pernah tinggal di jalan-jalan di London selepas ibunya meninggal dunia dan ibunya mempunyai masalah mental semasa zaman kanak-kanaknya.

Kelly Clarkson

Kelly Clarkson

Penyanyi jelita ini pernah tinggal di dalam kereta dan tempat perlindungan bersama rakan sebiliknya apabila apartmen mereka terbakar pada hari tersebut.

Daniel Craig

Daniel Craig

Pelakon utama filem James Bond ini tidur di atas bangku taman di London ketika masih bergelut untuk meneruskan kehidupan sebelum menceburi dunia lakonan.

Benjamin Franklin

Benjamin Franklin

Bapa pengasas negara bangsa Amerika ini pernah melarikan diri dari rumahnya di Boston pada usia 17 tahun dan menuju ke Philadelphia dengan berjalan kaki dan menaiki bot.

Harry Houdini

Harry Houdini

Ahli silap mata terkenal ini pernah meninggalkan rumah ketika berusia 12 tahun dan mengembara dari Wisconsin ke Missouri dan kemudiannya ke New York City, tidur di jalanan, berkhemah di luar dan pusat perlindungan.

Jewel

Jewel

Wanita ini pernah tinggal di dalam van Volkswagen ketika berusia 18 tahun.

Phil McGraw "Dr. Phil"

Phil McGraw

Pernah tinggal di dalam kereta bersama ayahnya semasa zaman kanak-kanak, dan akhirnya berjaya mendapatkan sebuah bilik di YMCA pada kadar US$5 seminggu.

Jim Morrison

Jim Morrison

Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Please Don't Stop The Rain" ini pernah tinggal di atas bumbung, dalam kereta dan di bawah dermaga di Pantai Venice.

William Shatner

William Shatner

Pelakon 'Star Trek' ini pernah tinggal di bahagian belakang lori dan tidur di atas padang dan pantai.

Sylvester Stallone

Sylvester Stallone

Pelakon 'The Expandables' ini tinggal di stesen bas Port Authority selama tiga minggu sehingga membuat persembahan pada tahun 1970.

Shania Twain

Shania Twain

Penyanyi ini pernah tinggal di tempat perlindungan orang gelandangan di Toronto pada tahun 1979 ketika berusia 14 tahun bersama ibu dan adik-beradiknya.

[Sumber]


View the original article here

Friday, 11 October 2013

Wanita Hidup Selama 61 Tahun Dengan Paru-paru Besi

type="html">
Seorang wanita Amerika Syarikat menghabiskan 61 tahun hidup dalam tiub besi untuk terus bernafas selepas penyakit polio menyebabkan dia lumpuh.

Martha Mason
Martha memilih untuk kekal dalam paru-paru 
besi kerana ia memberinya kebebasan.

Martha Mason terbaring dalam tiub yang digelar sebagai paru-paru besi yang berfungsi sebagai sejenis pengalih udara, menambah dan mengurangkan tekanan udara bagi mengembang dan mengecutkan paru-paru Martha kerana ototnya amat lemah.

Martha terbaring dalam silinder besi berukuran 2 meter panjang dan seberat 362 kilogram itu, membaluti tubuhnya kecuali kepala.

Martha lumpuh ketika berusia 11 tahun selepas menghidap polio sejurus selepas wabak itu membunuh adik lelakinya, Gaston.

Selepas adik lelakinya dikebumi, Martha menyedari yang dia juga menghidap simptom sama, tetapi merahsiakan kebimbangannya untuk tidak membuat ibu bapanya sedih.

Dalam bukunya, ‘Bernafas: Hidup Dalam Rentak Paru-Paru Besi,’ Martha menulis: “Saya tahu saya menghidap polio. Saya tidak mahu orang lain tahu mengenainya.

“Sehari sebelum itu saya dengar ibu bercakap dengan rakannya mengenai paru-paru besi yang dipakai Gaston.

“Saya tahu saya tidak akan berdepan kesukaran itu kerana saya ada paru-paru yang sihat.”

Dalam video dirakam sebelum kematiannya pada 2009, Martha berkata: “Saya sering berfikir bagaimana perasaan ibu bapa saya apabila saya jatuh sakit - mereka turut mengebumikan satu-satunya anak lelaki mereka.

“Orang lain dan saya sendiri menyangka ibu bapa saya akan hidup lebih lama daripada saya. Doktor berkata, paling lama pun, saya hanya akan hidup setahun, tetapi sehingga hari ini saya masih hidup. Terima kasih kepada paru-paru besi itu.”

Mereka yang menulis mengenai kisah hidupnya berkata, semangat dan keinginan Martha untuk menjalani kehidupan biasa adalah kunci kepada umur panjangnya.

Walaupun mengalami keadaan yang sukar, Martha yang dilahirkan pada 1937 dan tinggal di Lattimore, North Carolina berjaya menamatkan pembelajaran sekolah menengah dengan keputusan terbaik, selain turut menganjurkan parti makan malam.

Dalam video itu Martha berkata: “Hidup seperti ini sudah menjadi perkara biasa buat saya saya tidak pernah memikirkan mengenainya.”

“Mesin ini berfungsi daripada gegendang telinga saya seperti beg udara besar. Terdapat kaedah lain pengalihan udara, tetapi saya memilih untuk tidak melakukannya. - Agensi



View the original article here

Wednesday, 9 October 2013

Peritnya Hidup Tanpa Subsidi Kerajaan!

"Satu Ringgit?" tanya Dr Mariya Yahya, 29, yang terkejut dengan bayaran rawatan bagi ibunya di Klinik 1Malaysia.


Subsidi

Bagi Dr Mariya, yang telah menetap dan bekerja di Australia sejak usia 18 tahun, bayaran kecil itu di kemudahan yang dikendalikan kerajaan sukar untuk dipercayai.

"Bayangkan seorang warga emas penghidap penyakit tiga serangkai, baru selesai mendapatkan rawatan susulan pakar di hospital awam dan pulang dengan berkotak-kotak ubat yang sebenarnya berharga ratusan ringgit padahal beliau tidak membayar satu sen pun," kata doktor gigi ini yang peka dengan harga sebenar khidmat perubatan.

Bandingkan pula dengan bayaran pakar swasta yang mencecah ratusan Ringgit untuk sekali rawatan, belum ditambah dengan harga ubat-ubatan dan perkhidmatan makmal yang lebih mahal, tambahnya.

Beliau berkata rakyat Malaysia bernasib baik kerana semua golongan sama ada miskin, sederhana atau kaya boleh menikmati kemudahan kesihatan secara percuma atau dengan bayaran paling minimum.

PENGALAMAN DI AUSTRALIA

Ini berbeza dengan di Australia yang hanya membenarkan mereka yang layak iaitu pemegang kad konsesi untuk menikmati perkhidmatan hospital awam.

Penerima kad konsesi lazimnya adalah pelajar, penganggur, orang kelainan upaya (OKU) dan mereka yang berpendapatan kurang daripada AUS$ 30,000 (RM90,500)setahun.

"Itupun, hospital awam hanya mengeluarkan perskripsi ubatan tanpa ubatan percuma menyebabkan pesakit luar perlu membeli dan membayar sendiri ubat yang diperlukan daripada farmasi," jelasnya.

Dan mereka yang mampu perlu ke hospital swasta.

SARA HIDUP MAHAL

Dr Mariya yang bertugas di Adelaide mengakui sara hidup berkeluarga dan bekerja di Australia, pada amnya mahal. Beliau dan suami teguh bertahan demi salah seorang anak mereka yang merupakan anak istimewa.

"Memandangkan dia dilahirkan di negara ini, anak kami layak mendapat perkhidmatan kebajikan kanak-kanak yang cukup mudah diperolehi di negeri yang kami tinggal (South Australia)," katanya menerangkan perkhidmatan itu termasuk terapi pertuturan, fisioterapi, kaunseling kanak-kanak dan sebagainya.

Isunya, cukai pendapatan yang dikenakan adalah setinggi 46 peratus daripada pendapatan bercukai setahun sehingga menyebabkan beliau dan rakan-rakan merasakan ia terlalu menekan pekerja golongan pertengahan seperti mereka.

Itu belum termasuk banyak lagi yuran tahunan wajib seperti bayaran insurans kesihatan dan insurans pekerjaan, pelbagai lesen seperti lesen membuat radiasi (x-ray), yuran sekolah dan sebagainya.

"Mereka yang berpendapatan di bawah $30,000 setahun dikecualikan daripada cukai dan golongan atasan seperti jutawan pula boleh mengurangkan cukai melalui aktiviti korporat seperti mengadakan cabutan bertuah atau memberi derma," jelasnya.

Antara punca golongan profesional Australia terpaksa membayar cukai yang tinggi adalah kerana kerajaan memerlukan wang bagi menyara orang seperti penagih dadah, penganggur dan ibu tunggal.

Beliau menjelaskan polisi menyara golongan sebegitu walaupun baik, ia turut disalahguna dengan pelajar tidak berkahwin sengaja mengandung bagi mendapatkan saraan kebajikan dan begitu juga golongan penganggur yang kekal menganggur.

TANPA SUBSIDI

Perbelanjaan untuk pengangkutan juga tidak kurang mahalnya. Berbeza dengan Malaysia yang mengamalkan polisi subsidi untuk mengurangkan beban sara hidup, tiada istilah subsidi petrol, air atau elektrik di Australia.

Pengguna kenderaan persendirian perlu membayar harga petrol asal iaitu sekitar AUS$1.59 (RM4.80) untuk seliter, malahan pemilik kebanyakkan stesen petrol kawasan luar bandar mengubah harga mengikut perkembangan semasa.

Jika di Malaysia pemandu yang melanggar peraturan jalan raya boleh mendapatkan diskaun jika membayar saman secepat mungkin, istilah itu tidak wujud di negara kangaroo itu.

Malahan, mereka mempunyai sistem mata demerit yang menyebabkan lesen pemandu digantung jika mata terkumpul mencapai jumlah tertentu.

"Barangkali ini adalah faktor utama mengapa pemandu Australia sangat berdisplin dan bilangan kenderaan juga kurang dengan sistem basnya cekap," tambahnya.

Untuk pengangkutan awam pula, pengguna tanpa kad konsesi perlu membayar harga antara AUS$4.00-$5.00 (RM12-RM15)untuk satu tiket yang boleh digunakan untuk menaiki mana-mana bas selama dua jam.

SERVIS MAHAL

Walaupun kualiti perkhidmatan di sana dikira amat baik, perbelanjaan menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak adalah AUS$80 (RM241) seorang untuk sehari, manakala yuran sekolah awam pula menelan belanja AUS$250 (RM754) setahun.

Perkhidmatan asas juga mahal misalnya bayaran untuk menggunting rambut adalah sekitar AUS$30 (RM90.50), sedangkan menurut Mariya, dengan nilai yang sama, seseorang boleh gunting dan cuci rambut serta mendapatkan urutan kepala di salun rambut Malaysia.

"Jika ingin makan di luar pula anda perlu bersedia untuk membayar AUS$3.50 untuk secawan kopi paling murah, jadi bayangkan sendiri berapa banyak yang perlu anda sediakan untuk menu lengkap," katanya.

Memang ramai yang menyangka menetap di luar negara adalah sesuatu yang mengujakan, tetapi mereka tidak sedar sara hidup pekerja di negara asing adalah tinggi.

Beliau merasakan situasi di Malaysia adalah cukup baik dan seimbang untuk semua golongan miskin, kaya dan pertengahan, walaupun masih terdapat banyak ruang pembaikan.

Tetapi rakyat Malaysia perlu menerima hakikat yang mereka tidak boleh hidup dengan subsidi buat selama-lamanya.

Sumber: Bernama


View the original article here