iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Lembu. Show all posts
Showing posts with label Lembu. Show all posts

Sunday, 27 October 2013

WTH! Daging Lembu Palsu Di China!

type="html">
Minggu ini, pasukan polis di wilayah Xi’an di China melaporkan mereka telah menemui dan merampas 22 tan daging lembu paslu daripada sebuah kilang tempatan.

WTH
Sebahagian daripada 22 tan daging lembu palsu yang berjaya dirampas.

Daging lembu palsu oti sebenarnya berasal dari daging babi yang lebih murah dari lembu.

Daging babi kemudiannya dicampur dengan beberapa bahan peluntur kimia seperti paraffin wax dan garam industri untuk mengubah rupanya seakan-akan daging lembu.

Menurut laporan media tempatan, kilang itu telah berjaya menjual kira-kira 1.5 tan daging lembu palsu itu ke pasaran tempatan dengan harga ?33 Yuan kira-kira RM17.11 sekilogram.

Enam premis yang dikenalpasti mengeluarkan daging lembu palsu ini kini ditutup operasinya serta merta.

Kes seperti itu bukanlah kali pertama terjadi di China.

Pada bulan Mei lalu, seramai 904 orang dilaporkan ditahan di China atas kesalahan berkaitan penjualan daging.

Sumber: Mynewshub


View the original article here

Saturday, 26 October 2013

Daging Lembu Palsu


MINGGU ini, pasukan polis di wilayah Xi’an di China melaporkan mereka telah menemui dan merampas 22 tan daging lembu paslu daripada sebuah kilang tempatan.
Daging lembu palsu oti sebenarnya berasal dari daging babi yang lebih murah dari lembu.
Daging babi kemudiannya dicampur dengan beberapa bahan peluntur kimia seperti paraffin wax dan garam industri untuk mengubah rupanya seakan-akan daging lembu.
Menurut laporan media tempatan, kilang itu telah berjaya menjual kira-kira 1.5 tan daging lembu palsu itu ke pasaran tempatan dengan harga ?33 Yuan kira-kira RM17.11 sekilogram.
Enam premis yang dikenalpasti mengeluarkan daging lembu palsu ini kini ditutup operasinya serta merta.
Kes seperti itu bukanlah kali pertama terjadi di China.
Pada bulan Mei lalu, seramai 904 orang dilaporkan ditahan di China atas kesalahan berkaitan penjualan daging. 
Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

View the original article here

Saturday, 19 October 2013

Lawak Aidiladha | Lembu Amuk Tanduk Penduduk

type='html'>

raya korban, aidiladha, lawak aidiladha, bukit mertajam,

Lembu Amuk Tanduk Penduduk  | Bukit MertajamLembu korban yang mengamuk menjadi salah satu cabaran yang perlu dihadapi penduduk Kampung Pengkalan Tambang, Permatang Pasir sempena ibadat korban yang berlangsung pada Aidiladha lalu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu, salah seorang penduduk yang hanya ingin dikenal sebagai Sidi berkata, kejadian itu menyebabkan penduduk terlibat panik seketika.

“Pada mulanya, program berjalan lancar, namun ketika lembu yang ditambat itu mula menggila, kebanyakan penduduk mula menjauhkan diri kerana bimbangkan keselamatan masing-masing.

“Bagaimanapun, tidak disangka lembu itu bertindak menanduk salah seorang penduduk sehingga terpelanting ke tanah. Mujurlah pemuda itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan penduduk bekerjasama memastikan keadaan dapat dikawal,” katanya.

Dia yang sempat merakamkan detik mencemaskan itu menggunakan kamera telefon tangannya berkata, kejadian itu pertama kali berlaku di kampung tersebut.


“Saya memang melibatkan diri dalam aktiviti korban setiap tahun, namun kejadian ini menyebabkan kebanyakan penduduk lebih berhati-hati untuk menguruskan haiwan yang bakal dikorban.

“Ia bukan tugas mudah memandangkan lembu yang mengamuk boleh mengancam keselamatan dan mendatangkan kecederaan kepada penduduk yang bertugas mahupun mereka yang memerhati,” katanya.  

Sumber : Sinar Harian Online
Menangi Tiket Konsert KESHA Di Malaysia

View the original article here

Wednesday, 16 October 2013

Kejar lembu korban terlepas di lebuh raya Damansara Puchong

LEMBU korban lari dua kilometer dari tempat penyembelihan.

Puchong: Pengguna yang melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Masjid Batu 12, Puchong di sini gempar apabila seekor lembu jantan untuk korban sempena Aidiladha terlepas dari tempat penyembelihan hingga menghalang lalu lintas, semalam.

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi apabila haiwan seberat 300 kilogram itu dikatakan tiba-tiba ‘naik minyak’ ketika orang kampung berusaha menumbangkannya sewaktu hendak disembelih menyebabkan tali yang diikat pada pokok putus sebelum ia melarikan diri dua kilometer.

Menurut sumber, dua unit peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa setengah jam menangkap haiwan itu.

Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal selepas haiwan itu ditangkap semula sebelum dibawa ke masjid dan disembelih.

“Sebelum kejadian, saya datang ke masjid untuk sembahyang sunat Aidiladha dan membantu orang kampung menyembelih lembu korban. Namun tidak menyangka terpaksa mengejar lembu.


“Lembu itu adalah lembu ketiga yang mahu disembelih. Saya difahamkan sejak kelmarin ia menunjukkan ciri-ciri seperti mahu naik minyak,” katanya.

Menurutnya, orang ramai juga menjadi panik apabila haiwan itu bertindak liar dan nyaris merempuh orang kampung dan beberapa anggota polis yang mengejarnya.

Selain itu, berlaku juga kesesakan jalan raya 20 minit apabila pemandu terpaksa memberhentikan kenderaan masing-masing kerana bimbang melanggar haiwan itu.

MyMetro



View the original article here

Tuesday, 15 October 2013

Lembu untuk korban esok naik minyak serang orang ramai

Gambar hiasan. Foto: Google

Ipoh: Seekor lembu betina yang sepatutnya dijadikan korban pada Aidiladha esok, naik minyak dan menyerang sekumpulan pelancong di sebuah gerai di Jalan Raja Muda Aziz, di sini petang, semalam hingga menyebabkan seorang pelancong warga emas cedera selain beberapa kenderaan rosak.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lembu berkenaan yang dipercayai terlepas dari pusat penyembelihan di Falim, di sini, Jumaat lalu, tersesat hingga ke kawasan bandar raya dan menyerang orang ramai.


Saksi kejadian, A Maekaldas, 33, berkata, dia melihat lembu itu memasuki kawasan bandar yang sesak dengan kenderaan dan ketika sampai di depan gerai di Jalan Raja Muda, secara tiba-tiba haiwan itu menyerang pelanggan yang minum di beberapa meja di gerai berkenaan.

“Lembu berkenaan merempuh sekumpulan pelancong dari Singapura hingga menyebabkan meja terbalik dan seorang lelaki berusia 74 dari kumpulan pelancong terbabit terjatuh ketika mengelak serta cedera pada bahagian tangan.


“Kemudian lembu itu lari ke tengah jalan dan merempuh sebuah kereta Perodua Viva hingga menyebabkan cermin tingkap kereta itu pecah. Selain itu, lembu itu turut melanggar beberapa motosikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran Balai Polis Pekan Baru, di sini,” katanya ketika ditemui.


Menurutnya, melihatkan keadaan itu dia kemudian menghubungi beberapa rakan yang juga penjaga lembu untuk menangkapnya sebelum perkara lebih buruk terjadi.

“Lembu itu kemudiannya berjaya ditemui di Jalan Chung Thye Phin, di sini dan saya bersama beberapa rakan yang datang selepas dihubungi, berusaha menghalaunya masuk ke kawasan gereja berhampiran bagi mengepungnya.


“Sebaik terkepung, lembu itu kemudian ditembak dengan ubat pelali untuk menenangkan dan menangkapnya. Tidak lama selepas itu sepasukan penguat kuasa dari Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba untuk menangkap haiwan berkenaan dan terpaksa mengambil masa hampir dua jam sebelum berjaya memasukkannya ke dalam lori,” katanya.

MyMetro



View the original article here