iklan 728x90

Pages

Showing posts with label ORANG. Show all posts
Showing posts with label ORANG. Show all posts

Sunday, 27 October 2013

Lelaki Mexico Disyaki Bunuh 79 Orang

Mafia

Monterrey – Seorang lelaki berusia 20 tahun di bandar utara Mexico, Monterrey, mengaku membunuh 45 orang tetapi disiasat kerana disyaki turut terbabit dalam pembunuhan 34 lagi, kata pegawai di sini kelmarin.
Juan Pablo Vazquez ditahan awal bulan ini di sini selepas dituduh menjual dadah, kata jurucakap keselamatan negeri Nuevo Leon, Jorge Domene.
Mengaku bunuh 45 orang
“Juan Pablo Vazquez ditahan awal bulan ini di sini selepas dituduh menjual dadah” Jorge Domene, Jurucakap keselamatan negeri Nuevo Leon
Vazquez yang berkata menjadi sebahagian anggota kumpulan jenayah terancang sudah mengaku membunuh 45 orang tetapi dipercayai ada kaitan dengan 79 pembunuhan, kebanyakannya pada 2012, kata Domene.
Mexico dilanda keganasan kerana dadah dengan 1,000 maut sebulan kerana pembunuhan. – REUTERS

View the original article here

Saturday, 26 October 2013

Aeril Zafrel Nafi Wawa Tunang Orang!

type="html">
Pelakon Aeril Zafrel menafikan dakwaan yang mengatakan isterinya, Wawa Zainal masih lagi bergelar tunangan orang sewaktu mereka dinikahkan pada Februari tahun lalu.

Aeril Zafrel Wawa Zainal

Sebaliknya, Aeril mengatakan pertunangan Wawa dengan seorang guru, Abdul Rashid @ Johari Hambali pada Jun 2010 sudah lama putus sebelum dia dan isteri menjalin hubungan cinta pada tahun sama.

(Baca: Panas! Wawa Zainal Tunangan Orang Ketika 'Bernikah' Dengan Aeril Zafrel?!)

“Wawa bukan tunangan orang. Ketika kami berkawan, pertunangannya dengan lelaki itu sudah lama putus. Mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan.

“Malah, saya sendiri mengenali lelaki itu dan pernah berhubung dengannya ketika baru-baru berkawan dengan Wawa,” katanya yang dipetik menerusi laporan Harian Metro, hari ini.

Malah, aktor berusia 25 tahun ini juga percaya perkara ini sengaja dicetuskan oleh sesetengah pihak bagi mengeruhkan lagi keadaan di luar sana.

Aeril juga memohon semua pihak agar memberi ruang kepadanya dan juga Wawa dan berharap masyarakat di luar sana sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

Sumber: Harian Metro


View the original article here

Tuesday, 15 October 2013

Lembu untuk korban esok naik minyak serang orang ramai

Gambar hiasan. Foto: Google

Ipoh: Seekor lembu betina yang sepatutnya dijadikan korban pada Aidiladha esok, naik minyak dan menyerang sekumpulan pelancong di sebuah gerai di Jalan Raja Muda Aziz, di sini petang, semalam hingga menyebabkan seorang pelancong warga emas cedera selain beberapa kenderaan rosak.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lembu berkenaan yang dipercayai terlepas dari pusat penyembelihan di Falim, di sini, Jumaat lalu, tersesat hingga ke kawasan bandar raya dan menyerang orang ramai.


Saksi kejadian, A Maekaldas, 33, berkata, dia melihat lembu itu memasuki kawasan bandar yang sesak dengan kenderaan dan ketika sampai di depan gerai di Jalan Raja Muda, secara tiba-tiba haiwan itu menyerang pelanggan yang minum di beberapa meja di gerai berkenaan.

“Lembu berkenaan merempuh sekumpulan pelancong dari Singapura hingga menyebabkan meja terbalik dan seorang lelaki berusia 74 dari kumpulan pelancong terbabit terjatuh ketika mengelak serta cedera pada bahagian tangan.


“Kemudian lembu itu lari ke tengah jalan dan merempuh sebuah kereta Perodua Viva hingga menyebabkan cermin tingkap kereta itu pecah. Selain itu, lembu itu turut melanggar beberapa motosikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran Balai Polis Pekan Baru, di sini,” katanya ketika ditemui.


Menurutnya, melihatkan keadaan itu dia kemudian menghubungi beberapa rakan yang juga penjaga lembu untuk menangkapnya sebelum perkara lebih buruk terjadi.

“Lembu itu kemudiannya berjaya ditemui di Jalan Chung Thye Phin, di sini dan saya bersama beberapa rakan yang datang selepas dihubungi, berusaha menghalaunya masuk ke kawasan gereja berhampiran bagi mengepungnya.


“Sebaik terkepung, lembu itu kemudian ditembak dengan ubat pelali untuk menenangkan dan menangkapnya. Tidak lama selepas itu sepasukan penguat kuasa dari Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba untuk menangkap haiwan berkenaan dan terpaksa mengambil masa hampir dua jam sebelum berjaya memasukkannya ke dalam lori,” katanya.

MyMetro



View the original article here

Monday, 14 October 2013

Wawa Zainal Tunang Orang Ketika Bernikah Dengan Aeril?!

Nampaknya kontroversi yang mengekori pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bagaikan tak berpenghujung.


Ketika peminat dunia hiburan masih lagi cuba memahami situasi pernikahan mereka, tiba-tiba muncul pula seorang individu mendakwa dia merupakan bekas tunangan Wawa.

Individu bernama Abdul Rashid itu tampil membuat pengakuan kepada akhbar Berita Harian (BH) setelah kedua-dua pelakon ini tampil membuat pengakuan.

Menurut guru dari Lahat Datu itu, dia dan Wawa mengikat tali pertunangan pada Jun 2010 selepas didesak oleh keluarga Wawa dan majlis pertunangan mereka hanya dilakukan oleh kedua-dua pihak keluarga di Lahad Datu kerana ketika itu Rashid dan Wawa berada di Kuala Lumpur.

Dalam temubualnya bersama BH itu juga, Rashid juga mendakwa dia adalah individu yang bertanggungjawab membaca Wawa ke Kuala Lumpur bagi memulakan kehidupan baru. Dia jugalah yang membawa Wawa menghadiri ujibakat di MIG dan Wawa berjaya mendapat kontrak pada hari yang sama.

Mengulas lanjut tentang pertunangannya dengan pelakon cantik itu, Rashid menjelaskan dia dan Wawa sanggup merahsiakan pertunangan mereka selama ini kerana memahami kontrak MIG yang tidak membenarkan pelakon di bawah pengurusan mereka menjalinkan hubungan cinta.

Malah, Rashid juga mengakui sanggup menunggu selama lima tahun bagi memberi laluan untuk Wawa berjaya dalam kariernya.

Tambah Rashid lagi, dia mengetahui berita perkahwinan Wawa pada Selasa iaitu selepas diberitahu seseorang.

Namun, tidak menghiraukannya. Bagaimanapun, pada Rabu Wawa sendiri telah menghubunginya dan dia berasa amat terkejut.

"Sebenarnya tujuan Wawa menghubungi saya kerana mahu meminta saya memberitahu adik perempuan saya supaya menghentikan menyebarkan cerita yang pernah berlaku antara kami di internet. Wawa menangis ketika itu. Wawa pernah menumpang di rumah adik saya di Cheras ketika mula menjejak kaki di Kuala Lumpur", ulas Rashid kepada BH.

Dalam masa yang sama, Rashid juga memberitahu ketika itu Wawa mengaku telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Setelah jelas dengan situasi yang berlaku, Rashid telah meminta keluarganya ke rumah keluarga wawa untuk memutuskan pertunangan mereka pada Jumaat lalu.

[Sumber]


View the original article here

Panas! Wawa Zainal Tunangan Orang Ketika 'Bernikah' Dengan Aeril Zafrel?!

type="html">
Belumpun reda isu pernikahan rahsia dan melahirkan anak yang menghimpit pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, kini timbul cerita baru yang mendakwa Wawa sudah bertunang sebelum bergelar pelakon popular.

Abdul Rashid @ Johari Hambali, 39
Abdul Rashid @ Johari Hambali (kiri) bekas tunang Wawa Zainal?

Wawa, 21, didakwa bertunang dengan seorang jejaka yang berasal dari Lahad Datu, Sabah iaitu Abdul Rashid @ Johari Hambali, 39, pada Jun, 2010 selepas beberapa bulan menandatangani kontrak sebagai artis MIG Talents.

Bagaimanapun, pertunangan mereka hanya diketahui ahli keluarga Wawa dan Andul Rashid saja.

Bagaimanapun, kisah pertunangan Wawa dan Abdul Rashid mula tersebar di internet dipercayai disebarkan anggota keluarga mereka apabila cerita Wawa dan Aeril bernikah dan mempunyai anak yang didedahkan minggu lalu menjadi semakin panas dan mendapat perhatian meluas dalam media massa.

Bekas tunang Wawa yang juga seorang guru di sebuah sekolah rendah di Tawau, Sabah pada mulanya enggan membuka mulut untuk bercerita soal peribadinya bersama Wawa sebelum ini.

"Saya sebenarnya hanya mengetahui berita Wawa dan Aeril berkahwin pada Selasa lalu selepas diberitahu seseorang, tapi saya tidak menghiraukannya. Bagaimanapun, saya terkejut apabila Wawa menghubungi saya pada pagi Rabu lalu.

"Sebenarnya tujuan Wawa menghubungi saya kerana mahu meminta saya memberitahu adik perempuan saya supaya menghentikan daripada menyebarkan cerita yang pernah berlaku antara kami di internet. Wawa menangis ketika itu. Wawa pernah menumpang di rumah adik saya di Cheras ketika mula menjejak kaki di Kuala Lumpur.

"Saya tanya dia, adakah betul sudah berkahwin dan mempunyai anak? Dia cakap betul. Jadi betullah cerita yang terbongkar itu.

"Dia cakap mahu saman beberapa pihak yang mendedah cerita peribadinya itu.

"Saya cakap kenapa nak saman jika verita pernikahan dan mempunyai anak itu adalah perkara betul. Bukan kenyataan fitnah!

"Jujurnya, saya tersentak dan sebak apabila Wawa mengakui dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak. sedangkan pertunangan kami belum diputuskan. Saya tanya kenapa tidak berterus-terang mahu berkahwin, saya tidak kisah untuk melepaskannya.

"Saya sudah agak dari awal lagi, inilah risiko bertunang dengan seorang artis.

"Tapi, Wawa ketika itu terus menangis. Dia tidak mahu saya membocorkan cerita pertunangan kami. Saya tahu Wawa cukup sengsara dengan apa yang dihadapinya.

"Saya sebolehnya tidak mahu Wawa terseksa, apatah lagi dalam keadaan sekarang.

"Bagaimanapun, saya tidak mampu menutup mulut orang terutama kaum keluarga yang mengetahui kami masih mempunyai ikatan pertunangan.

"Saya terkejut bagaimana wartawan dapat menghidu cerita kami, malah boleh menghubungi saya. Soalnya, saya pula terpaksa bersoal jawab dengan wartawan.

"Saya sebolehnya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya sempat bertanya pada Wawa, siapakah lelaki yang dinikahi. Dia diberitahu suaminya adalah lelaki yang tidak disukai dulu. Dia adalah pelakon yang membintangi drama Klik bersamanya dulu. Jadi saya tahulah lelaki yang dimaksudkan adalah Aeril.

"Saya tanya lagi kenapa berkahwin dengan lelaki yang pernah dibenci, dia hanya menangis saja. Bapa Wawa juga ada menghubungi saya pada Rabu lalu, dia mohon maaf pada saya. Saya tanya kenapa tidak beritahu Wawa sudah berkahwin, dia sebalinya mempertikaikan kenapa tidak diberi nafkah bulanan. Menjadi budaya di sini, lelaki kena memberi nafkah kepada tunangannya setiap bulan.

"Saya jelaskan padanya sebelum ini saya tidak berduit, duit simpanan bekerja habis digunakan ketika datang ke Kuala Lumpur membawa Wawa pada penghujung 2009 untuk mencari penghidupan baru," katanya.

Abdul Rashid berkata, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa pada Jun 2010, iaitu selepas beberapa bulan Wawa diterima sebagai artis MIG. Bagaimanapun, keetika itu, dia belum terbabit dengan mana-mana projek filem.

Majlis pertunangan berlangsung antara keluarga sahaja di Lahad Datu, manakala mereka berdua berada di Kuala Lumpur.

Rahsia kahwin takut kontrak


Pasangan pelakon, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, mengaku bernikah kali pertama setahun lalu tanpa didaftarkan dengan Pejabat Agama Islam Daerah Petaling.

Selain tidak didaftarkan, pernikahan di rumah pengurusnya di Taman Datuk Harun di sini, pada 25 Februari tahun lalu itu juga tidak mempunyai dokumen sah.

Bagaimanapun, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 26, dan Wawa nama sebenar, Nur Hawa Zainal Abidin, 22, bernikah kali kedua pada 4 Februari lalu selepas pelakon wanita itu disahkan mengandung.

Airel berkata, pernikahan kali kedua itu perlu dibuat untuk memudahkan proses pendaftaran bayi mereka.

“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah pada 25 Februari 2012. Pernikahan itu memenuhi rukun nikah yang ditetapkan dan diadakan di rumah pengurus saya tetapi tidak didaftarkan dan tidak mempunyai dokumen sah.

“Bagaimanapun, apabila saya mengetahui yang Wawa mengandung, kami mengambil keputusan untuk mendaftarkan perkahwinan dengan bernikah kali kedua supaya bayi kami nanti tidak berbinkan Abdullah,” katanya pada sidang media bagi menjelaskan isu perkahwinan rahsia dan pasangan itu mempunyai seorang bayi lelaki di sini, semalam.

Turut hadir, bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong dan peguam Aeril, Zulhasmi Zakaria.

Sisipan BH, B*POP pada 6 Oktober lalu menyiarkan laporan pernikahan rahsia dan pasangan itu kini mempunyai seorang bayi lelaki.

Selepas enam bulan bernikah kali kedua, pasangan itu dikurniakan Ahmad Fakharuddin Attar Suhairil.

Bila ditanya mengapa mereka menyembunyikan pernikahan dan sudah mempunyai anak, Wawa berkata, mereka sepakat merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum untuk tempoh dua tahun akan datang.

Isu Nikah Dua Kali Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Di Pertikai

Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal

Tiada istilah nikah dua kali dalam Islam melainkan mahkamah mengesahkan pernikahan pertama tidak sah mengikut hukum syarak kata Penasihat Agama Johor, Datuk Noh Gadut mengenai pelakon Suhairil Sunari, 25, atau Aeril Zafrel dan Nur Hawa Zainal Abidin, 22, (Wawa Zainal) bernikah dua kali bagi memastikan anak mereka dibinkan dengan nama Aeril.

“Perlu diingatkan apabila sudah bernikah tanpa mengikut undang-undang negara misalnya bernikah di luar negara, pasangan terbabit perlu melakukan ‘isbat nikah’ iaitu mensabitkan pernikahan mereka dengan pihak berkuasa di negara kita.

“Mereka perlu mengemukakan semua saksi termasuk wali dan bukti mengatakan mereka sudah bernikah tahun lalu (seperti dilaporkan media) di pejabat agama.

“Ia bertujuan memastikan pernikahan itu dilakukan mengikut hukum syarak dan jika tiada masalah, pernikahan mereka boleh disahkan tanpa perlu bernikah sekali lagi.

“Bagaimanapun dalam hal ini, tindakan mereka bernikah kali kedua itu boleh menimbulkan pandangan seolah-olah tidak mengiktiraf pernikahan yang pertama,” katanya ketika dihubungi Harian Metro (HM) di sini semalam.

Kata beliau, perkahwinan mengikut agama dan undang-undang negara perlu dilakukan bersama kerana undang-undang sedia ada dibentuk bagi memastikan setiap pasangan berkahwin mengikut hukum syarak sekali gus sah dalam Islam.

“Kita tidak tahu sejauh mana perkahwinan pertama (tanpa mengikut undang-undang negara) itu sah mengikut hukum syarak. Jika sah, Alhamdulillah, tapi jika sebaliknya, hubungan yang dijalinkan selama ini boleh dianggap zina, manakala anak yang dikandung atau dilahirkan boleh dikategorikan sebagai anak luar nikah.

“Dalam hal ini, mereka hanya perlu melakukan sedemikian, sekiranya mahkamah memutuskan pernikahan pertama mereka itu tidak sah,” katanya.

Kenyataan Noh Gadut dipersetujui penceramah bebas Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani yang menyifatkan tindakan bernikah dua kali itu tidak wajar dilakukan atau tidak boleh dicontohi oleh orang lain.

“Walaupun sah dari segi agama, perkahwinan ‘sembunyi-sembunyi’ mereka itu tetap dianggap tidak beradab dan berakhlak.

“Ini kerana dalam Islam sendiri perkahwinan itu bertujuan menghebahkan kepada masyarakat akan status hubungan suami isteri antara seorang lelaki dan wanita.

“Ia bertujuan mengelak timbulnya sangka buruk dan pandangan serong orang ramai seperti yang berlaku kepada mereka (Aeril dan Wawa).

“Apatah lagi melibatkan golongan selebriti yang dikenali ramai, pasangan ini sepatutnya memberi contoh baik kerana setiap tindakan mereka boleh menjadi ikutan peminat.

“Bukanlah bermakna setiap pasangan yang berkahwin perlu membuat majlis atau kenduri besar-besaran, cukup sekadar memaklumkan perkahwinan mereka kepada umum.

“Dalam hal ini (perkahwinan), paling penting, kita menjaga Allah dan hukumnya, bukannya orang termasuk majikan sehingga kita sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya,” katanya.

Selain itu, Ahmad Dasuki turut menegur sikap ibu bapa kepada pasangan terbabit yang sepatutnya lebih tegas dalam perkara berkenaan dan bukannya mengikut telunjuk si anak.

“Kita kena terima, bahawa kita hidup ‘menumpang’ dalam masyarakat, maka berita perkahwinan seperti ini perlu dihebahkan (dimaklumkan) bagi meraikan pasangan yang baru berkahwin.

“Jika enggan berbuat begitu, jangan duduk dalam masyarakat, duduk di dalam hutan, Tidak perlu tunggu sehingga keadaan terdesak seperti sekarang baru mengaku, kerana perkahwinan ini bukan benda yang boleh dibuat main-main,” katanya.

Sebelum ini, dalam sidang media Jumaat lalu, Aeril mendakwa sudah bernikah dengan Wawa pada 25 Februari 2012 secara sah dengan diwalikan Zainal Abidin Sulung (bapa Wawa) di rumah Shahriman Wahab (pengurus Aeril), di Petaling Jaya.

Bagaimanapun, selepas Wawa mengandung dua bulan, pasangan terbabit bernikah kali kedua pada 4 Februari lalu di Masjid Jumuriah Taman Dato Harun, Petaling Jaya kerana mahu mengikut undang-undang keluarga Negeri Selangor serta memastikan anak mereka dibinkan dengan nama Aeril.

Hasil perkahwinan mereka, Aeril dan Wawa dikurniakan bayi lelaki pada 24 Ogos lalu.

Sumber: HarianMetro/BeritaHarian

-Sentiasapanas.com


View the original article here

Thursday, 10 October 2013

ORANG TUA BUAS NAFSU








maksiat, nafsu buas, berita, cerita benar,



Nilaikanlah sendiri gambar diatas ni, jikalau ikut dari segi pemakaian nampak macam orang baik-baik. Pakaian nampak macam orang yang berilmu dan alim sebab pakaian tu sebikik macam pakaian sami.










Janganlah silap sangka rupa, paras dan kelakuan baik itu semuanya betul selalu, dan tak akan berbuat jahat..!!!


Sumber : rayyanbelog.blogspot.com