iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Penduduk. Show all posts
Showing posts with label Penduduk. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Penduduk Santiago Gempar Kehadiran 'Syaitan Merah'


Penduduk San Diego kecoh selepas pantai-pantainya diserang sotong gergasi mencecah 1.5 meter panjang.

Kehadiran sotong yang terkenal dengan gelaran 'Syaitan Merah' itu menakutkan orang ramai terutamanya penyelam manakala puluhan bangkai raksaksa laut itu dilihat terdampar di tepi beberapa buah pantai yang sarat dengan pelancong.
Sotong jenis Humbolt itu dipercayai bergerak dari laut dalam dan mengancam penyelam yang tidak menyedari kehadirannya.

Ia boleh membesar sehingga mencecah berat 45 kilogram dan merupakan haiwan pemangsa ganas.
Seorang penyelam, Shanda Magill memberitahu dia hampir menemui ajal apabila dilanggar dan dibelit seekor sotong besar itu sebelum ia melepaskannya dan beredar semasa dia menyelam di perairan cetek di sini.
"Saya tidak akan menyelam lagi sehingga semua sotong itu beredar. Saya seperti masuk ke dalam kandang singa," kata seorang penyelam lain, Mike Bear.
Sotong Humbolt memburu dalam kumpulan besar mencecah 1,200 ekor dan mampu menggelonsor di atas permukaan laut seolah-seolah sedang terbang.
Sumber:http://aniekelate.blogspot.com/

View the original article here

Saturday, 19 October 2013

Lawak Aidiladha | Lembu Amuk Tanduk Penduduk

type='html'>

raya korban, aidiladha, lawak aidiladha, bukit mertajam,

Lembu Amuk Tanduk Penduduk  | Bukit MertajamLembu korban yang mengamuk menjadi salah satu cabaran yang perlu dihadapi penduduk Kampung Pengkalan Tambang, Permatang Pasir sempena ibadat korban yang berlangsung pada Aidiladha lalu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu, salah seorang penduduk yang hanya ingin dikenal sebagai Sidi berkata, kejadian itu menyebabkan penduduk terlibat panik seketika.

“Pada mulanya, program berjalan lancar, namun ketika lembu yang ditambat itu mula menggila, kebanyakan penduduk mula menjauhkan diri kerana bimbangkan keselamatan masing-masing.

“Bagaimanapun, tidak disangka lembu itu bertindak menanduk salah seorang penduduk sehingga terpelanting ke tanah. Mujurlah pemuda itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan penduduk bekerjasama memastikan keadaan dapat dikawal,” katanya.

Dia yang sempat merakamkan detik mencemaskan itu menggunakan kamera telefon tangannya berkata, kejadian itu pertama kali berlaku di kampung tersebut.


“Saya memang melibatkan diri dalam aktiviti korban setiap tahun, namun kejadian ini menyebabkan kebanyakan penduduk lebih berhati-hati untuk menguruskan haiwan yang bakal dikorban.

“Ia bukan tugas mudah memandangkan lembu yang mengamuk boleh mengancam keselamatan dan mendatangkan kecederaan kepada penduduk yang bertugas mahupun mereka yang memerhati,” katanya.  

Sumber : Sinar Harian Online
Menangi Tiket Konsert KESHA Di Malaysia

View the original article here