iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Monday, 28 October 2013

KUNCIKAN CINTA MEREKA DI PARIS – NORA DANISH & NADEEM

Hubungan cinta antara pelakon, Nora Danish dan pasanagannya Nadeem Nazri, Murai Batu nampak bukan lagi rahsia, malah mereka semakin terbuka untuk mempamerkan foto-foto bahagia mereka bersama di laman sosial, Instagram.

Terbaru,  mereka dilihat telah banyak memuat naik gambar mereka bersama yang ke Eropah. Tak silap mereka berdua telah bersama-sama terbang kekota Paris dan London 2 hari lalu. Amboi seronoknya, macam bulan madu pula ya? Dengar kata, mereka ke sana kononnya ada menguruskan hal pernigaan bersama dan dalam masa yang sama sempatlah bercuti serta berkunjung ke rumah saudara mara Nedim di sana.

Namun apa yang menarik perhatian adalah gambar yang dikongsikan mereka ketika berada di Love Bridge atau ‘jambatan cinta’ di Paris. Kalau korang nak tahu, di Love Bridge itu biasanya pasangan kekasih akan pergi dan kemudian kuncikan satu mangga yang tertulis nama mereka berdua sebagai lambang  cinta, selepas itu kuncinya di buangkan kebawah sungai jambatan itu.

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Nadeem dan Nora ,nampaknya mereka pun berbuat perkara yang biasa bagi setiap pasangan kekasih apabila berpeluang ke jambatan itu. Wahhh so sweet kan mereka? Cemburulah lihat mereka!

Namun, ada peminat yang tidak puas hati dengan cara Nora yang begitu terbuka dengan hubungan cintanya bersama Nadeem hanya di laman Instagram, namun tidak berterus-terang atau berselindung kepada media atau umum mengenai hubungan cinta mereka.

SM pun tak faham mengapa Nora berbuat begitu, tapi apa-apa pun SM doakan agar hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin.

View the original article here

Saturday, 26 October 2013

Jennifer Lopez Putus Cinta!

Selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta, akhirnya Jennifer Lopez dan kekasihnya Casper Smart dikhabarkan putus.

Jennifer Lopez

Menurut laporan Showbizspy, Jennifer yang juga dipanggil JLo itu merasakan dia dan Casper sudah tidak serasi dan tiada lagi perasaan kehangatan cinta dalam diri.

"JLo telah 'membuang' Casper. Mereka sering bergaduh tanpa sebab. Adakalanya JLo seperti sengaja mencari masalah dalam perhubungan itu," kata sumber.

Bukan hanya memutuskan hubungan, JLo juga tidak meninggalkan apa-apa pada Casper dan semua kemewahan yang diberi telah diambil balik.

"Dia tidak memberikan Casper apa-apa pun dan mengatakan 'kau datang dengan tangan kosong, dan kau juga harus pergi dengan tangan kosong'," tambah sumber tersebut.

-mStar

View the original article here

Wednesday, 23 October 2013

Jennifer Lopez Dan Kekasih Mudanya Putus Cinta?

Sudah lama kita tidak mendengar khabar penyanyi dan pelakon jelita, Jennifer Lopez yang juga merupakan bekas isteri kepada penyanyi, Marc Anthony.

Jennifer Lopez

Terbaru, Jennifer, 44, dilaporkan sudah berpisah dengan kekasihnya, Casper Smart, 26, yang juga merupakan bekas penari latarnya sebelum ini.

Pasangan itu dikatakan memutuskan hubungan mereka kerana sudah tidak lagi mempunyai persefahaman dan sering bertengkar selama beberapa bulan, memetik laporan Mail Online.

Bagaimanapun, menurut sumber EOnline pula, Jennifer dan Casper sebenarnya masih belum berpisah dan sedang cuba memperbetulkan masalah antara mereka.

Penyanyi itu mula menjalinkan hubungan dengan penarinya itu hanya selepas tiga bulan bercerai dengan Marc.

Sebenarnya, ramai pihak yang menjangkakan hubungan mereka tidak akan kekal lama kerana Casper bukanlah cinta ‘utama’ bagi Jennifer.

Apa yang menjadikan hubungan mereka bertahan hingga dua tahun ialah kerana hubungan rapat antara lelaki muda itu dengan anak kembar penyanyi itu.

Apapun, kita tunggu sahaja kenyataan dari mulut Jennifer sendiri sama ada benar-benar sudah berpisah atau tidak.

Sumber: Mynewshub

View the original article here

Friday, 18 October 2013

Wednesday, 16 October 2013

Unik! Love Supermarket Khusus Untuk Pencari Cinta

type="html">
Mereka yang masih 'single' di China tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari 'soul-mates' masing-masing. Mereka kini hanya perlu pergi ke Love Supermarket dan 'membelinya' terus dari sana.

Love Supermarket

Sebenarnya ianya bukanlah mudah, tetapi ia adalah satu cara yang menarik bagi mereka yang bujang untuk mencari pasangan yang serasi.

Love Supermarket dibuka di Xizhimen dan merupakan sebahagian dari acara parti khas dalam sambutan Hari Bujang, yang disambut pada 11 November setiap tahun.

Love Supermarket mempunyai lebih 500 pelawat dan telah menyaksikan 60 hubungan cinta yang berjaya.

Love Supermarket

Lebih 200 gambar calon bujang tergantung di dinding dalam pertubuhan itu, bersama-sama dengan maklumat peribadi (umur, jantina, kerjaya, pendapatan dan lain-lain).

Apa yang semua pelanggan perlu lakukan adalah memilih seseorang dan membayar 100 yuan untuk mendaftar.

Pendapat mengenai Supermarket Love bercampur-baur. Ada yang percaya dikenakan cukai yang tinggi semata-mata untuk bertemu dengan seseorang, sebahagian yang lain tidak peduli tentang wang, tetapi ragu-ragu mengenai maklumat perseorangan yang dipaparkan adalah tulen dan takut beberapa " akaun" telah direka oleh seorang pemilik.

Love Supermarket

Tetapi, dengan lebih daripada 500,000 wanita tunggal telah melangkaui umur purata perkahwinan, Supermarket Cinta dijangka bakal menjadi satu kejayaan.

[Sumber]

View the original article here