iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Putus. Show all posts
Showing posts with label Putus. Show all posts

Saturday, 26 October 2013

Uqasha Senrose Curang, Pekin Mahu Putus Tunang?

type='html'>

Uqasha dan Pekin, gambar uqasha senrose, uqasha senrose curang, hiburan, gossip, pelakon, artis

Uqasha Senrose Curang, Pekin Mahu Putus Tunang | Menurut sumber terdekat, sadis juga bila terbaca kisah Uqasha dan Pekin yang hanya selangkah lagi menuju ke satu ikatan perkahwinan namun dek kerana (gosip) kehadiran orang ketiga difahamkan Pekin tekad untuk memutuskan pertunangan mereka.

Menurut sebuah portal, segalanya berpunca dari Uqasha Senrose sendiri yang telah menjalinkan cinta lokasi dengan seorang pelakon lelaki lain yang menjayakan sebuah drama dengannya.

Bagaimanapun butiran tentang hubungan sulit Uqasha Senrose dan pelakon lelaki itu katanya berlangsung sehingga sampai ke pengetahuan Pekin Ibrahim dan juga ibu bapa mereka dirahsiakan untuk mengelak tanggapan lebih buruk.

Menambahkan lagi parahnya tentang kisah Pekin dan Uqasha ini, katanya ini bukanlah kali pertama Uqasha Senrose terlibat berhubungan dengan lelaki lain tetapi sebelum ini Pekin Ibrahim banyak mengambil pendekatan memaafkan kesilapan kekasihnya itu demi menjaga hubungan yang telah dibina bersama.

Namun kali ini, kesabaran Pekin Ibrahim memang diuji dan beliau khabarnya tidak mahu lagi memaafkan Uqasha Senrose atas ketelanjuran mengkhianati cinta mereka.

Mungkin memang tiada jodoh antara mereka berdua walaupun Pekin Ibrahim sebelum ini tampak bersungguh sungguh untuk mengahwini Uqasha Senrose.

Sumber: Kezoom

Artikel Menarik ----> Peluang Jana Pendapatan

View the original article here

Jennifer Lopez Putus Cinta!

Selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta, akhirnya Jennifer Lopez dan kekasihnya Casper Smart dikhabarkan putus.

Jennifer Lopez

Menurut laporan Showbizspy, Jennifer yang juga dipanggil JLo itu merasakan dia dan Casper sudah tidak serasi dan tiada lagi perasaan kehangatan cinta dalam diri.

"JLo telah 'membuang' Casper. Mereka sering bergaduh tanpa sebab. Adakalanya JLo seperti sengaja mencari masalah dalam perhubungan itu," kata sumber.

Bukan hanya memutuskan hubungan, JLo juga tidak meninggalkan apa-apa pada Casper dan semua kemewahan yang diberi telah diambil balik.

"Dia tidak memberikan Casper apa-apa pun dan mengatakan 'kau datang dengan tangan kosong, dan kau juga harus pergi dengan tangan kosong'," tambah sumber tersebut.

-mStar

View the original article here

Friday, 25 October 2013

Uqasha Putus Tunang ‘Kantoi’ Curang?

Pasangan pelakon, Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose diberitakan sudah putus tunang – menurut portal hiburan Rotikaya.com semalam.

Uqasha

Menurut sumber yang memberitahu portal tersebut, punca mereka putus tunang agak kontroversi juga iaitu kecurangan Uqasha dengan pelakon lelaki lain yang berlakon sebuah drama dengannya.

Kononnya, Pekin yang mendapat tahu tentang kecurangan Uqasha tidak boleh berkompromi lagi memandangkan ini bukan kali pertama dia ‘kantoi’ berbuat demikian.

Sebelum ini, Pekin dikatakan sentiasa bersabar kerana sayangkan tunang jelitanya itu.

Tapi sama ada ini satu berita benar, skrip drama atau cuma khabar angin semata-mata… sama-samalah kita nantikan penjelasan Pekin mahu pun Uqasha.

Sumber: RotiKaya

View the original article here

Wednesday, 23 October 2013

Jennifer Lopez Dan Kekasih Mudanya Putus Cinta?

Sudah lama kita tidak mendengar khabar penyanyi dan pelakon jelita, Jennifer Lopez yang juga merupakan bekas isteri kepada penyanyi, Marc Anthony.

Jennifer Lopez

Terbaru, Jennifer, 44, dilaporkan sudah berpisah dengan kekasihnya, Casper Smart, 26, yang juga merupakan bekas penari latarnya sebelum ini.

Pasangan itu dikatakan memutuskan hubungan mereka kerana sudah tidak lagi mempunyai persefahaman dan sering bertengkar selama beberapa bulan, memetik laporan Mail Online.

Bagaimanapun, menurut sumber EOnline pula, Jennifer dan Casper sebenarnya masih belum berpisah dan sedang cuba memperbetulkan masalah antara mereka.

Penyanyi itu mula menjalinkan hubungan dengan penarinya itu hanya selepas tiga bulan bercerai dengan Marc.

Sebenarnya, ramai pihak yang menjangkakan hubungan mereka tidak akan kekal lama kerana Casper bukanlah cinta ‘utama’ bagi Jennifer.

Apa yang menjadikan hubungan mereka bertahan hingga dua tahun ialah kerana hubungan rapat antara lelaki muda itu dengan anak kembar penyanyi itu.

Apapun, kita tunggu sahaja kenyataan dari mulut Jennifer sendiri sama ada benar-benar sudah berpisah atau tidak.

Sumber: Mynewshub

View the original article here

Friday, 18 October 2013