iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Nadeem. Show all posts
Showing posts with label Nadeem. Show all posts

Monday, 28 October 2013

KUNCIKAN CINTA MEREKA DI PARIS – NORA DANISH & NADEEM



Hubungan cinta antara pelakon, Nora Danish dan pasanagannya Nadeem Nazri, Murai Batu nampak bukan lagi rahsia, malah mereka semakin terbuka untuk mempamerkan foto-foto bahagia mereka bersama di laman sosial, Instagram.

Terbaru,  mereka dilihat telah banyak memuat naik gambar mereka bersama yang ke Eropah. Tak silap mereka berdua telah bersama-sama terbang kekota Paris dan London 2 hari lalu. Amboi seronoknya, macam bulan madu pula ya? Dengar kata, mereka ke sana kononnya ada menguruskan hal pernigaan bersama dan dalam masa yang sama sempatlah bercuti serta berkunjung ke rumah saudara mara Nedim di sana.

Namun apa yang menarik perhatian adalah gambar yang dikongsikan mereka ketika berada di Love Bridge atau ‘jambatan cinta’ di Paris. Kalau korang nak tahu, di Love Bridge itu biasanya pasangan kekasih akan pergi dan kemudian kuncikan satu mangga yang tertulis nama mereka berdua sebagai lambang  cinta, selepas itu kuncinya di buangkan kebawah sungai jambatan itu.

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Nadeem dan Nora ,nampaknya mereka pun berbuat perkara yang biasa bagi setiap pasangan kekasih apabila berpeluang ke jambatan itu. Wahhh so sweet kan mereka? Cemburulah lihat mereka!

Namun, ada peminat yang tidak puas hati dengan cara Nora yang begitu terbuka dengan hubungan cintanya bersama Nadeem hanya di laman Instagram, namun tidak berterus-terang atau berselindung kepada media atau umum mengenai hubungan cinta mereka.

SM pun tak faham mengapa Nora berbuat begitu, tapi apa-apa pun SM doakan agar hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin.


View the original article here

Monday, 21 October 2013

Gambar Romantik Nora Danish Dan Nadeem Di Eropah

Bahagia sungguhla Nora Danish dan teman istimewanya, Nadeem Datuk Seri Nazri.

Nora Danish Dan Nadeem

Memanjang terbang ke sana sini, dalam dan luar negara, mewah sungguh.

Rasanya baru dok baca cerita mereka bercuti ke Myanmar, terbaru dah pergi Eropah pula.

Cuma jangan cepat melantun ye, so far mereka pergi bersama rakan-rakan…jangan spekulasi lebih-lebih. Tak elok tu.

Yang terbaru ni tak tahula sama ada bercuti ataupun atas urusan kerja.

Dalam perkembangan berkaitan, Nora mendedahkan yang mereka berdua masih belum membincangkan soal perkahwinan kerana dirinya sendiri masih memerlukan masa untuk bersedia menjadi isteri yang baik.

“Saya lebih berhati-hati berdasarkan pengalaman lalu yang mana saya juga ada kesilapan dan kekurangan yang perlu diperbaiki bagi menjadi isteri yang baik,” ujar Nora pada Mstar.

Nora berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikatakan semakin intim.

Ketika ditanya tentang gelaran bad boy yang sering dilabelkan kepada lelaki tersebut, Nora berkata, Nadeem mempunyai sifat dan kebaikan lain yang orang lain tidak tahu.

“Saya tidak pernah menilai dia melalui masa lalunya, pada saya semua manusia di dunia ini tiada yang sempurna.

“Siapalah saya untuk menilai orang lain, namun daripada apa yang saya lihat, dia seorang yang pemurah, baik hati dan ikhlas yang mana orang yang tidak mengenalinya tidak tahu,” katanya.

Bercakap tentang status hubungan tersebut, Nora berkata, dia lebih senang dikatakan berkawan rapat berbanding hubungan pasangan kekasih.

“Susah untuk menyatakan hubungan kami, biarlah orang menganggapnya sebagai kawan rapat sahaja,” katanya.

Nora Danish Dan Nadeem
Nora Danish Dan Nadeem
Nora Danish Dan Nadeem
Nora Danish Dan Nadeem
Nora Danish Dan Nadeem

Apa-apa jelah Nora...

[Sumber]


View the original article here