iklan 728x90

Pages

Showing posts with label kedai. Show all posts
Showing posts with label kedai. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Makcik Bertudung Selamba Beratur Kedai TOTO Beli Nombor Ekor


Kalau dah namanya dosa, ia tetap dosa tak kiralah dikerjakan oleh sesiapa pun.
Namun bila kita berpakaian mencerminkan pegangan agama tetapi selepas itu buat perkara yang tidak sepatutnya, sudah tentu ia akan kelihatan lebih buruk.
Itulah jadinya apabila makcik-makcik ini didapati ikut sama beratur di kedai nombor ekor namun memakai baju kurung dan bertudung.
Sedangkan mengikut undang-undang, kedai nombor ekor tidak dibenarkan berurus niaga dengan individu beragama Islam.
Kalau nak kata kedai nombor ekor ada jalankan perniagaan sampingan lain macam urusan pajak gadai, rasanya tak pernah dengar pula kan.
Apa pun, semoga hidayah Allah sentiasa bersama kita hendaknya jadi dijauhkan daripada perbuatan dosa terutama pada usia senja. 
Sumber: beliabangkit.blogspot.com

View the original article here

Wednesday, 23 October 2013

Kedai Barangan Seks Halal Online!

type="html">
Sebuah kedai dalam talian menawarkan barangan seks yang dibenarkan Islam serta minyak urut dan pewangi dilancarkan di Turki, kelmarin, menjadikan ia bisnes pertama seumpamanya di negara berkenaan.

Helal Sex Online - Turkey

Laman sesawang Kedai Seks Halal berkenaan menawarkan produk yang disahkan “selamat sepenuhnya” dan mematuhi semua norma dalam ajaran Islam.

Pelayar Internet yang masuk ke laman sesawang itu akan menemui dua capaian berbeza yang mengasingkan produk untuk lelaki dan wanita.

Bahagian lain laman sesawang itu direka untuk membincangkan seks dalam konteks Islam di bawah pelbagai tajuk, seperti Seks Oral Menurut Islam, Adab Seks Dalam Islam dan Kehidupan Seks Dalam Islam.

Pengasasnya yang enggan dikenali berkata, mereka percaya kedai dalam talian itu dapat memperbetulkan prejudis terhadap Islam selepas selama ini ia dianggap agama yang menentang seks. -AFP


View the original article here

Tuesday, 22 October 2013

Kedai Seks Halal online pertama dibuka

Ankara: Sebuah kedai dalam talian menawarkan barangan seks yang dibenarkan Islam serta minyak urut dan pewangi dilancarkan di Turki, semalam, menjadikan ia bisnes pertama seumpamanya di negara berkenaan.

Laman sesawang Kedai Seks Halal berkenaan menawarkan produk yang disahkan “selamat sepenuhnya” dan mematuhi semua norma dalam ajaran Islam. Pelayar Internet yang masuk ke laman sesawang itu akan menemui dua capaian berbeza yang mengasingkan produk untuk lelaki dan wanita. 

Bahagian lain laman sesawang itu direka untuk membincangkan seks dalam konteks Islam di bawah pelbagai tajuk, seperti Seks Oral Menurut Islam, Adab Seks Dalam Islam dan Kehidupan Seks Dalam Islam.


Pengasasnya yang enggan dikenali berkata, mereka percaya kedai dalam talian itu dapat memperbetulkan prejudis terhadap Islam selepas selama ini ia dianggap agama yang menentang seks. - AFP

MyMetro


View the original article here

Sunday, 13 October 2013

Pekerja kedai keluarkan golok lawan perompak






Foto: Sky News



NEW YORK - Seorang pekerja kedai di New York, Amerika Syarikat (AS) melakukan aksi berani. Dia melawan perompak bersenjata yang mengincar kedai tempatnya bekerja.

Seperti dilapor Sky, Rabu (9/10/2013), kes ini bermula apabila seorang perompak mendatangi meja juruwang dan mengacukan pistol. Bukannya takut, si pekerja mengeluarkan golok yang dia simpan di balik meja.

Walaupun membawa pistol, si perompak ternyata kecut setelah melihat golok. Dia membatalkan niat dan lari meninggalkan kedai.

Pekerja kedai yang tidak diketahui namanya tersebut sempat mengejar dengan golok. Si perompak kini dalam memburu Polis New York.

Aksi pekerja itu dirakam CCTV yang dipasang. Rakaman keberaniannya kemudian tersebar luas di dunia maya.

okezone